Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RM30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."
Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
this shower cream superb wangi like i mandi guna berry smoothie betul. i tak pakai perfume pun masuk office then my officemate tegur wanginya pakai perfume apa and i was like 🥰🫶🏼
i love this kind of scent yang bau tak sakit hidung, soft je. i taknak wangi sorang so i share here
Suami yang terbaik adalah suami yang mulakan hari yang baru dengan menjadi imam dan isteri sebagai makmum. Mewujudkan Baiti Jannati “Rumahku, Syurgaku” dalam kehidupan rumahtangga akan menambahkan lagi kerberkatan.
I dh 7 tahun kahwin. Anak 2. Betul, duit penting. But dlm perkahwinan tak semuanya memerlukan duit utk bahagia. Ada masa tgh tak ada duit pun rasa bahagia. Sbb perasaan memahami, redha, kasih tu tak dapat dibeli dengan duit. And 1 thing, tak semua masalah boleh selesai dgn duit.
Carilah damai di waktu malam. Bentangkan sejadah dan dirikan solat taubat. Kemudian, menangis dan mengadulah pada Allah.
Berserah bulat-bulat padaNya, kemudian tidurlah dengan lena.
Esok pagi kamu pasti rasa berbeza. Lebih kuat dan bahagia mengharungi dunia.
Suami perlu luangkan masa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat maghrib atau subuh secara berjemaah. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan.
Wanita kalau nk brkahwin fikir masak2 ye, sebab sekali dh msuk alam perkahwinan, nk keluar dari alam tu bukan senang. Lelaki iya senang, harini lafaz, harini jgk dh boleh cari calon isteri lain. Kalau isteri merajuk, harini jgk boleh g khwin kt thailand dgn isteri baru tapi-
@localrkyt 22years knowing each other..16years of marriage with 4kids..Lelaki kn sntiasa jadi Imam, lead by example…tlg buat kerja rumah supaya wife x letih then baru dia pun leh spend dgn family bl semua melepak dpn tv..x de la dia srg2 aje wat kije umah..
Tahu apa yang perempuan takut sebelum berkahwin?
1. Dapat suami baran
2. Dapat suami kaki pukul
3. Dapat suami curang
4. Dapat suami tak bertanggungjawab
Semoga Allah kurniakan suami yang baik. Aamiin.. 🤲
Lelaki ni curang sebab apa?
Sebab dia rasa dia mampu.
Sebab tu puan-puan, kalau boleh, susahkan mereka (lelaki) ni. Banyak kali dah pesan, kalau kerja, simpan duit tu, spend la duit suami.
Bagi dia rasa betapa banyaknya komitmen dia dengan 1 isteri. Tak mau dia tambah Lagi.