I guess ni sebab lelaki jarang bercerita. He clearly said twice yg dia tak kisah bini menabung banyak2 CUMA dia terkilan bila dapat tahu yg bini dia biarkan dia terkontang kanting sorang2 waktu susah.
And yet people twist his words and luahan as if dia suami yg dengki bila bini ada saving.
You all canβt even let a man meluah dengan tenang huhπ
me when im in an anti kelate competition but my opponent is my dad. Mind you dia sanggup apply scholarship pergi overseas nak sambung medic sbb dia tak nak sambung medic usm kat kelantanπππ ya allah kelakar sia
Hasil ajaran fenimis 8481.
Kau berkahwin fikir nak bercerai ke benak?
Kalau lelaki buat hal, kau cerai.
Kalau kau buat hal, kau cerai.
Apa celakalah umat akhir zaman ni.
Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga
OLEH MYNEWSHUB
PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan kes disyaki khalwat di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.
Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, pertemuan berkenaan bertujuan membincangkan projek yang sedang diusahakan bersama rakan-rakannya.
Menurut kenyataannya, perbincangan bermula di studio mereka di Brickfields, Kuala Lumpur, sebelum diteruskan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek tersebut.
Nik Nazmi mengakui hanya beliau dan seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai JAIS tiba.
Bagaimanapun, beliau menegaskan mereka tidak melakukan tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.
Beliau turut mengakui kesilapan pertimbangannya dan menyatakan kesediaan memberikan kerjasama dalam sebarang proses perundangan.
Susulan kejadian itu, beliau memohon maaf kepada isteri, keluarga serta semua pihak yang terkesan.
Permohonan maaf turut ditujukan kepada Bersama kerana mengecewakan ahli dan penyokongnya.
Beliau menyatakan kesediaan menerima apa jua keputusan parti berhubung perkara tersebut.
Nik Nazmi turut meminta semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan melalui media.
Terdahulu, JAIS mengesahkan dua individu ditahan sekitar jam 6 petang pada 15 Oktober bagi membantu siasatan kes disyaki khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling.
Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM3,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
JAIS turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata serta mengelakkan spekulasi atau penyebaran perkara yang boleh mengaibkan individu terbabit sementara siasatan dijalankan.
MYNEWSHUB