With the Johor state election now concluded and Negeri Sembilan heading to the polls soon, we thought it is timely to unpack the real cost of politics.
Our latest policy paper explores expenses incurred by political parties, political funding regulations, and their implications for a healthy democracy.
Technical and Vocational Education and Training (TVET) is encouraging more young Malaysians to consider careers in agriculture, but it has yet to inspire greater interest in technology-driven agricultural jobs, according to a new report by the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). https://t.co/SmWsyGTihG
With the Johor state election now concluded and Negeri Sembilan heading to the polls soon, we thought it is timely to unpack the real cost of politics.
Our latest policy paper explores expenses incurred by political parties, political funding regulations, and their implications for a healthy democracy.
Kenyataan Media Bersama
14 Julai 2026
RUU Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya Perlu Dibentang Segera, Ahli Parlimen Perlu Bertanggungjawab Meluluskan RUU Ini
Kami, kumpulan masyarakat sivil (CSO) dan individu yang bertandatangan di bawah, menghargai usaha Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berjaya memperkemaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Mengenai Pindaan Perlembagaan berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Kami menyeru Perdana Menteri mengaturkan untuk Rang Undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan tersebut dibentang di sesi parlimen minggu ini dan semua Ahli Parlimen, Senator dan parti politik untuk menyokong reformasi institusi yang akan menguntungkan rakyat dan semua kerajaan persekutuan akan datang. Keyakinan kami sebahagiannya berasaskan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Seri Azalina Othman Said untuk menambahbaik Klausa 18 Perkara baharu 145A berkenaan peranan Parlimen dalam pemilihan Pendakwa Raya.
Kami ingin menyatakan bahawa Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri khususnya YB Dato’ Seri Azalina dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), serta Ahli-Ahli Parlimen daripada pelbagai parti di dalam JKPK telah menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk memastikan RUU ini disemak dan diteliti oleh pelbagai pihak dalam proses libat urus yang bermakna, dan menerima maklum balas menyeluruh berbentuk syor-syor penambahbaikan RUU. Walaupun tidak semua cadangan diambil, JKPK bersetuju agar Akta Pemberi Kuasa digubal segera untuk menetapkan dengan jelas proses pelantikan, tugas, kewajipan dan mekanisme akauntabiliti Pendakwa Raya kepada Parlimen.
Justeru, kami berpandangan tiada lagi alasan untuk RUU ini ditangguhkan di Dewan Rakyat.
Kini, tanggungjawab terpikul di bahu Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis Dewan Rakyat untuk memastikan RUU ini diteruskan perbahasannya. Semua parti politik yang memikul mandat rakyat sama ada daripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Gabungan Rakyat Sabah, Gabungan Parti Sarawak, MUDA dan parti-parti lain wajib membuktikan bahawa kepentingan negara wajib mengatasi sebarang percaturan politik. Kelemahan struktur yang selama ini membuka ruang kepada campur tangan politik, konflik kepentingan dan keraguan terhadap kebebasan institusi pendakwaan tidak boleh dibiarkan terus berakar.
Setiap parti politik di Malaysia pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan. Sama ada secara sengaja atau tidak, mereka tidak mengambil langkah sebelum ini untuk memastikan perkhidmatan pendakwaan awam kita beroperasi secara bebas, telus dan dengan penuh akauntabiliti. Oleh itu, di bahu setiap Ahli Parlimen dan setiap parti politik terletak tanggungjawab terhadap rakyat untuk memperbetulkan kesilapan masa lalu mereka - iaitu untuk memastikan tiada sebarang pihak, termasuk diri mereka sendiri, yang boleh mencampuri atau memanipulasi sistem pendakwaan dan undang-undang di Malaysia, serta pada masa yang sama memastikan Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada rakyat melalui Parlimen.
Sejarah tidak akan menghakimi mereka berdasarkan janji dan teori, tetapi keberanian ahli-ahli Parlimen membuat keputusan penting ini apabila peluang reformasi sebenar kini berada di hadapan mata.
Selaku masyarakat sivil, kami telah bersuara, menolak sebarang kemungkinan yang melemahkan semangat pindaan dan mencairkan prinsip reformasi, pindaan bersifat formaliti tanpa mekanisme pelaksanaan yang berkesan, mahupun usaha mengekalkan saluran campur tangan politik atau sebarang pengaruh, secara langsung atau tidak langsung dalam proses pelantikan pendakwa raya.
Proses yang dicadangkan khususnya melalui Perkara 145A Klausa 1 dan Klausa 18, telah mematuhi kehendak Perlembagaan dan mekanisme semak dan imbang yang sah. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Pendakwaan (SPKP) hendaklah mengemukakan nama calon-calon untuk dilantik sebagai Pendakwa Raya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat sebelum syor dikembalikan kepada SPKP, dan hanya nama yang disyorkan oleh Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik. Proses ini memperkukuh akauntabiliti demokratik tanpa menjejaskan kebebasan Pendakwa Raya dan mengukuhkan lagi institusi Raja Berperlembagaan. Dakwaan bahawa reformasi ini melemahkan mana-mana institusi tidak berasaskan fakta dan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghalang perubahan yang diperlukan. Pindaan ini bukan kemenangan mana-mana parti politik, bukan milik kerajaan mahupun pembangkang. Pindaan adalah kemenangan kepada prinsip kedaulatan undang-undang.
Sokongan terhadap Rang Undang-Undang ini adalah ukuran sebenar keikhlasan semua pihak dalam menjayakan agenda reformasi institusi negara. Sebarang usaha melemahkan intipati, semangat dan hasrat reformasi penting ini harus dielakkan. Semua parti politik dan setiap Ahli Parlimen kini berdepan satu pilihan yang jelas: berdiri bersama reformasi institusi demi rakyat, atau mempertahankan kelemahan sistem yang telah sekian lama menghakis keyakinan terhadap keadilan negara. Detik ini akan menjadi ukuran kepada legasi setiap wakil rakyat. Masa untuk bertindak ialah sekarang.
Dikeluarkan oleh:
1. BERSIH
2. C4 Center
3. IDEAS
4. IKRAM
5. Projek SAMA
6. Rasuah Busters
7. Puan Maha Balakrishnan
Future-proofing Malaysia's finances 🇪🇺🇲🇾
EU Ambassador @DaerrRafael opened the 2026 Fiscal Responsibility Summit, joining Deputy Finance Minister YB @LiewChinTong and @IDEASMalaysia in tackling fiscal sustainability amid global crises. Supporting partners. It's in our DNA.
#NSTnation The Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) has called for greater transparency and compassion in the implementation of the government's newly announced Refugee Registration Document (DPP) framework amid rising anti-refugee sentiment directed at the Rohingya community.
https://t.co/ieTv4V7Ybk
On #ConsiderThis@Melisa_Idris speaks with @_amiraaisya@partimuda & Syazwan Zainal Abidin @IDEASMalaysia about how much money it costs to run a political party, esp during elections. What happens when the price of political participation keeps rising? https://t.co/0D8IBb4lV7
On World Refugee Day, we are reminded of the realities faced by millions of displaced people around the world, including refugees living in Malaysia.
Every person deserves to be treated with dignity, compassion, and respect, regardless of where they come from or why they were forced to flee. Building inclusive communities begins with recognising our shared humanity.
#WorldRefugeeDay #UntilEveryoneIsSafe
Kenyataan Media KDPP | 18 Jun 2026
Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) hari ini melancarkan Laporan Tahunan dan Kertas Cadangan Dasar sulungnya sempena genap setahun usaha kaukus ini dalam memperkukuh tadbir urus demokrasi dan reformasi institusi di peringkat negeri.
Laporan Tahunan ini mendokumentasikan pelbagai inisiatif KDPP sepanjang tempoh 2025 hingga 2026 dalam mempromosikan dialog rentas parti dan reformasi institusi. Ini termasuk penganjuran siri bengkel demokrasi dan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), parti-parti politik, organisasi masyarakat sivil, mahasiswa dan orang awam di beberapa buah negeri.
Laporan Tahunan dan Kertas Cadangan Dasar KDPP 2025/2026 kini tersedia!
Laporan ini mendokumentasikan pelbagai inisiatif KDPP sepanjang tahun 2025 hingga 2026 dalam mempromosikan dialog rentas parti dan reformasi institusi di peringkat negeri. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk siri bengkel demokrasi dan sesi libat urus bersama ADUN, parti politik, organisasi masyarakat sivil, mahasiswa serta orang awam di beberapa negeri.
Pelancaran laporan ini menandakan langkah seterusnya KDPP dalam memperluaskan kajian, advokasi dan libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan bagi memajukan reformasi demokrasi dan institusi di Malaysia.
📱 Klik pautan di bawah untuk memuat turun laporan
https://t.co/N0C48Gv1Pn…-dasar-2025-2026/
IDEAS extends our warmest congratulations to our Founding President, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-’Abidin Ibni Tuanku Muhriz, on the proclamation of his appointment as Tunku Panglima Besar of Negeri Sembilan.
Bersih, Ideas bidas sekat akses peruntukan kepada ahli Parlimen
Menurut Bersih dan Ideas, akses kepada peruntukan pembangunan tidak wajar ditentukan oleh perbezaan pendirian politik atau hubungan dengan pihak kerajaan.
#SinarHarian#politik#peruntukan
https://t.co/02Gw29H0sZ
KENYATAAN MEDIA BERSAMA OLEH BERSIH & IDEAS
Peruntukan Wakil Rakyat Tidak Wajar Disekat, Lantikan Politik Bukan Hadiah Politik
Kuala Lumpur, 4 Jun 2026: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) ingin menyatakan pendirian berhubung beberapa perkembangan terkini yang menyentuh aspek tadbir urus, kebertanggungjawaban dan amalan demokrasi di Malaysia.
Kami berpandangan bahawa tindakan menyekat peruntukan kepada Ahli Parlimen tertentu serta ketiadaan akses yang konsisten kepada peruntukan pembangunan bagi Ahli Parlimen pembangkang menunjukkan bahawa usaha mewujudkan medan persaingan politik yang lebih adil dan saksama masih belum direalisasikan sepenuhnya.
Terbaharu, Ahli Parlimen Subang, YB Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Lee Chean Chung dilaporkan tidak lagi dapat mengakses laman sesawang Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi memohon peruntukan pembangunan untuk kawasan masing-masing.
Oleh itu, akses kepada peruntukan pembangunan tidak wajar ditentukan oleh perbezaan pendirian politik atau hubungan dengan pihak kerajaan. Peruntukan awam pada asasnya bertujuan untuk manfaat rakyat dan pembangunan kawasan, bukan sebagai instrumen ganjaran atau hukuman politik.
Kami juga ingin mengambil perhatian terhadap kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB Teo Nie Ching, yang dilaporkan menyatakan bahawa pelantikan ke jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun boleh dipertimbangkan untuk bekas ADUN Skudai sekiranya beliau tidak lagi memegang jawatan wakil rakyat selepas Pilihan Raya Negeri Johor akan datang.
Kami menegaskan bahawa pelantikan ke GLC dan badan berkanun perlu berasaskan merit, kelayakan dan keperluan institusi, bukan pertimbangan politik kepartian. Proses pelantikan yang tidak telus atau dilihat dipengaruhi politik boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap integriti institusi. Kebimbangan ini disokong oleh dapatan penyelidikan IDEAS melalui inisiatif Pantau Kuasa dan laporan Who Sits at the Table: From Political to Public Appointees in Malaysia's Federal Statutory Bodies.
Sehingga Oktober 2025, IDEAS merekodkan 238 pelantikan politik ke lembaga GLC dan badan berkanun persekutuan di bawah Kerajaan Madani. Laporan sama turut mendapati 78% jawatan pengerusi badan berkanun diisi individu berkait politik, selain ketiadaan kerangka perundangan yang menyeluruh dan piawaian kelayakan yang jelas. Ini meningkatkan risiko pertimbangan politik mengatasi merit, kepakaran dan kepentingan awam dalam pelantikan institusi penting.
Sehubungan itu, kami menegaskan bahawa pelantikan ke GLC dan badan berkanun perlu dilaksanakan secara telus, berasaskan merit dan disertakan mekanisme semakan bebas. Jawatan GLC dan badan berkanun tidak wajar dijadikan pertaruhan atau hadiah sagu hati kepada mana-mana ahli politik yang kalah dalam pilihan raya. Amalan menjadikan jawatan tersebut sebagai ganjaran atau laluan politik adalah bertentangan dengan semangat reformasi tadbir urus serta mengukuhkan budaya penaungan politik.
Menjelang PRU-16, amat penting untuk semua parti dan ahli politik mendukung prinsip-prinsip demokrasi yang luhur. Dalam sebuah demokrasi yang matang, perbezaan prinsip dan fahaman politik tidak boleh dijadikan asas untuk mendiskriminasi mana-mana wakil rakyat atau menafikan hak rakyat yang diwakili mereka untuk mendapat manfaat daripada peruntukan awam. GLC atau badan berkanun juga tidak wajar dijadikan taruhan atau habuan kepada mana-mana ahli politik hanya kerana perubahan strategi atau menjaga kepentingan politik. Kepercayaan dan harapan rakyat terhadap institusi negara dan sistem politik yang kukuh dan matang tidak boleh diambil mudah.
Dikeluarkan oleh:
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS)
🇦🇺 and 🇲🇾 share democratic roots and a commitment to strengthening our institutions.
🇦🇺 and @IDEASMalaysia recently launched two papers on political financing and caretaker conventions, to help shape resilient, trusted democratic institutions.
After nearly 25 years, Malaysia has updated its capitation grant formula but is it enough?
While the reform is a welcome step, it does not go far enough to address deeper structural imbalances in our fiscal federalism framework. States continue to face declining real allocations and limited fiscal autonomy.
In this latest piece, our Research Director, Dr Stewart Nixon, and Research Manager, Nor Nazirah Mohamed, unpack what the reform gets right and where more needs to be done.
Read the full article here: https://t.co/mp2Liwq6FW
🇦🇺 is proud to partner with 🇲🇾, including through the 🇦🇺-🇲🇾 Kerjasama Program, to drive governance reforms.
We recently supported @IDEASMalaysia in launching a policy paper highlighting the importance of robust data in informing fiscal transfers.