Caci maki dan hinaan yang dilalui oleh Rasulullah Saw sangat dasyat.Dihalau keluar dari kampung halaman,disampahkan belakang tubuh nya yang mulia dengan perut Unta yang busuk.Hanya kerana mengajak manusia berTuhan.
Apalah sangat hinaan dan kecam di Media Sosial kita hari ini.
Abah pesan kat aku. Tiap kali lalu dekat kubur, selalulah beri salam dekat ahli kubur. Sebab sepanjang kita memberi salam. Seksaan ahli kubur terhenti. Selalulah amalkan bila lalu sebelah kubur. InshaAllah nanti kita mati, ramai yang beri salam dekat. Barakallahulana
“Ustaz saya pernah berzina,semalam saya minum arak,dalam hidup ini saya buat macam macam dosa,adakah solat saya diterima?”
Itu cerita semalam,hari ini kau nak solat,ia tanda hidayah,jangan sia siakan.Hidayah datang hanya sekali.Taubat dan Qada Solat yang tertinggal.Allah Terima.
Solat Taubat very Simple!
Rakaat pertama : Surah Alkafirun
Rakaat kedua : Surah Al Ikhlas
Sujud terakhir beristighfar,lepas bagi salam istighfar,sebut nama Allah banyak banyak sampai hati jadi takut nak buat maksiat.
Tak susah pun,cuma hati yang tak nak.