Bapa, anak didakwa rogol remaja 15 tahun dalam kereta
Muar: "Orait..orait...bagus," kata seorang lelaki warga emas ketika gambarnya dirakam sebaik dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan bersama anaknya merogol seorang remaja dalam kereta di Kluang, enam tahun lalu.
Bagaimanapun, Mohd Hashim Saidin, 77, yang berkerusi roda dan anaknya berusia 21 tahun (yang ketika kejadian berusia 16 tahun) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Dua beranak kemudian dibawa ke lokap selepas masing-masing gagal membayar ikat jamin sebanyak RM12,000 dan RM15,000.
Mengikut kertas pertuduhan, anak tertuduh yang bekerja sebagai penghantar barang terlebih dahulu merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.
Selepas itu, giliran Mohd Hashim melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa sama di kawasan lapang dekat Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada jam 6 petang dengan kejadian berlaku dalam kereta dan hari sama.
Berikutan itu, dua beranak didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos ini sebutan kes dan serahan dokumen.
Di mahkamah sama, seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol, persetubuhan luar tabii serta amang seksual fizikal terhadap seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam, minggu lalu.
Tertuduh, Amirul Shaqirin Sazali, 27, membuat pengakuan itu sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibaca di hadapan Abu Bakar.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa merogol, meliwat, dan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 13 tahun dalam sebuah kereta pada jam 8 malam, 8 Julai lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3), Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman serta tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Disiarkan pada: Julai 16, 2023 @ 2:57pm
Alias Abd Rani
[email protected]
Ingat bro. Kalau ada lelaki tak hensem ngorat dia. Dia akan bagitahu kau. Kalau yg hensem ngorat dia bagitahu bestie dia.
Kalau awek mintak break up. Kau block dia dan angkat kaki terus. Jangan bazir masa double text and depress fikir pasal dia.
Angkat besi and pump.
@tufairies the aftermath is the worst. everyday call, vc. semua routine daily, dia ada. call sebelum masuk kije. vc masa mealbreak. call lepas balik. nampak makanan, teringat. even nampak sabun yg dia selalu guna pun teringat. takpe, Allah jaga
@magmalaya kalau chinese ada proverb kata
情人眼里出西施
🔊qíng rén yǎn lǐ chū xī shī
maksudnya elok buruk di mata org takkan sama di mata kita. Cantik/Lawa itu subjektif. Beauty is in the eyes of beholder.
Makluman kes banjir kilat sekitar Ipoh:
- Taman Perpaduan
- Taman Cempaka
- Bercham
- Bandar Seri Botani
- Tambun (susur keluar highway dan depan Shell)
- Berhampiran PKRC Stadium Badminton Ipoh
Hati-hati semua pengguna jalan raya dan penghuni kawasan terlibat.
-APM Perak-
Kami mendapat berita satu lagi projek menjahanamkan alam - projek korek pasir yg ada kaitan dgn kerabat raja Perak akan dijalankan di kawasan pendaratan penyu Tg Gemuk, Pantai Pasir Panjang, Manjung, Perak. Kawasan terbabit merupakan zon sensitif alam sekitar tahap 1
Mashaa Allah ajieb la ya Allah. Tahu tahu dah bergelar suami isteri . Yakin dgn rahmat Allah in syaa Allah , Allah mudahkan urusan kita semua . Jazakumullah Khair kepada semua yg doakan kami. Bersemot screen handphone korang gaisss 🤣🤣🤣💚💚💚 #cintahatiku
Alhamdulillah sebentar tadi Anhar Al-Deek selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat di sebuah hospital tempatan di Palestin. Beliau memberikan nama anaknya Ala'. Beliau akan meneruskan tahanan rumah selepas ini. Semoga anak beliau membesar dengan baik dan sihat. Ameen.