Satu perkongsian daripada saudari Nabilah berkaitan perkembangan guru. Satu perjalanan bermula daripada guru novis kepada guru pakar. Bermula daripada bongsu (DG41) sehingga menjadi kak long (JUSA & DG54).
Perkembangan guru bukan dilihat dari sudut angka yang diterima, tetapi sebanyak mana yang pernah diberi. @mimmasayuti , puan ialah contoh guru yang sentiasa berkembang dan tak pernah gagal untuk gah kan diri demi memupuk jati diri guru novis seperti kami✨. Terima kasih Puan❤️
Perkongsian daripada Nabilah tentang perkembangan guru berdasarkan Teori Keprihatinan Guru Fuller (1969). Guru perlu sentiasa menambah baik diri untuk kebaikan murid. Kita kena sentiasa tanya diri sendiri apa lagi yang kita boleh lakukan. #kontemporarilestari#IPGKBMGlobal
"Adakah botol ini half full or half empty". Jika botol ini dilihat dengan kekurangan, jadi kita akan selalu merungut tapi jika kita lihat apa yang kita miliki, kita akan menghargai dan manfaatkannya sebaik mungkin. Satu perkongsian daripada Puan Mimma yang akan diingati selalu.
Penerangan berkaitan integriti dan rasuah oleh saudara Najwan membuka minda sekali lagi bahawasanya manusia mudah tergoda dengan rasuah. Sebagai individu yang berintegriti, kita harus berani untuk memilih jalan yang betul walaupun penuh dengan liku-liku kehidupan.
Apabila belajar tentang hak asasi, saya faham bahawa kanak-kanak mempunyai hak dalam pendidikan iaitu mereka berhak untuk diberikan quality education daripada seorang guru yang menjalankam akauntabiliti serta berintegriti dalam profesion perguruan.
Akhirnya saya berjaya dapatkan semula akaun Twitter saya. Terima kasih kepada mereka yang bantu saya. Semoga istiqamah dan menjadi guru berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera. @Nfrhiin@aisyatulis
Last kena stand quiz waktu tingkatan 4 dan 5 subjek Fizik dengan Cikgu Elias. Setiap kali kelas Cikgu Elias mesti ada. Aktiviti wajib. Terima kasih Puan Mimma sebab buat aktiviti kegemaran saya ni setiap kali masuk kelas.
Pelajar juga boleh membuat penerokaan pembelajaran melalui digital dan tidak menyalahgunakan penggunaan digital seperti melakukak jenayah buli siber, melayari lawan web yang melalaikan dan sebagainya.
Peranan dan tanggungjawab pelajar dalam talian ialah melihat dan memberi tumpuan kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru sama ada melalui Google Classroom, Google Docs, Google Meet di platform DELIMa dan sebagainya.
Cabaran dan peluang yang akan dihadapi oleh pendidik dalam mengintegrasikan teknologi secara berkesan ialah guru tidak akan lagi menjadi sumber utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan dan juga peranan guru juga akan berubah iaitu daripada pendidik menjadi pemudah cara kepada m
Murid murid. Hal ini bukanlah suatu hal yang mudah kerana murid telah didedahkan dengan dunia media sosial serta limpahan maklumat yang mereka peroleh melalui teknologi.Oleh itu, guru berperanan untuk memberi pendedahan dan pengawal kepada penggunaan teknologi dalam kalanganmurid
Hal ini juga menjadi cabaran kepada guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional kerana guru perlu mencari ilmu berkaitan dengan teknologi agar guru dapat mendedahkan murid kepada teknologi