SPM atau Keselamatan murid?
Saya telah dihubungi oleh media, para guru, ibu bapa dan ramai pihak berhubung isu ini.
Asalnya saya memilih untuk tidak memberikan pandangan secara terbuka.
Namun naluri kebapaan saya menuntut saya untuk mencoretkan sesuatu.
Isu rogol, diserang, merogol secara bergilir, merakamkan perbuatan jenayah terkutuk dan disebarkan… Di dalam kawasan sekolah!
Adalah satu yang Maha terkutuk!
Jenayah seperti ini amat luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Jika saya masih mempunyai anak-anak perempuan di sekolah, sebagai bapa saya akan risau, takut dan bimbang dengan apa yang berlaku.
Selepas kes arwah Faris di Tahfiz, arwah Zara di asrama, kes gambar bogel buatan AI dan pengetua mencabul murid di sekolah Cina, dan siri kes-kes buli di sekolah dan asrama, rakyat, terutamanya ibu bapa berasa gundah gulana, trauma, bimbang dan risau.
Rakyat inginkan keyakinan mereka terhadap pendidikan, keselamatan dan kualiti pengajaran di sekolah dipulihkan sesegera mungkin.
Tunjukkan sedikit ketegasan, langkah drastik dan juga kepimpinan.
Di waktu ini yang rakyat mahu dengar bukanlah hak mereka yang melakukan jenayah tersebut menduduki SPM…
Rakyat inginkan jawapan: “Isu keselamatan murid adalah keutamaan KPM. KPM tidak akan bertoleransi dengan sebarang perlakuan jenayah di dalam kawasan sekolah.
Sementara menantikan siasatan oleh pihak polis, berdasarkan kuasa yang ada pada pengetua dan pihak sekolah, kami mengambil keputusan untuk membuang mereka yang terlibat dari sekolah.
Tindakan tegas ini adalah amaran kepada semua pihak bahawa KPM akan memastikan sekolah sentiasa menjadi tempat yang paling selamat untuk murid-murid!”
i can say benda ni tak jadi tiba-tiba — this is the product of rape culture. nobody just wakes up one day and decides to be a rapist; it starts with dirty jokes, porn, and “boys will be boys” excuses. sekarang ada budak sekolah just casually committed rogol berkumpulan like wtf?
Whatever you do, pray for the ability to see your own sins, your own hypocrisy, and your own shortcomings. Never lose sight of that. Never get so carried away, pointing fingers that you forget you, too, have abscesses that need tending.
Ada satu brother ni tulis:
"Hidup kita ni sebenarnya best je. Cuma tak pandai buat video je"
🤣🤣🤣
Nailed it 💯
There's a lot of blessings in our life. Cuma kadang bila tengok socmed ni kita compare dgn hidup org lain.
@KhairulAqmal teringat dulu masa kecik, order kfc. first time dengar “thigh”, my mom suruh orderkan request bahagian tu. sebutan dia “thai” kan, jadi i go to the counter i confident cakap “saya nak request bahagian thailand” HASHSVSHVS benci lah