Haritu jumpa orang kampung dorang puji insentif kerajaan yg ke klinik swasta tak bayar tu.
Mula2 tak faham, sbb even ke klinik kerajaan pun kena bayar RM1 kan.
Rupanya maksud dorang Skim Perubatan Madani. Demam, sakit perut? Free je dekat klinik swasta.
Bagi dorang besar sbb tak perlu beratur tunggu lama dekat kecemasan hospital kerajaan lagi2 bila malam.
Tahniah KKM. Harap diperluaskan lagi. Sambutan baik, orang terima.
Nak beli PS5 harga RM1000? Lepas bank in, seller block?
Segera telefon 997. Perkhidmatan yang disediakan hasil kerjasama Bank Negara, PDRM, SKMM dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan bank-bank dan telco.
Nombor 3 digit yang mudah diingat dan perlu disimpan sebagai nombor kecemasan kedua anda selepas pasangan.
Dengan laporan anda yang pantas, Pusat Respons Scam Kebangsaan ini boleh menyekat transaksi walaupun ia telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun bank (dalam negara) yang berbeza.
Ia boleh membantu anda mengelakkan kerugian tambahan, mencari semula duit anda, siasatan jenayah, dan menguatkuasa undang-undang.
Apa sahaja jenis scam dalam talian. Macau scam, phishing scams, Macau scams, malware attack scams, COD tak sampai atau parcel scams dan love scams.
Talian ini boleh diakses pada setiap hari jam 8 pagi - 8 malam.
Copy paste dari WhatsApp