[Kes Ragut di Setia Alam]
Polis Shah Alam sedang siasat kejadian ragut di depan pasar raya 99 Speedmart, Setia Alam.
Mangsa diragut selepas ditegur suspek yang mendakwa terlanggar keretanya. Suspek tarik rantai leher mangsa dan larikan diri dengan motosikal Yamaha LC merah.
Kerugian dianggarkan RM11,000. - MYNEWSHUB
Ada maklumat? Hubungi Insp. Naqiuddin: 012-3848103.
Tular kes tarik kereta, polis cari 3 lelaki angkat pagar dan ceroboh masuk rumah
POLIS kini mengesan tiga lelaki selepas menceroboh masuk sebuah rumah untuk menarik kereta di kawasan Meru, Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang perempuan Melayu, pada pukul 11.33 malam tadi.
Beliau berkata, tiga lelaki tempatan yang menaiki lori tunda telah menceroboh masuk ke dalam kawasan parkir rumah dengan cara mengangkat pintu pagar untuk menarik kereta milik pengadu.
“Siasatan awal mendapati kereta tersebut telah tertunggak bayaran bulanan lebih kurang enam bulan.
“Bagaimanapun, suspek gagal menunjukkan surat tarik kereta daripada bank kepada pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek kini dijalankan.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang mengelirukan.
16:15hrs Awas! Kemalangan di NKVE Km 4.7 arah Utara dari Setia Alam ke Shah Alam. Lorong tengah, Lorong kanan ditutup. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik
Berdepan dengan pemungut hutang boleh menjadi satu cabaran, tetapi sentiasa ingat hak anda sebagai pengguna!
Sekiranya anda mengalami kesulitan, hubungi bank anda atau klik https://t.co/8dERpe1tbt untuk mendapatkan nasihat atau untuk membuat aduan.
___
Facing debt collectors can be challenging, but always remember your rights as a consumer!
If you experience any difficulties or feel intimidated, reach out to your bank or click https://t.co/8dERpe1tbt for advice or to file a complaint.
#BNMFinancialBites #BNMLiterasiKewangan
Macam dalam filem!
Sebuah keluarga kerugian RM600,000 selepas kediaman mereka di Pandamaran, Klang dimasuki sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang, awal pagi semalam.
Ada satu kedai kek/pastry dekat Setia Alam ni menggamit memori aku dan isteri. Tahun 2021 bini aku order manual secara Whatsapp, kedai dia kecik je masa tu.
Sekarang jenama ni dah ada dua lots, sebelah jadi cafe, interior dia cantik dan selesa.
Korang dtg Setia Alam, boleh singgah kedai kek ni.
The Ordinary Baker.
📷 Ni video aku buat.