Jangan marah Indonesia. Rakyat Indonesia sendiri pun taknak mengaku mamat baju putih ni rakyat mereka. Sebab mereka semua tahu yang asal-usul Upin Ipin tu sejak azalinya memang dari Malaysia.
Kongsi sikit Kuliah Maghrib tadi.
Kata ustaz, manusia ni tidak suka kesedihan. Tapi kesedihan selalu membuatkan manusia kembali dekat dengan Allah.
Jarang manusia jadi dekat dengan agama ketika dia gembira. Ketika semua keperluan hidupnya cukup.
Sebab tu ujian hidup ni, kadangkala memberi hikmah yang kita tidak sangka.
Dengan kesedihan dan ujian itu, ramai manusia bangun malam memohon kepada Allah agar diringankan beban hidupnya dan diluaskan rezekinya.
Mula tadah tangan berdoa dengan lebih lama berbanding biasa.
Sesuatu yang mungkin dah lama dia tak lakukan. Iaitu doa dengan penuh pengharapan dan penuh kusyuk. Diiringi dengan air mata tanpa sedar.
Sebab sebelum ini dilimpahi dengan nikmat.