Orang yang menjaga Subuhnya, Allah akan menjaga seluruh amal ibadah sehariannya.
Mana mungkin inginkan buah yang manis sedang benihnya tidak disemai dengan elok? Inginkan yang terbaik, perlu dimulakan dengan yang terbaik.
Hidup jika terasa kusut dengan kerisauan, bangun sedikit awal dari waktu subuh. Sebutkan istighfar, dan berdoa minta apa yang kita inginkan. Ini semua amalan yang sangat baik.
Jika kita bangun subuh lewat, maka bangun awal untuk subuh dahulu. Hidup kita bakal berubah. Cubalah.
Rezeki
Datang pada waktu yang Allah inginkan,
Bukan pada waktu yang kita inginkan
Datang dengan cara yang Allah inginkan,
Bukan dengan cara yang kita inginkan
Tidak terlalu cepat,
tidak juga terlalu lambat.
Pastinya diwaktu yang sangat tepat
Jangan menzahirkan dosa kita kepada orang lain.
Dalam keadaan Allah menutup aib kita, jangan zahirkanmya pula.
Kata Nabi ﷺ :
كل أمتي معافى إلا المجاهرين
“Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan mujahirin (orang yang menzahirkan)” (HR Al-Bukhari)
#FawaidHadith
Redha Allah, redha yang paling utama.
Kerana itu kita perlu sentiasa perbaiki
niat, perbetulkan semula tujuan asal sebelum melakukan apa-apa perkara.
Semoga ditetapkan hati untuk sentiasa berada dijalan kebaikan. Insya Allah.
Terlalu banyak air mata yang tersimpan, hanya Tuhan yang tahu hakikatnya kesedihan dan kegembiraan.
Perasaan itu mungkin tidak dizahirkan, cukup kepada Dia tempat kita mengadu dan berserah.