Dia pernah hadir dalam hidup kita. Kemudian takdir mengaturnya pergi dengan cara yang tersendiri.
Move on. Belajar berterima kasih. Terima kasih sebab dia hadir dan pernah bahagiakan kita Terima kasih sebab pergi.
Move on. Beri ruang untuk kita bahagia dengan cara lain pula.
Yang sedap itu bukan bermakna perlu dimakan kesemuanya.
Adakalanya cukup sekadar sedap dipandang mata.
Yang indah itu tidak semestinya perlu menjadi milik kita.
Adakalanya cukup kalau sekadar mampu menumpang bahagia.
Suami, tawan isterimu dengan tunjuk ilmu. Bukan dengan pujuk rayu.
Pujuk rayu takkan pernah cukup, kerana dia akan terus meminta-minta. Tapi ilmu akan buatnya faham tentang hidup, banyak bersyukur lalu mampu menerima dirimu seadanya.
Spending a minute with family is more worth than a billion dollars. Money comes & goes, but once your family left, they'll never come back. How many wish to see their loved ones just for a single minute again? They would pay billions for this minute. Family goes... money stays...
Jangan berkata apa-apa ketika kita sendiri tidak ada mood untuk berkata-kata. Ingat Allah, ingat ini adalah ujian-Nya sahaja.
Ujian ini akan berlalu. Keletihan ini akan hilang. Kemarahan ini akan pudar. Apa yang kita perlukan hanya sedikit masa. Bersabarlah seketika.
Kita sibuk menunggu esok.
Menunggu untuk meminta maaf. Menunggu untuk memulakan sesuatu. Menunggu untuk meluahkan rindu.
Kita terlalu sibuk menunggu esok seolah-olah terlalu yakin masih ada esok untuk kita.
Dan hari ini menjadi sia-sia. Terbazir begitu saja.