Solat tiang agama. Rosak tiangnya, runtuhlah semua binaannya. Jaga solat kita sebaiknya. InsyaAllah hidup kita pasti baik di dunia dan di akhirat.
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Perkara pertama yang dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat adalah solatnya.
Pentingnya common sense and empathy bila bercakap dengan sesiapa pun. Sentiasa beringat sebelum nak cakap sesuatu, make sure kita cuba letakkan diri kita di tempat dia. You never know how your words can effect someone's life.
Benda paling susah nak buat dalam hidup ini adalah bersangka baik when Allah havent answer your prayers. Percayalah tiada satu pun doa yang sia-sia. Semua Dia dengar, dan Dia akan makbulkan ikut waktu yang tepat untuk kita. He knows, what we don't know.
Takut sangat macam macam kes sekarang ni 😭 Dari kes Farah Kartini, Cikgu Istiqomah, sekarang Nidza Afham. Allahuakhbar… sapa sapa yang nak keluar rumah tu amal ayat ni. In shaa Allah, banyak doa Allah jaga kita.
My favorite doa,
"Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk menerima walau apa yang Kau beri untukku, kerana sesungguhnya apa yang Kau beri untukku itu adalah yang terbaik untukku, dan Engkau adalah sebaik-baik Perancang"
And I feel at ease knowing He's always there for me.
Buatlah dirimu sibuk, hingga tak ada ruang untuk membenci, tak ada waktu untuk berburuk sangka,
tak ada kesempatan untuk berbohong dan tiada masa untuk sibuk dengan hidup orang lain.