Tahun 2024, Ahli Parlimen PAS Fadhli Shaari cabar calon Adun DAP untuk tunjukkan sijil SPM. Calon tersebut (kini Adun) telah tunjuk sijil SPMnya - Semua A! Fadhli Shaari tidak balas.
Hari ini Fadhli Shaari kongsikan sijil SPMnya. Pendidikan Syariah Islam pun gred 5 (atau C) 🤭
Two men of principle. Mereka politician unik. Di scene politik Malaysia, sukar kita nak jumpa politician seperti mereka. Saat ramai yang berlumba mengampu impikan kerusi berjawatan, mereka sanggup meletakkan jawatan ketika berada di antara jawatan tinggi di negara. Hari ini, mereka juga umum untuk kosongkan kerusi mereka serentak dengan pengumuman hala tuju mereka. Tidak seperti katak lain, yang melompat, tapi tetap tebal muka kekalkan kerusi, malah diberikan jawatan penting. Prinsip itu mudah dilafaz, tapi sukar diterjemah segelintir orang.
Hehehehehhe.
Sebagai orang yang kerja dalam bidang psikologi kekeluargaan ni memang merisaukan tau.
I am afraid because I see society starts to look at children like they are a burden. And apa-apa kita buat untuk anak itu kena dapat reward. And suami seolah-olah WAJIB bagi reward walaupun tak mampu. Sedangkan suami jaga kebajikan dia. Atas sebab tak bagi reward, dicanang satu dunia.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
Being pregnant, go through delivery process is described as "wahn ala wahn". Allah iktiraf kesusahan itu. And parenting is the hardest job I would say. Do you think any human can repay that? Nope. Only Allah can.
Ihsan suami mestilah penting. Dan menjadi isteri/ibu bersyukur juga PENTING.
RM1,500 elaun minyak.
Rakyat isi minyak guna duit sendiri, ulang-alik kerja tiap hari pun tak pernah cecah angka tu.
MP pula dapat tetap... jalan atau tak, isi atau tak, tetap masuk.
Kalau itu benar kos tugas, buatlah claim & audit.
Bukan elaun pukul rata yg nampak macam hak automatik.
Rakyat disuruh berjimat.
Subsidi disasar.
Fiskal diketatkan.
Jadi soalan mudah:
kenapa pengorbanan sentiasa bermula dari bawah... bukan dari bangku Parlimen?
قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن #ماليزيا وإندونيسيا تعتزمان تكثيف الجهود الدبلوماسية للتوصّل إلى حلّ سلمي للحرب في الشرق الأوسط، وذلك بعد لقائه الرئيس الإندونيسي برابوو سوبيانتو
وشدد رئيس الوزراء الماليزي في منشور على إنستغرام على ضرورة ضمان استمرارية سلاسل الإمداد العالمية والممرّات التجارية الاستراتيجية، لا سيّما مضيق #هرمز
@af_umar Susah nak betulkan sbb pimpinan yg ada takkan terima pandangan saya.
Sebab itu lebih baik melahirkan pendapat diluar.
Berharap saya berusaha sampai mati utk mereka menang & dpt jawatan sdg mereka tidak berniat menerima pandangan saya; itu tidak adil kpd saya.
𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 - 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜
Semua fitnah yang dibuat Caprice - saya telah jawab satu persatu.
Saya juga telah serahkan urusan saman Caprice kepada peguam saya.
Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri.
4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN.
Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi.
Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm.
Dia minta “private coffee session” dengan pegawai saya sebab nak tunjuk “what else i’ve been doing for Madani”.
Siap cakap “I really wanna show u”.
Pejabat saya tak layan.
9 Julai 2024 - dia cuba lagi.
“Yoooo”
“Rafizi really needs a rebranding bruv”
4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya.
Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice.
Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak.
Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je.
Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani.
Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.
17 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘶𝘢𝘳𝘪 2026
𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡-𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗦𝗔𝗬𝗔:
𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗚𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔
Sejak beberapa hari yang lalu, dengan tiba-tiba Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menyiasat tuduhan kononnya ada salah laku dan rasuah terhadap saya semasa di Kementerian Ekonomi dahulu.
Tuduhan-tuduhan itu berkisar kepada dua dasar utama kerajaan:
(1) Program Visi Silikon (seperti dihuraikandi https://t.co/cdsTj6fWqh) yang melibatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Malaysia dan ARM untuk mencipta cip-cip semikonduktor pertama negara; dan
(2) Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan sasaran peralihan tenaga negara menjelang 2050 dan melibatkan pelaburan besar ke dalam industri hijau negara.
Kedua-dua dasar utama kerajaan ini dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah melalui pelbagai proses kelulusan peringkat kerajaan (dari jawatankuasa kerja, ke majlis-majlis kabinet hingga keputusan Jemaah Menteri).
Laporan-laporan terhadap saya mengenai kedua-dua dasar negara ini dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan yang anti Perdana Menteri sendiri, iaitu PERKASA dan PPIM, atau individu perseorangan yang tidak dikenali.
NETR dilancarkan dalam Ogos 2023. Visi Silikon dengan ARM dilancarkan dalam Mac 2025.
Sejak kedua-dua dasar ini dilancarkan dan dijalankan, tidak ada satu laporan atau kontroversi yang ditimbulkan. Malah, pimpinan kerajaan terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan kedua-dua dasar ini sebagai bukti perancangan ekonomi di bawah pentadbirannya. NGO dan individu yang membuat laporan SPRM juga tidak pernah menunjukkan minat atau ambil tahu mengenainya.
Sehinggalah minggu lepas, apabila saya lantang menuntut Tan Sri Azam Baki digantung dan satu siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan Bloomberg mengenai dakwaan-dakwaan penyelewengan di SPRM.
Modus operandi ini bukanlah baru.
Dalam tahun 2022, dakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki didedahkan buat pertama kali. Beliau memberi alasan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh orang lain, yang menimbulkan pula tuduhan melanggar peraturan pasaran saham yang perlu disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Tidak lama selepas dakwaan itu, secara tiba-tiba SPRM menyerbu Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas alasan ada dakwaan salah laku terhadap pegawai-pegawai kanan SC.
Oleh itu, saya tahu bahawa dakwaan-dakwaan salah laku terhadap saya yang telah melepasi jumlah melibatkan Dato’ Seri Najib Razak (iaitu RM1.1 bilion melibatkan kerjasama ARM dan RM2.5 bilion untuk projek tenaga boleh baru) adalah satu bentuk intimidasi.
Saya mengalu-alukan siasatan oleh mana-mana pihak kerana saya tahu tiada salah laku berlaku di peringkat saya atau Kementerian Ekonomi.
Ia berasaskan perkara-perkara berikut:
𝗩𝗜𝗦𝗜 𝗦𝗜𝗟𝗜𝗞𝗢𝗡: 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗠
Rundingan dengan ARM melalui pelbagai peringkat iaitu:
(i) rundingan awal di antara pasukan Kementerian Ekonomi dan ARM;
(ii) rundingan peringkat jawatankuasa rentas kementerian (melibatkan tiga menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI) dengan ARM. Rundingan dengan ARM ini turut disertai oleh Tengku Zafrul Aziz, Menteri MITI ketika itu dan Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II selain dari pegawai-pegawai kanan;
(iii) rundingan di antara Perdana Menteri sendiri dengan CEO ARM, Renee Hass dan pemegang saham terbesar ARM, Masayoshi San (pemilik Softbank); dan
(iv) dibentangkan di Jemaah Menteri sebanyak tiga kali (mengikut ingatan saya) dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.
Kementerian Ekonomi bukan kementerian pelaksana. Ia kementerian yang merancang dan tidak ada kuasa untuk mengendalikan perolehan atau kontrak sebegini.
Oleh itu, kerjasama dengan ARM ini sebenarnya adalah di bawah MITI dan ditandatangani oleh MIDA, sebuah agensi di bawah MITI.
Sebarang pembayaran diproses oleh MIDA dan ditapis/diluluskan oleh MOF.
Draf perjanjian telah disemak terlebih dahulu dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.
Tuduhan bahawa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan terburu-buru adalah tidak masuk akal kerana Jemaah Menteri itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Mengiyakan tuduhan itu bermakna menuduh sama ada Perdana Menteri lalai dalam menjalankan tugas atau tidak faham mengenai industri semikonduktor sehingga boleh diperdaya oleh saya.
Malah, tuduhan itu seolah-olah mengatakan semua menteri yang terbabit (Tengku Zafrul dan Amir Hamzah), pegawai-pegawai kanan kerajaan, Peguam Negara dan keseluruhan Jemaah Menteri telah diperdaya oleh saya.
Lebih penting lagi, sehingga kini tidak ada satu bukti pun ditunjukkan bahawa ada berlaku kebocoran dana awam dalam tuduhan ini. Tidak ada bukti saya mengambil wang, tidak ada bukti wang masuk ke akaun saya, tidak ada apa-apa bukti kewangan.
Paling berbahaya, tuduhan ini menggambarkan bahawa ARM, iaitu salah satu syarikat cip semikonduktor yang menguasa lebih 90% pasaran cip peranti dunia telah merasuah saya tanpa ada sebarang bukti.
Apabila berita ini mula dilaporkan di peringkat antarabangsa, imej Malaysia dan industri semikonduktor negara akan mendapat liputan negatif yang akan menjejaskan negara.
𝗡𝗘𝗧𝗥: 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗘𝗠 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗥𝗔
Kementerian Ekonomi membangunkan dasar, iaitu Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).
NETR tidak melibatkan dana awam untuk membina projek-projek. Ia bukan melibatkan perolehan dan Kementerian Ekonomi tidak mengendalikan perolehan, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Salah satu dasar penting di bawah NETR ialah membenarkan pihak swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan terus tenaga hijau kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ini mempercepatkan pelaburan di dalam projek-projek berskala besar.
Hasil dari dasar ini, syarikat-syarikat besar mula melabur untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu berskala besar.
Salah satunya ialah UEM Lestra, anak syarikat UEM yang dimiliki Khazanah.
Projek tersebut adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak melibatkan keputusan Kementerian Ekonomi mahu pun keputusan kerajaan, apatah lagi sebarang bentuk perolehan kerajaan.
Maklumat yang diumumkan oleh UEM Lestra melalui kenyataan media yang dilaporkan The Edge (https://t.co/UTEDfkSiid) menyatakan:
(i) UEM Lestra akan melabur RM2.5 bilion untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti puncak 750 MW di Segamat;
(ii) Projek itu diusahakan oleh sebuah syarikat usaha sama di antara UEM Lestra dan I-Squared Capital, sebuah firma USA yang melabur di dalam projek infrastruktur sedunia;
(iii) UEM Lestra telah berjaya memuktamadkan jualan tenaga boleh baharu itu dengan ESR Group Limited, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong.
Sejak bila seorang menteri yang bertanggungjawab membangunkan dasar dituduh menyeleweng atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi.
Apa-apa keputusan komersial yang dibuat oleh UEM Lestra, atau mana-mana syarikat swasta yang membangunkan projek tenaga boleh baharu selepas NETR dilancarkan, adalah keputusan swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan; apatah lagi ia bukan perolehan awam.
Saya sedia maklum ada serangan terancang yang menggunakan pempengaruh untuk melontarkan tuduhan salah laku terhadap saya seperti di atas.
Salah satunya ialah tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh seorang yang bernama Ariz bin Ramli (No KP: 86XXXX-XX-XX75) di bawah nama Caprice. Beliau membuat kandungan yang menuduh saya menganugerahkan projek yang diusahakan oleh UEM Lestra itu kepada sebuah syarikat yang dikatakan saya berkepentingan, yang cuba memberi gambaran saya mengambil rasuah.
Fakta-fakta yang saya kongsi setakat ini jelas menunjukkan bahawa saya atau Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa atau terbabit dalam apa-apa urusan komersial syarikat swasta.
Saya akan terus bentangkan fakta-fakta yang lebih mendalam dalam minggu ini, terutamanya di dalam podcast YBM pada hari Jumaat, 20 Februari 2026.
Selepas fakta-fakta ini dibentangkan, saya memberi peluang kepada Caprice untuk menyiarkan fakta-fakta itu kepada pendengarnya dan dalam kandungan-kandungan beliau; seterusnya meminta maaf kepada saya kerana memfitnah.
Sekiranya beliau gagal berbuat demikian setelah diberi peluang, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan saman terhadap beliau.
Serangan-serangan terhadap saya, terutamanya dengan tindakan SPRM yang secara tiba-tiba mahu menyiasat dasar-dasar kerajaan yang tidak ada unsur perolehan atau motif kewangan kepada saya, menunjukkan betapa bahayanya apabila seorang yang dituduh seperti Tan Sri Azam Baki meneruskan tugas dan memegang kuasa semasa beliau sedang disiasat.
Keadaan ini membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak-pihak yang mempersoalkan beliau, seperti mana siasatan-siasatan terhadap SC (2021) dan saya (2026) yang kebetulan berlaku apabila integriti beliau dipersoalkan.
Sebab itu, tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Tan Sri Azam Baki serta-merta, seperti yang sepatutnya dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari minggu lepas lagi.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
Ahli Parlimen Pandan
Nota:
Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi kenyataan media ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://t.co/7razwcSEjN
Isu kononnya saya merajuk dan letak jawatan selepas pemilihan PKR antara tajuk yang dibincangkan di recap Top 10 Podcast YBM Episod 28.
Isu sebenar bukan jawatan atau merajuk. Isunya sistem parti mula dibina untuk “selamatkan” orang atas, tetapi memangsakan orang bawah.
Saya resign sebab akar umbi. Saya tak boleh sokong keputusan dan sistem yang memangsakan orang lain. Kalau saya kekal Timbalan Presiden tanpa bertanding, kekal Menteri sedangkan soalan yang saya tanya tak pernah dijawab.
Saya dah cuba lawan dari dalam. Tanya, tekan, sampai kena marah pun jawapan tetap tak ada. Hujung 2024 bila kerajaan rasa makin secure, fokus pun berubah: bukan lagi yakinkan rakyat, tapi kemas parti. Total control, kurangkan suara dan pandangan berbeza, susun struktur supaya akar umbi tak boleh bersuara.
Kalau parti nak stabil, stabil dengan jawapan dan keadilan, bukan dengan senyap.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 28:
https://t.co/0RJqf3CZX5
Judge Collin Sequerah has begun delivering his verdict. #1MDB
- so far, has found the four abuse of charges were not faulty and that Najib was not prejudiced in the trial
- multiple witnesses described Low as close to Najib who gave directions to 1MDB officials on his behalf
Politik apa sampai jadikan isteri sebagai cagaran ni?? Hancur punah institusi kekeluargaan ikut gaya PAS.
PAS bukan agama, Hadi bukan nabi. Tolak ajaran menyimpang ini.
Kisah Aku Dan YB Rafizi
Masa PH baru menang PRU 2018 dulu, aku memang betul2 terkejut. Aku tak sangka langsung parti UMNO yang dah perintah Malaysia selama 60 tahun boleh tumbang.
Memetik kata-kata Datuk Seri Anwar pada ketika tu yang lebih kurang begini:
"Semua orang tak predict yang PH boleh menang, cuma ada sorang je yang betul-betul optimis dan confident PH menang iaitu YB Rafizi."
Yelah, time tu aku tak tahu, aku rasa macam dia ni ahli nujum, ada bela jin ke apa. Punyalah dahsyat. Rupanya later baru aku faham konsep DATA IS THE KING. Takpe, aku bukan nak story pasal ni.
At that time (Pasca PRU), ramai orang happy gila kerana merasakan seperti ada sinar dihujung jalan bagi Malaysia tercinta ni. Hari-hari aku dok layan Awani nak tahu perkembangan halatuju negara ni. Lebih-lebih lagi time tu aku dah terjebak main saham, so sentimen tu sangat penting.
Sedang semua orang dalam mood happy, tiba-tiba ada sedikit pergeseran berlaku diantara rakan gabungan dalam PH 1.0.
YB Rafizi yang pada ketika itu sedang berada dalam hiatus tiba-tiba lantang kritik Tun M kerana isu perlantikan menteri kabinet yang ikut sukahati makpak dia je, tanpa bincang dengan PKR.
Benda tu timbulkan rasa tak sedap dalam hati aku dan colleague yang lain. Aku yakin rakyat Malaysia yang lain pun ada perasaan yang sama. Kami anggap yang YB Rafizi ni joy killer. Time tu kami semua boleh dikatakan bersetuju supaya:
"Dia ni boleh diam sekejap tak ek? Dunia baru je nak aman."
Aku jadi bengang pulak dengan Rafizi ni, aku dah mula anggap dia macam ancaman kepada keamanan politik pada waktu tu. Aku geram, benda dah elok-elok tu follow jelah flow tu, nak menyonsang arus buat apa. Orang lain semua dok relaks je, tapi apasal kau kecoh sangat.
Yelah, waktu tu aku muda. Mindset aku anggap politik ni macam fairy tales, kisah dongeng Putera Raja. Korang kan dah berbaik2 sebagai satu coalition, dah2.. jangan gaduh2. Hidup berbahagialah korang sampai ke akhir hayat. Naive betul aku.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba pada satu hari (May 2018 kalau tak silap) aku dapat peluang untuk jumpa YB Raf depan-depan. Dia dijemput ke Astro Awani untuk sesi temubual apa entah. Kebetulan Astro Awani tu berdekatan dengan department aku.
So dari kejauhan, aku dan member cina aku, Ah Kwan dok usya dari jauh tunggu peluang. Bila settle je semua urusan dia, aku dan Ah Kwan jalan straight pergi jumpa dia. Yang paling tak puas hati adalah si Ah Kwan ni.
Bila jumpa je, selepas greet dan salam, Ah Kwan terus tanya apa yang terbuku dekat hati dia, kenapa YB Rafizi kritik Tun M? Bukan ke keadaan sekarang ni tengah cool dan tenang? Aku lupa banyak butiran percakapan YB, tapi yang paling aku ingat adalah:
"Tun M ni tak boleh dibiarkan buat keputusan sendiri, kalau di biar, HE WILL BULLDOZE EVERYTHING".
Kami agak skeptikal dengar jawapan tu, macam caya tak caya pun ada. Tapi atas dasar hormat beliau, kami angguk kan je. Hati masih ada rasa tak puashati dengan jawapan tu, dan aku & Ah Kwan pun agree to disagree dengan beliau.
So fast foward, masa pun berlalu.. Dan akhirnya, masa telah menjawab segala persoalan.. Ya memang.. Tun M memang bulldoze gilababi everything tanpa toleh kiri kanan.. Kita semua pun tahu apa yang jadi semasa PH 1.0, the rest is history.
Lepas Sheraton Move berlaku, aku dengan Ah Kwan termenung panjang juga. Kami sama-sama terpaksa telan apa yang YB Rafizi cakap sebelum ni. Dan dari situ kami admit dengan sepenuhnya yang:
"Ini orang (YB Rafizi) memang ada barang la.. Dahsyat".
YB Rafizi akan stating the truth, tak kira sama ada kau suka dengar atau tak. Tak kira sama ada keadaan sedang aman atau kacau bilau, kalau dia rasa dia perlu cakap benda yang dirasakan betul, dia cakap. Dia punya firm tu bukan main-main.
Kat sini jugak aku belajar yang pahitnya realiti jauh lagi bagus daripada manisnya fantasi. Dia diibarat macam kau sedang terapung2 di awangan, datang YB Rafizi, dia tarik semula kaki kau untuk berpijak dekat bumi nyata.
Dia ni jenis doktor yang datang dekat kau cakap, "Encik, kalau encik tak lakukan rawatan ni, lagi 3 bulan kemungkinan Encik akan meninggal."
So, kalau kita reflect dengan keadaan sekarang ni, macam DejaVu kan. Contohnya pada ketika Malaysia sedang jadi tumpuan di mata dunia kerana kononnya berjaya jinakkan Trump, datang YB Rafizi dia kritik pasal ART, menggoncang kedaulatan negara katanya. Nampak macam joy killer kan?
Ya, itulah apa yang aku rasa dulu masa 2018, sebelum aku termenung panjang. Teringat aku pada satu pesan murabbi:
"Mencintai Keamanan janganlah melebihi Mencintai Kebenaran"
Sekain.
@rafiziramli
Klang Valley residents are said to be losing more than 500 hours a year, or over two hours daily, stuck in traffic.
“Remote work helps me focus better and saves commuting time. If practised widely, it can ease road congestion,” says UKM Civil Engineering senior lecturer Ahmad Nazrul.
🧵 1
Gaji vs Harga Rumah
Dari tahun 2010 hingga 2023, gaji penengah pekerja di Malaysia hanya meningkat 64%, dari RM1,498 sebulan kepada RM2,464 sebulan.
Tetapi dalam tempoh yang sama, harga rumah meningkat hampir 116%, dari RM218,000 kepada RM471,000.