Surau Al-Ittifaqiah akan menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1445H dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Bangi.
Pelbagai acara yang bakal diadakan dan boleh anda sertai
Ayuh contohi kesatuan hati keluarga mulia Nabi Ibrahim as dalam ketaatan dan pengorbanan kepada Allah swt.
Manfaatkan Aidiladha untuk menghidupkan perpaduan dan kesatuan umat dalam mentaati perintah Tuhan.
Korbankan individualistik,
tingkatkan keprihatinan.
Salam Aidiladha,
Kelebihan 10 hari pertama Zulhijah ada dinyatakan dalam hadis nabi.
Selain itu, Al-Imam Ibn Hajar menganggap 10 hari pertama ini lebih utama kerana menghimpunkan semua amalan.
#SalamZulhijjah#AidilAdha1443H
Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
#SalamZulhijjah#AidilAdha1443H
Salam Zulhijah 1443H
Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
Ini dinyatakan Rasulullah S.A.W. dalam satu hadis.
#SalamZulhijjah#AidilAdha1443H
Amanah yang digalas, tanggungjawab yang dipikul, berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya.
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023
#haripekerja#ISMABangi
Salam Aidilifitri
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, kita menyambut hari kemenangan apabila masuknya Syawal.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Taqabballahu minna waminkum.
Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu.
#RayaCaraKita#ISMABangi
Antara kelebihan berpuasa yang dilakukan dengan ikhlas adalah dijauhkan daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun jarak perjalanan.
#IndahnyaRamadanDiraiBersama
Puasa adalah perisai yang menjadi penghalang dan penghindar daripada melakukan dosa dan maksiat yang akan menjerumuskan seseorang hamba ke dalam neraka.
#IndahnyaRamadanDiraiBersama
Puasa adalah perisai.
Perisai yang dimaksudkan adalah penghalang dan penghindar daripada melakukan dosa dan maksiat yang akan menjerumuskan seseorang hamba ke dalam neraka.
#IndahnyaRamadanDiraiBersama
Doa bagi orang yang berpuasa ketika berbuka adalah mustajab dan ini menunjukkan betapa pemurahnya Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya dengan keampunan dan ganjaran pahala yang berganda.
#IndahnyaRamadanDiraiBersama
SALAM NUZUL QURAN 1444H
Kemeriahan Ramadan pada banyaknya kita mendampingi alQuran. Gembiranya kita dengan Ramadan kerana padanya terkandung puasa dan alQuran.
#salamnuzulquran#IndahnyaRamadanDiraiBersama
Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan akan melahirkan kemanisan dan ketenangan dalam diri dalam beramal.
#IndahnyaRamadanDiraiBersama
Allah SWT menyediakan pintu khas untuk memasuki syurga yang dinamakan ar-Rayyan hanya untuk mereka yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk memasuki syurga melaluinya.
#IndahnyaRamadanDiraiBersama