Allahu beberapa minit selepas Briged Al Qassam mengeluarkan video ketiga, Israel mengatakan mereka akan mengadakan mesyuarat kabinet bagi mengundi genjatan senjata sebelah pihak (unilateral)! Allahu jika ini jadi realiti, Palestin menang!
Al Jazeera kongsi sekeping surat yang ditulis oleh Zina Ahmed Dabous, 10 tahun disorok di bawah bantalnya:
"Mak saya takut. Kalau mereka bunuh kita, tanamlah kita bersama-sama supaya kita boleh saling berpelukan. Bagitahu mereka untuk kebumikan saya dalam pakaian hari raya."
Seorang wanita baru saja ditembak mati oleh tentera Zionis di Kiryat Arba, dalam kawasan kejiranan Al Khalil. Laporan awal mengatakan wanita itu merancang untuk 'menyerang' sekumpulan tentera Zionis laknatullah.