Saya telah lakukan sebaik mungkin. Saya minta maaf jika ia tidak memenuhi selera semua orang yang merasakan reformasi ini perlu berlaku dengan cepat. Tapi harus faham tindakan ini akan membawa permusuhan
Ada pihak tidak mahu sebarang tindakan dan pendedahan(Mengenai Rasuah dan Penyelewengan) Tidak mahu perkataan Sakau digunakan
Saya ingin merayu dari lubuk hati saya. Berilah peluang kepada kita untuk selamatkan negara kita. Malaysia ini punyai potensi yang luar biasa. Jangan kita toleh ke belakang negara kita perlu maju ke depan. Negara kita sekarang dihormati di serantau dan seluruh dunia. Jangan sia siakan peluang ini
PM datang dan pergi. Tapi Malaysia mesti diselamatkan. Jangan izinkan kita balik kepada amalan dan budaya benci kepada manusia dan benci kepada kaum dan mudah menerima rasuah dan penyelewengan. Negara ini ada kekuatan dan jangan rosakkannya
Saya akui punyai kelemahan dan saya boleh perbaiki mana yang kurang atau kelemahan. Tetapi rakyat jangan benarkan negara ini dihampakan oleh gerombolan yang punyai kepentingan yang akan merosakkan kekuatan negara kita
PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketiaka menjawab soalan mengapa rakyat Malaysia yang sebelum ini percaya namun kecewa dengan PMX masih perlu kembali percaya kepadanya di Audio Siar Sembang Ohh Yeahh