8 Oktober 2024(Selasa)- Mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan isu kejadian kerosakan jalan akibat culvert collapse di FT192, Melaka. Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Exco Kerja Raya Melaka, KKR, JKR Melaka, CSFJ dan CJ.
Bertemu Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin di Kepulauan Russkiy, Vladivostok lewat petang tadi di mana kami menekuni hubungan serta tahap kerjasama yang sedia terjalin erat.
Kami menyentuh mengenai pelbagai perkara yang menjadi kepentingan yang dikongsi secara bersama, selain menekankan wujudnya potensi atau peluang yang sedia besar namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Kami lantas bersetuju untuk meningkatkan tahap kerjasama yang lebih mantap di semua lapangan selain akan secara bersama mempatri hubungan kerjasama yang lebih baik terutamanya di peringkat antara negara dan persahabatan.
Saya turut menyatakan kepada Presiden Putin bahawa hubungan antara ASEAN dan Rusia akan diperkemas dan ditambah baik saat Malaysia mempengerusikan ASEAN kelak.
Presiden Putin turut berkesempatan mengucapkan yang terbaik buat Malaysia untuk Kepengerusian ASEAN kelak.
#MalaysiaMADANI
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Seri Azman Bin Ibrahim diatas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Selamat menjalankan tugas dan semoga Kementerian Kerja Raya Malaysia cemerlang dibawah pimpinan YBhg. Dato’ Seri.
@moworksmy@IPJKR_Official@IEsa2018
1 Oktober 2024(Selasa) - Merasmikan Bengkel Penetapan Insiatif Pelan Strategik(PS) JKR 2026-2030 di K. Terengganu. Bengkel selama 3 hari bermula pd 30 Sept-2 Okt 2024. PS JKR 2026-2030 merupakan dokumen perancangan strategik & pelan tindakan jangka panjang JKR utk tempoh 5 thn
*Hari Bertemu Pelanggan* JKR WP LABUAN 2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Masa : 7.30 pagi- 4.30 ptg
Tarikh : 5 Oktober 2024 ( Sabtu)
Tempat : Dewan Sri Labuan , JKRWPL
#JKRLABUANLUARBIASA
Penyerahan Projek Pembangunan Ecotourism Taman Paya Bakau Kina Benuwa Labuan yang telah diadakan pada 25 Sept. 2024 telah disempurnakan oleh Pengarah JKR WP Labuan kepada SUB. Pembangunan Prasarana, MOTAC dan Timb. CEO (Perbandaran), Perbadanan Labuan.
16 September adalah tarikh istimewa sempena penubuhan Malaysia seterusnya meraikan perpaduan dan kepelbagaian budaya.
Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia.
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga JKR Malaysia
Salam Maulidur Rasul 1446H,
JKR Malaysia mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
(Riwayat Al-Nasai & Ibnu Hibban)
Siaran infografik pada kali ini memaparkan perkongsian berkenaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road (CSR), merupakan satu usaha pembangunan infrastruktur jalan raya yang berimpak tinggi.
Saksikan temu bual bersama YBhg. Dato' Ir. Ibahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang akan bersiaran secara langsung menerusi slot Selamat Pagi Malaysia, TV1 dalam sesi temu bual yang bertajuk “LTU: Infra Awam Berimpak Tinggi” pada jam 8.50 pagi, 6 September 2024 (Jumaat)
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan Selamat Datang dan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya.
JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, atas segala jasa bakti sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.
Konvoi Bermotosikal JKR WP Labuan Sempena Hari Kemerdekaan Ke 67 dalam Program Santuni Anak Yatim Tambunan, Sabah. - Turut Mempromosikan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024 & MyJalan
Jiwa Merdeka bermaksud memiliki identiti dan jati diri yang kukuh sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Jiwa Merdeka juga adalah asas kepada pembinaan negara bangsa yang kuat di mana rakyatnya berdiri teguh dengan nilai-nilai kemerdekaan dan keadilan.
PEMAKLUMAN
Laluan alternatif penutupan Jambatan Slim Village Di Jalan A121 (Jalan Slim River Behrang Ulu), Seksyen 10.1 – 10.2
Dikongsikan pemberitahuan laluan alternatif ke jalan besar Pekan Slim River serta Tg.Malim & Behrang.
Hati-hati memandu & patuhi arahan pihak berkuasa.
22 Ogos 2024 l Khamis
Program Turun Padang YB Menteri Kerja Raya ke Laluan Persekutuan Di Negeri Melaka seperti berikut;
1. Cadangan Kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen bagi Kerja CIPR, Regulate Overlay, Mill & Pave di Lebuh AMJ (FT019) Seksyen 55.00 - 56.00.