๐ฑWarga Rohingya Berlari mcm sonik the hedgehog apabila disoalโผ๏ธ
Dia dikatakan tgh memintak duit derma. Katanye utk persatuan dia. Tindakan memintak derma oleh warga rohingya seperti ni perlu dikendalikan oleh orang yg berdaftar. Jangn suka2 kutip derma mcm ni.
Apabila disoal2 dia terus melarikan diri..
๐๐๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ฌ๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ฉ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐๐ฎ๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐ฌ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐
Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berhubung perkembangan fenomena El Niรฑo yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027.
Fenomena ini dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya, sekali gus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya ingin menasihatkan seluruh rakyat agar sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa. Gunakan air secara berhemah, elakkan aktiviti pembakaran terbuka serta utamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya golongan yang lebih terdedah kepada cuaca panas.
Dapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#KesiapsiagaanBencana
#METMalaysia #myCuaca
AUNI, ANAK YATIM PIATU YANG CEKAL
โDoktor, menitis air mata saya bila adik Auni datang ke pejabat NADI dan maklumkan dia perlukan sedikit duit belanja dan duit minyak motorsikal untuk daftar Politeknik Kedah Ahad ni, terus saya teringat nak telefon Doktorโ.
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐
Saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini bagi meneliti perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) serta beberapa agenda lain berkaitan pembangunan Bumiputera.
Alhamdulillah, sehingga kini pelaksanaan PuTERA35 telah mencapai 64.6% dengan 160 daripada 493 program yang dirancang berjaya dilaksanakan. Perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan agenda pembangunan Bumiputera diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Mesyuarat turut meneliti beberapa resolusi yang dikemukakan melalui Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung pada 1 Mei lalu, termasuk cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara.
Saya percaya agenda pembangunan ekonomi Bumiputera perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan agar lebih ramai generasi muda mempunyai ilmu, kemahiran, nilai serta daya saing untuk mendepani cabaran masa hadapan.
Insya-Allah, usaha memperkasa pendidikan, TVET, pembangunan bakat dan huffaz profesional akan terus diberikan perhatian sebagai sebahagian daripada ikhtiar melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi, masyarakat dan negara.
#MajlisEkonomiBumiputera
#EkonomiBumiputera #PuTERA35
#KongresPendidikanBumiputera2026
Kerajaan Melaka Tolak Permohonan Rohingya Jadi Wakil JPKK, Solat Jumaat Sendiri #MGFlash
Bukan sekadar memohon perlindungan sebagai pelarian, komuniti Rohinya di Melaka didakwa pernah kemukakan tuntutan untuk mendapatkan tauliah mengajar agama.
๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐๐ง ๐๐
Alhamdulillah, hari ini saya diberi penghormatan untuk merasmikan the 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 600 ulama, mufti, ahli akademik, penyelidik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN.
Cabaran yang kita hadapi hari ini tidak hanya tertumpu kepada ekonomi atau geopolitik. Apa yang lebih membimbangkan ialah krisis nilai, adab dan kebijaksanaan yang semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat.
Semasa berucap, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti dipandu oleh nilai dan etika. AI, data dan inovasi perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, manakala Maqasid Syariah perlu terus menjadi kompas yang membimbing arah pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.
Saya turut menyentuh kepentingan diplomasi intelektual dalam memperkukuh kerjasama sarjana Islam serantau, membina kesepakatan dalam isu-isu utama ummah serta melahirkan lebih banyak cadangan dan penyelesaian yang praktikal bagi menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Muslim World League (MWL) dan JAKIM atas komitmen berterusan menjayakan persidangan ini.
Semoga segala perbincangan yang berlangsung dapat memperkukuh kesatuan ummah, mengangkat peranan ilmu dalam pembangunan masyarakat serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada rantau ini, insya-Allah.
#SoutheastAsiaScholarsConference2026 #MWL #JAKIM #MalaysiaMADANI
Insya-Allah. Kita bersiap sedia menempuh PRN Johor dan Negeri Sembilan, bersama.
Saya yakin, dengan kesepaduan dan keikhlasan pasukan BN ini.. gerak kerja kita akan diterjemahkan sebagai nilai yang baik di mata rakyat.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya jua.
#BarisanNasional
#BNJohor
#BNNegeriSembilan
๐๐ข๐ฃ๐ซ๐๐ก: ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐๐ข๐ค๐๐ง
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perjalanan hati menuju keredaan Allah SWT. Ia menuntut keberanian untuk berubah, memperbaiki diri dan meninggalkan perkara yang menjauhkan kita daripada-Nya.
Setiap hari adalah peluang untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Dengan keazaman, kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT, setiap langkah ke arah kebaikan akan dipermudahkan dan diberkati.
#RisalahJumaat
Rafizi Ramli sendiri sahkan,
DAP punca pembubaran DUN Negeri Sembilan.
Punya penipu DAP ni.
Konon kantoikan BN, sekali diri sendiri yg sebenarnya punca.
๐คฃ๐คฃ๐คฃ
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 10 Jun 2026 bersamaan 24 Zulhijah 1447H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:
1. UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, sehingga Pilihan Raya.
2. Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan. Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri.
3. UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
4. Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.
5. UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan.
SUA UMNO
๐๐ง๐ฏ๐๐ฌ๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐: ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐, ๐๐ก๐๐ฉ๐ข๐ง๐ ๐ญ๐ก๐ ๐ ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐
Today, I attended Invest Malaysia 2026, a premier platform that brings together investors, industry leaders and capital market participants from Malaysia and across the globe.
In my keynote address, I emphasised that Malaysiaโs next phase of growth must be measured not only by the capital we attract, but by the value we create from it.
Capital is important because it connects ambition with opportunity. It enables businesses to grow, entrepreneurs to scale, companies to innovate and investors to participate in Malaysiaโs growth story.
More importantly, capital must open pathways beyond large corporations. It must reach SMEs, young entrepreneurs, TVET talents, rural businesses and regional growth centres, so that more Malaysians can be part of the nationโs progress.
I also announced that EPF, PNB and KWAP will allocate a portion of their capital to support companies committed to value creation and the adoption of MY Value Up principles.
Insya-Allah, Malaysia will continue moving forward as a stable, competitive and investment-friendly economy. One that creates quality jobs, expands opportunities and delivers greater prosperity for our people.
#InvestMalaysia2026
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ญ๐ฎ๐-๐ค๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ซ๐ฐ๐๐ค๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ญ๐ข๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Saya telah menerima kunjungan hormat daripada 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu sebelum mereka memulakan penugasan di negara masing-masing. Mereka akan mewakili Malaysia di Jepun, Singapura, United Kingdom, Austria, New Zealand, Laos, Oman, Ireland, Finland, Timor-Leste, Chile, Lubnan dan Uzbekistan.
Mewakili negara di pentas antarabangsa adalah satu amanah yang besar. Selain memperkukuh hubungan dua hala, mereka juga membawa bersama suara, kepentingan dan imej Malaysia di mata dunia.
Insya-Allah, saya percaya dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki akan membantu mereka melaksanakan tanggungjawab ini dengan cemerlang serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada negara.
Selamat menjalankan tugas saya ucapkan kepada semua. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
#MalaysiaMADANI