Harga tiket untuk perlawanan pasukan Manchester United menentang pasukan Bintang-Bintang Asia Tenggara di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tak sabar tengok Maguire kena ayam dengan Ariff Aiman. #GGMU#MUFC
Kebakaran di Stesen Minyak PETRONAS, Pasukan PANTAS Segera Bertindak
Putra Heights, 1 April 2025 – Satu insiden kebakaran telah dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak PETRONAS yang terletak di laluan dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putra Heights.
Menurut maklumat terkini daripada Pusat Operasi PANTAS, laporan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 8:28 pagi.
Susulan aduan itu, anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) telah digerakkan dan kini sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi bantuan dan kawalan.
Pihak PANTAS turut menyeru agar agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang awam dan mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Maklumat lanjut akan dikemas kini sebaik sahaja perkembangan baharu diterima.
Untuk sebarang pertanyaan atau laporan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi PANTAS di talian 03-8024 7700. - MYNEWSHUB