Seorang nelayan, Clarence Jay Tamula, berdepan detik mencemaskan apabila seekor sotong kurita yang ditangkapnya tiba-tiba melekap pada mukanya di Puerto Princesa, Palawan.
Dalam rakaman tular itu, Tamula dilihat bergelut menanggalkan sesungut haiwan tersebut sebelum akhirnya berjaya melepaskannya.
Jika anda berada dalam situasi yang sama, apa yang anda akan lakukan?
#AWANInews
Potongan gaji untuk LINDUNG 24 jam ialah 0.75%. Jika pendapatan RM2k, potongan RM15 sebulan. Anda dilindungi setiap masa walaupun di luar waktu kerja.
Saya lihat skim ini beri manfaat terutama yang tak miliki insuran peribadi & yang putus pendapatan apabila terlibat kemalangan.
Jom puasa siapkan diri puasa sunat!
22/6/2026: Puasa Hari Isnin
25/6/2026: Puasa Hari Khamis + Hari Tasu’a
26/6/2026: Puasa Hari ‘Asyura
29/6/2026 - 1/7/2026: Puasa Hari Putih
Apa kelebihan puasa hari ‘asyura?
Nabi ﷺ bersabda:
أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya : Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.
[Hadith Riwayat Muslim]
Kenapa digalakkan puasa hari tasu’a?
Untuk membezakan dengan amalan puasa orang yahudi.
Dah pernah try selama seminggu, slowly Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka. Boleh cuba, dengan niat bhw Allah satu-satunya yang boleh tolong kita.
Bawak lari mayat? Takkan polis tak dapat kesan ke mana dibawa lari kalau dakwaan ini benar...
Kepada keluarga mangsa...kalau ada mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa yang suruh settle tepi..maklum kepada media....bagi nombor badan sekali kalau dapat...
Kimak yang berlumba tu buat muka anjing masa kena pukul...berlagak semacam puak2 ni sekarang....
Terbangun malam hari tiba-tiba pada jam 2-3 pagi adalah tanda hati sudah tidak bisa melepaskan glukosa ke darah dengan stabil saat malam hari.
Jadi saat kita tidur (tidak ada asupan makanan dalam durasi 6-12 jam), hati seharusnya bisa mengubah simpanan glikogen menjadi glukosa dan melepaskannya ke darah agar kadar gula tetap normal.
Namun kalau hati sudah terganggu, proses ini terganggu, sehingga terjadi kondisi kadar gula darah turun mendadak pada malam hari.
Akibatnya otak mendeteksi “bahaya,” tubuh langsung melepas hormon adrenalin, sebagai respon untuk menaikkan gula darah, sehingga kita terbangun tiba-tiba dengan jantung berdegup atau gelisah, biasanya tepat jam 2–3 pagi.
Nah, tapi ini bukan satu-satunya penyebab terbangun mendadak di malam hari ya. Ada beberapa kemungkinan lain, misalnya stres, sleep apnea, atau GERD.
Semoga bermanfaat!
Sumber:
Sleep disturbances in patients with liver cirrhosis: prevalence, impact, and management challenges.
Waalaikumussalam
1. Bukan kewajipan isteri untuk bayar komitmen asas keluarga seperti tenlat tinggal, pakaian, makan dan minuman seharian.
2. Jika dibiarkan isteri menaggung kerja suami, ia tidak sihat untuk mental isteri.
3. Suami perlu ada usaha untuk jadi provider, tak perlukan duit isteri untuk komitmen bulanan. Barulah isteri lebih patuh dan taat kepada suami.
4. Bebanan kewangan keluarga adalah tanggungjawab suami, adapun isteri sebaiknya tidak perlu disibukkan dengan urusan ini.
Wallahua’lam
Dengan izin, post panjang sedikit hari ini 😅
Atas permintaan dan nasihat beberapa kawan, saya ingin kongsikan ucapan TEDx saya mengenai ekonomi Malaysia, tetapi kali ini dalam Bahasa Melayu!
Ucapan ini antara top 10 ucapan TEDx di seluruh dunia pada bulan lepas (mengikut bilangan paparan) - maksudnya rakyat Malaysia memang menyambut baik idea² yang diutarakan!
Oleh itu, saya pun rasa memang sesuailah jika saya terjemahkan kpd BM supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menelitinya.
Seperti biasa, komen² saudari-saudari amat dialu²kan 🙏
_______
5 perkara semua rakyat Malaysia patut tahu tentang ekonomi mereka… tapi tak tahu!
[Pautan ke video penuh: https://t.co/XIuPAV0LpC]
Orang selalu panggil saya “walking economy”. Tahu tak kenapa? Rambut saya sedang menguncup. Perut saya pula mangsa inflasi. Maka saya pun sedih sampai kemeseletan 😊
Mengenai ekonomi, saya rasa anda semua tahu dua ekonomi terbesar di dunia adalah China dan Amerika Syarikat. Selepas melaraskan harga — seperti bagaimana potongan rambut di Shanghai lebih murah daripada di San Francisco — China menyumbang kira-kira 19–20% kepada GDP dunia, dan Amerika sekitar 15%.
Tapi pernah tak anda terfikir, berapa besar Malaysia? Jawapannya: 0.7%. Kurang daripada satu peratus! Itu pun lebih kecil daripada margin of errordalam ramalan ekonomi Bank Dunia! 😊
Tapi hakikatnya: Malaysia kecil dari segi saiz, tetapi besar dari segi jiwa dan cerita.
Dan hari ini, saya nak kongsikan cerita itu dalam bentuk “5 perkara semua rakyat Malaysia patut tahu tentang ekonomi mereka… tapi tak tahu!”
#1. Yang pertama: Walaupun Malaysia hanya sebahagian kecil daripada ekonomi global, negara ini telah berjaya mengangkat lebih 14 juta rakyat keluar daripada kancah kemiskinan.
[Pautan ke Fakta #1: https://t.co/B9w8aHjnYD]
Itu bukan sekadar statistik; itu 14 juta hidup yang berubah… itu satu keajaiban di peringkat nasional.
10 tahun selepas merdeka, lebih kurang 50% — separuh daripada rakyat Malaysia — hidup dalam kemiskinan. Hari ini, hanya sekitar 5%.
Apabila Malaysia dan Singapura berpisah, Malaysia mewarisi populasi yang lebih besar, lebih miskin dan lebih berpaksikan pertanian. Namun Malaysia tetap berjaya mengeluarkan jutaan rakyat daripada kemiskinan — dan ia dilakukan tanpa mewujudkan kawasan setinggan kekal.
Setiap rakyat Malaysia patutlah bangga.
Dan sejujurnya: Nasi lemak Malaysia juga lebih sedap daripada Singapura😊
Berita yang lebih baik lagi: sebahagian besar daripada kejayaan ini tertumpu dalam kalangan rakyat Bumiputera, yang dahulunya paling ketinggalan. Dua puluh tahun dahulu, Bumiputera 2–3 kali ganda lebih berisiko kekal miskin berbanding Kumpulan etnik lain. Hari ini, jurang itu telah dihapuskan.
Kini, kemiskinan sebenarnya bukan lagi berpaksikan kaum atau etnik — tetapi kelas sosial. Cabaran hari ini? Menutup jurang dalam etnik, bukan antara etnik.
#2. Perkara yang kedua:
[Pautan ke Fakta #2: https://t.co/eILygyJEG6]
Anda mungkin tahu Malaysia masih belum menjadi negara berpendapatan tinggi. Tapi tahu tak berapa lama Malaysia tersangkut dalam middle‑income trap (perangkap negara berpendapatan sederhana)?
Hampir empat dekad! Lamanya!
Korea Selatan, Taiwan, Singapura — semua sudah melepasi perangkap itu, tapi Malaysia belum.
Berkenaan itu, walaupun Malaysia tidak mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, tahu tak apa yang Malaysia ada? Pendapat per kapita yang tinggi!
Berita yang baik: Malaysia boleh mencapai status berpendapatan tinggi dalam 5–7 tahun akan datang. Dan saya harap Michelle Yeoh boleh datang potong reben dan merasmikan mana-mana majlis meraikan kejayaan ini nanti😊
Berita yang buruk: Apabila itu berlaku, 6 daripada 10 rakyat Malaysia masih akan berada di bawah paras pendapatan tinggi.
Ini menunjukkan betapa luasnya jurang antara golongan berada dan golongan rentan: Rakyat di KL lebih kaya daripada rakyat Portugal — sebuah negara berpendapatan tinggi. Tetapi rakyat di Kelantan hampir 7 kali lebih miskin daripada rakyat KL — dan setaraf Sri Lanka.
Ini peta Malaysia yang kita kenal dan cinta:
Dan ini pula peta Malaysia diubah mengikut tahap kekayaan setiap negeri:
📷
Jurang itu meletup, secara literal. Pengajarannya: anda tidak boleh menjadi negara berpendapatan tinggi atas bahu segelintir sahaja! Jika tidak, anda bakal dengar soalan: “Macam mana negara aku kaya tapi aku miskin?"
________
Setakat ini, saya telah berkongsi dua fakta: (1) Malaysia berjaya menaikkan lantai dan mengurangkan kemiskinan dengan ketara (2) Malaysia masih belum berjaya menaikkan siling pendapatan. Persoalannya, mengapa?
________
#3. Jadi mari kita tanyakan diri kita — apakah yang menggerakkan ekonomi Malaysia?
[Pautan ke Fakta #3: https://t.co/M1i3ubp6Yn]
Kita semua tahu apa yang menggerakkan rakyat Malaysia: tentunya Teh Tarik dan Roti Canai! 😊
Tetapi ekonomi? Dahulu, komoditi — termasuk getah, bijih timah, minyak, dan gas — menjadi penggerak ekonomi. Namun, sumbangannya semakin mengecil.
Yang menggerakkan ekonomi Malaysia hari ini ialah semikonduktor.
Malaysia antara 10 pengeksport semikonduktor terbesar dunia.
Sebenarnya, semikonduktor bagi Malaysia umpama Angsa Bertelur Emas dalam cerita dongeng Aesop. Namun… angsa ini sudah semakin letih, dan semakin tua: Patutnya bermain badminton tapi sudah puas hati dengan bermain pickleball 😊 …pada hujung minggu 😊😊
Kenapa?
Sebab angsa itu tidak berinovasi.
Dunia kini berlumba dalam AI dan cip maju, tetapi Malaysia berisiko kekal di hujung rantaian nilai sahaja— hanya mengeluarkan cip melalui mass production tetap kurang terlibat dalam reka cipta, iaitu bidang yang paling membawa keuntungan.
Fakta: Hanya 18% paten semikonduktor Malaysia dimiliki rakyat Malaysia.
China? 40%.
Taiwan? 60%!
Ini bukan kerana orang Malaysia tak inovatif.
Anda semua tahu benda ini [kad Touch ’n Go],
Dan anda juga tahu situasinya: Anda kat tol, buka tingkap kereta, pusing tangan macam pakar yoga, cuba sehabis daya nak pastikan kad TnG bersentuh dengan sensor ajaib tu… tapi entah macam mana, tak boleh sampai juga 😊
Kemudian munculnya seorang genius Malaysia dan menyelesaikan masalah ini: voila… saksikanlah tongkat ajaib TnG! 😊
Saya harap ada genius yang boleh membaiki RFID pula — sebab di Malaysia, ada yang cakap RFID bermaksud: “Reverse Forward Insyallah Detect” 😊
Jadi masalahnya bukan rakyat tak inovatif, tetapi ekosistem inovasi yang lemah: Tahap pembiayaan jangka panjang yang rendah, toleransi terhadap kegagalan yang rendah, dan perbelanjaan R&D yang rendah
Malaysia membelanjakan kurang daripada 1% KDNK untuk R&D.
Singapura? Dua kali ganda;
Korea Selatan? Empat kali ganda!
“Middle‑income trap” (Perangkap negara berpendapatan sederhana) Malaysia sebenarnya ialah “Innovation trap” (Perangkap inovasi)
——-
Ok, 3 sudah selesai dijelaskan, tinggal 2 lagi.
Yang #4: Kadar pengangguran Malaysia rendah — cuma 3%. Tetapi di sebalik angka itu: 4 daripada 10 rakyat Malaysia bekerja di bawah tahap kemahiran mereka. Mereka dianggap “underemployed”.
[Pautan ke Fakta #4: https://t.co/9N4tdqAQKn]
Saya selalu teringat Izwan, pemandu Grab saya dulu… dia pernah menjadi kontraktor bergaji tinggi di Petronas. Saya teringat guru matematik anak saya… yang mengurus beberapa kerja sambilan. Saya teringat jutaan rakyat Malaysia yang bekerja di bawah tahap kemahiran, berusaha untuk menampung kehidupan. Malah, hampir separuh daripada semua pekerja di Malaysia mendapat gaji kurang daripada RM3,000 – ataupun kira-kira $700 USD – sebulan. Jumlah itu pun tidak cukup untuk membayar cukai
Angka “brain-drain” jelas menggambarkan hal ini. Pada 1990, hanya 350,000 rakyat Malaysia duduk di Singapura. Hari ini? Lebih 1.5 juta, belum termasuk yang ulang-alik secara harian. Itu hampir satu suku daripada populasi Singapura! Ramai juga yang kini sudah menjadi warganegara Singapura. Jelas sekali, rakyat Malaysia tidak kekurangan semangat; yang kurang hanyalah peluang.
Ini membawa saya kepada sesuatu perkara… biar saya tanya: apakah sumber boleh diperbaharui paling berharga di Malaysia? Ia bukannya balak, solar atau hidro. Ia adalah generasi muda. Anak muda Malaysia sangat mempunya daya inovasi dan jati dari yang tinggat tinggi. Tetapi mereka jugalah yang paling susah nak mencari pekerjaan, dengan kadar pengangguran tiga kali lebih tinggi dalam golongan belia berbanding yang lain.
Mengapa? Pertama, mereka sudah ketinggalan sejak usia muda: 40% kanak-kanak Malaysia pada umur 10 tahun masih belum mampu membaca atau memahami teks yang sesuai dengan usia mereka. Pelajar menghabiskan 12.5 tahun di sekolah, tetapi pembelajaran sebenar mereka bersamaan sembilan tahun di negara lain. Itu bermakna kira-kira tiga setengah tahun persekolahan terbuang begitu sahaja. Tidak hairanlah apabila mereka memasuki alam pekerjaan, mereka sudah pun ketinggalan. Jadi, memang penting untuk membetulkan keadaan ini. Namun, tanpa mewujudkan pekerjaan yang lebih baik, hanya bermakna kita melatih bakat untuk lebih banyak yang dieksport.
Jadi, inilah soalan bernilai US$420 bilion — dan sekarang anda sudah tahu KDNK Malaysia, nampaknya makin bijak! — mengapa pekerjaan berkualiti tinggi masih kurang? Salah satu sebabnya ialah peranan kerajaan yang terlalu dominan dalam ekonomi sehingga mengekang dan mengehadkan sektor swasta, manakala satu lagi ialah kerenah birokrasi yang menyekat inisiatif.
Contohnya: satu kementerian mengawal selia penjagaan kanak-kanak, manakala kementerian lain mengawal prasekolah. Jadi, jika anda sebuah perniagaan swasta yang ingin menawarkan perkhidmatan penjagaan dan prasekolah secara bersama — seperti yang diminta oleh para ibu bapa zaman sekarang— anda perlu mendapatkan dua lesen berasingan daripada dua kementerian berbeza. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mempunyai premis yang berasingan, lengkap dengan pintu masuk masing-masing.
Hasilnya? Anda sudah boleh beragak: ramai penyedia swasta memilih untuk beroperasi secara tidak sah.
Justeru, kita perlu mengembalikan semula ‘mojo’ sektor swasta. Dan kita juga perlu menangani kemiskinan pembelajaran dari akar umbi. Mana-mana jumlah bantuan tunai, AI atau latihan di peringkat kemudian pun tidak akan mampu menampung kelemahan asas ini.
Ini kerana anda tidak boleh membina negara berpendapatan tinggi berasaskan kemahiran rendah dan sektor swasta yang lemah!
#5. Dompet kerajaan semakin ringan
[Pautan ke Fakta #5: https://t.co/V3aofo2fel]
Tahukah anda:
· 80% cukai pendapatan individu Malaysia dibayar oleh hanya 7% pekerja.
· Hasil cukai Malaysia sebagai peratusan KDNK kurang daripada 13% … jauh lebih rendah berbanding 12 tahun lalu, dan jauh ketinggalan daripada negara yang bercita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi.
Dompet yang ringan ini memberi Kesan negative kepada pembinaan infrastruktur penting seperti hospital, Sekolah, dan jalan. Faedah hutang sahaja pun sudah makin membebankan. Ya, walaupun mengurangkan subsidi dan membanteras rasuah akan membantu — itu tidak mencukupi. Malaysia mesti memperluas asas hasil negaranya.
Anda tidak boleh membina negara berpendapatan tinggi dengan sumber yang rendah!
____
[Pautan ke Penutup: https://t.co/Jc39fauT8d]
Itulah lima fakta saya.
Persoalannya: apa yang boleh anda lakukan? Sebenarnya banyak, dan anda boleh mulakan dengan memperluaskan pengetahuan. Dan saya benar-benar berharap perkongsian saya hari ini membantu.
Berkenaan dengan maklumat, apabila saya tiba di Malaysia empat tahun lalu, saya agak terkejut bahawa sebuah demokrasi seperti ini belum mempunyai Akta Kebebasan Maklumat.
Sekarang, satu akta sedang diusahakan dan berpotensi mengubah budaya semasa Malaysia daripada ‘rahsia kecuali diterbitkan’ kepada ‘terbuka kecuali dirahsiakan.’ Satu perubahan yang besar!
Namun, semua Kerajaan di mana-mana pun memang terkenal dengan pelbagai silat untuk mengelak daripada menerbitkan maklumat: dengan melengah-lengahkan permohonan, mengenakan bayaran untuk maklumat, atau menggunakan alasan keselamatan negara.
Anda tahu, ramai orang ingat Kerajaan berkuasa sebab mengeluarkan wang. Salah. Khazanah Kerajaan yang sebenar adalah kepercayaan. Dan tiada apa yang lebih cepat menurunkan mata wang kepercayaan selain menyembunyikan maklumat atau menyebarkan maklumat salah.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, anda boleh memastikan Malaysia meluluskan — dan melaksanakan — Akta Kebebasan Maklumat terbaik di dunia
___
Saya pernah tinggal di Rusia selama lima tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Pada 2017, di Moscow, sepanjang bulan Disember, kami menerima ada enam minit cahaya matahari. Enam minit… untuk 31 hari. Itu kurang daripada 12 saat cahaya matahari sehari. Ini kurang daripada masa yang anda layan TikTok pada waktu pagi!
Tetapi setiap pagi apabila saya membuka langsir di Kuala Lumpur, saya hampir pasti disambut dengan cahaya matahari yang indah dan keemasan.
Malaysia mungkin ekonomi yang kecil di persada dunia. Tetapi jiwa, semangat, harapan dan cita-cita Malaysia adalah setinggi langit.
Malaysia memanglah luar biasa. Terima kasih 🙏
Claiming income tax relief without proof is a big NO
LHDN folks have 7 years to come knocking for audit
Finfluencers will tell you to download "Premium App X" or subscribe "AI Tracker Y" to manage this
I just use Google Docs. It is free, permanent and searchable.
1. Scan/Snap a photo
2. Label (e.g. Macbook receipt RM4200)
3. Upload to a folder (1 folder for 1 year)
Done.
Disclaimer: I don't give tax advice. This is my personal record-keeping workflow. Consult a pro or the MyTax portal for actual filing rules.
Tahukah anda, terdapat satu portal yang tidak dapat dipastikan siapakah penciptanya iaitu https://t.co/0kO1VKLWJT
Isinya menarik, dapat melihat prestasi setiap MP atau ADUN, termasuk semua data ucapan dan berapa kali perkataan yang diulang di dalam dewan
Jemput singgah semua!