Luar biasa itu
bangun ketika yang lain lena,
melangkah ketika yang lain ragu,
bertindak ketika yang lain hanya berbicara.
Ia bukan tentang nama,
tetapi tentang amanah.
Bukan tentang hebat di kata,
tetapi setia pada kerja.
@TkpkrBangunan
𝐒𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 - 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈
Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) sempena ulang tahun pertama menerajui JKR Malaysia. Kepimpinan YBhg. Datuk Wira yang berteraskan sinergi kebersamaan dan integriti telah membawa hala tuju baharu dalam penyampaian perkhidmatan JKR.
Melalui penghayatan semangat ‘I am JKR’, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail telah mencipta satu budaya dan amalan transformasi baharu dalam menyatukan warga jabatan menerusi pendekatan yang holistik, segar dan dinamik.
Seluruh warga JKR Malaysia akan terus memberi komitmen penuh dan bersama-sama YBhg. Datuk Wira KPKR menerajui jabatan ke arah kecemerlangan serta kesinambungan penyampaian perkhidmatan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
@RoslanisE
Sinergi Inspirasi merupakan pemangkin utama kepada pembentukan budaya kerja cemerlang dalam JKR Malaysia, yang menyatukan kepakaran pelbagai displin, nilai integriti yang tinggi, serta semangat inovatif dan profesionalisme dalam setiap organisasi. Melalui gabungan elemen-elemen ini, JKR Malaysia terus komited dalam menerajui pembangunan infrastruktur negara yang mampan, berimpak tinggi, dan berteraskan kepentingan rakyat serta kemajuan negara secara holistik.
Ikuti antara perjalanan dan aktiviti Ketua Pengarah Kerja Raya sepanjang bulan Mei 2025.
Pautan Video di TikTok : https://t.co/YaigVumqkW
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
@RoslanisE
@Aweeff TMP telah pun dipasang di kawasan ini. Kawasan ini akan dibuka kepada pengguna setelah pihak kontraktor mengeluarkan semua jentera selewat²nya pd pukul 8.00 malam ini.
@Aweeff Siasatan di tapak mendapati ada pihak ketiga sedang menjalankan kerja kerja membuka billboard tanpa mendapat kebenaran/permit daripada JKR dan PDRM untuk menutup laluan motosikal.
Pihak kontraktor telah diarahkan untuk memberhentikan kerja dengan serta-merta.
Meninjau jalan kerosakan jalan akibat daripada banjir di FT3210 Hulu Langat, bersama dgn Pengarah JKR Selangor. InsyaAllah akan usahakan pembaikan segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin. @CSFJ_JKR@MOWorks@JKRMalaysia