Otak si Teme ni mmg berjalan jauh betul 😭 Benda yang kita baca dan anggap “oh, ilmu pelik dalam dunia fiksyen”, rupanya dia dah fikir jauh macam mana benda tu mungkin boleh berfungsi. This is why I enjoy his writing so much. Ada saja benda yang buat kita membaca sambil belajar.
Ilmu terbang, ilmu rahsia alam nusantara?
Masyarakat kita pernah digemparkan dengan kenyataan orang Melayu zaman dahulu boleh terbang. Kebetulan, dalam buku saya tahun ini, ada topik yang hampir sama.
Dalam buku Empayar 4, ada diperkenalkan satu ilmu aneh yang diamalkan di sebuah tempat yang terpencil di kepulauan nusantara. Ilmu ini tidak pernah terlihat oleh dunia luar. Iaitu ilmu mengapungkan objek tanpa perlu menyentuhnya.
Dalam posting ini, saya kupaskan sedikit.
Dalam Empayar 4, ada penceritaan suasananya dengan lebih mendalam!
Kalau kalian berminat, Siri Empayar dah ada di pasaran! Online & kedai-kedai buku. Link kat bio saya pun ada!
Lama saya tak post kat sini 👀. Saya ada satu berita yang saya happy nak bagitahu kalian!
Alhamdulillah, SIRI EMPAYAR TELAH TERJUAL LEBIH 200,000 NASKHAH!!! ✨💕😭🥳🎉🙌🏻
Bagi saya, 200,000 itu sangat banyak. Malah terlalu banyak. Walaupun berita ini sebenarnya sudah dimaklumkan kepada saya lebih dua bulan yang lalu, susah untuk saya percaya yang siri ini telah terjual sebanyak itu. Terima kasih kerana sudi untuk membawa pulang dunia yang saya tulis.
Terima kasih juga untuk rating yang tinggi (hampir full 5 stars!). You’re being too kind to me 😭💕.
Walaupun saya merasakan penulisan saya tidaklah layak untuk rating setinggi itu, saya sangat hargai penilaian kalian. InsyaAllah, saya akan usaha lebih keras agar satu hari nanti karya-karya saya benar-benar layak untuk rating 5 stars!
Sorry tau sebab lambat maklumkan berita ni kat awak semua. Saya segan sebenarnya 🥹.
Angka 200,000 terjual ini bukanlah ukuran hebat atau tidaknya seorang penulis tau? Ini semua rezeki Allah yang datang bersama ujian untuk saya. Ini juga hasil usaha keras pengikut karya saya yang tidak jemu-jemu menyarankan dan berkongsi apa yang mereka suka kepada orang lain juga. Saya beruntung dapat menjadi sebahagian kecil daripada semua itu, saya hanyalah manusia yang menulis bukunya.
Terima kasih kerana menjadikan Empayar sampai sejauh ini. Terima kasih kerana membaca, menunggu sambungan, berbincang, dan terus memberi ruang kepada dunia kecil yang saya bina ini untuk menjadi sebahagian daripada hidup kalian.
Seronok saya curi-curi baca discussion kalian berkaitan topik-topik dalam Empayar! Bijak-bijak semuanya!
Bercakap tentang topik discussion berkaitan Empayar, ESOK atau LUSA, saya akan post ulasan secara ringkas tentang satu topik dalam Siri Empayar pula, khas berkaitan Empayar 4. Iaitu topik rahsia di sebalik objek-objek terbang dalam Empayar 4!
‘Jumpa’ dalam posting seterusnya! Take care! 🌹
You don’t need to have everything figured out right now.
Most people are just learning as they go too.
Take the pressure off yourself.
You still have time.
Let the day go.
You’ve carried enough for one heart today.
Not everything needs to be solved tonight.
Let your mind rest.
A tired mind makes the future look heavier than it really is.
Tak semestinya pembuli kita dapat balasan.
Malah mungkin kita lihat mereka terus berjaya & bahagia.
Kita pula masih berjuang dengan trauma.
Tetapi itulah ujian dunia.
Di akhirat, kita & pembuli kita akan dapat keadilan sebenar.
Sementara itu, moga kita kuat & terus sembuh.
You’re not behind.
You just keep looking at people who are on a different path from yours.
Slow down.
No one is rushing you.
Take your time. You’re still becoming the person you’re meant to be.
Ye, sebab lirik lagu dia memang lain macam. Pastu masa kecik suka nyanyi lagu ni, main pula watak nenek-nenek. Kena marah dengan arwah mama 🤣
Lukisan dia pun cantik ye 😭💖.
Baru je nak mula baca Empayar 4. Husband cakap, Teme rajin tulis setebal ni HAHAHA aduh maaf Teme 😭🙏🏻
Keenam-enam ilustrasi baru untuk Empayar 4 dah siap diupload! 🤍
Kalau ada request/cadangan scene lain untuk saya lukiskan, bagitahulah. InsyaAllah saya usahakan.
Terima kasih sebab terus beri saya peluang untuk berkarya. It’s been an honour doing this for you guys 💕
Cara Teme kaitkan cerita rakyat, legenda dan imaginasi dalam satu dunia memang antara benda yang paling dikagumi. Lagu yang biasa kita nyanyi masa kecil pun boleh buat saya tertanya-tanya semula tentang maksud di sebaliknya. 😭
Saya suka outfit nenek-nenek sekalian.. terutama terompah nenek bongkok, generasi sekarang ramaii dah tak kenal apa itu terompah.
Terima kasih teme membuka lembaran pakaian tradisional ni.
Umur yang panjang, dan kubur yang menepati sunnah.
Selain daripada topik berkenaan keturunan yang dikurniakan dengan kelebihan umur yang panjang, dalam Empayar 4 juga ada menyentuh tentang pilihan ketika penamat umur. Iaitu topik pusara yang menepati sunnah.
Dalam Empayar 4, Sastra meminta agar makam salah seorang tokoh agung yang baru syahid tidak diletakkan apa-apa binaan megah.
Malah, cukup sekadar sebuah batu sungai sebagai penanda untuk penziarah.
Boleh dilihat dalam latar belakang lukisan, terdapat binaan-binaan makam buat raja-raja dan pemerintah agung terdahulu di sebuah kawasan pusara diraja. Namun, Sastra tidak mahu hal itu dilakukan kepada tokoh yang seorang ini.
Bukan sahaja bagi mematuhi garis panduan kubur untuk tidak bermegah-megah, Sastra juga ingin mengelakkan risiko berlakunya amalan syirik.
Tokoh itu bukan sahaja berdarah keturunan raja yang disegani, malah ramai yang bersaksi kematiannya sebagai syahid.
Sastra bimbang, jika makam tokoh itu terlalu megah, rakyat yang datang menziarah akan mula melakukan hal yang melampaui batas.
Bermula dengan ziarah, rakyat akan mula mencium batu nisan atau binaan di kubur yang terlalu megah. Kemudian mula meminta-minta kepada orang yang telah mati kerana dianggap disegani dan mati syahid. Mulalah si mati itu dianggap sebagai wali. Tidak mustahil suatu hari nanti dibina patung untuknya lalu disembah.
Sastra memilih untuk mengelakkan semua mudarat itu.
Maka, satu batu sungai di bawah pohon tua yang rendang menjadi penanda makam tokoh tersebut. Tanpa sebarang hiasan yang nyata akan melanggar sunnah dan syariah.
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Legenda nenek yang bongkok dan nenek kebayan.
Ramai yang terkeliru menyangkakan dua jelmaan ini merupakan satu susuk yang sama. Ada yang tertukar-tukar antara kedua-duanya.
Hakikatnya, nenek yang bongkok dan nenek kebayan merupakan dua watak yang berbeza.
Nenek yang bongkok lebih berusia. Daripada watak itulah dikatakan lahirnya lagu rakyat, Nenek Si Bongkok Tiga.
Nenek kebayan pula lebih muda. Tidak bongkok seperti yang disalah sangka oleh kebanyakan orang. Malah nenek kebayan masih tegap dan kelihatan penuh bertenaga. Dipanggil nenek kerana memang hakikatnya usia jelmaan wanita itu sudah terlalu tua berbanding umur manusia biasa.
Persamaannya, kedua-dua jelmaan nenek ini dikatakan bukanlah manusia. Kedua-duanya dikaitkan dengan tokoh agung yang pernah masyhur di zaman dahulu. Hanya muncul di hadapan manusia yang terpilih sahaja.
Jangan risau, ini bukan cerita seram hahaha!
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Kisah di sebalik lagu Nenek Si Bongkok Tiga
Ilustrasi ini saya visualkan bagi menggambarkan salah satu adegan dalam buku Empayar 4. Iaitu adegan pertemuan Sastra dengan seorang wanita yang amat bongkok.
Dalam adegan ini juga, Sastra terdengar suara senandung di tengah hutan tebal mengalunkan irama lagu tertentu. Lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika bermain permainan Cari Cucu, bermain kejar-kejar. Lagu yang masyhur di seluruh Nusantara. Iaitu Lagu Nenek Si Bongkok Tiga.
Zahirnya kedengaran seperti lagu rakyat buat permainan kanak-kanak, namun pada liriknya juga dikatakan tersirat perkaitan dengan mahkluk ghaib yang digelar sebagai nenek si bongkok tiga.
Dikaitkan juga dengan saka, jin, syaitan dan sihir.
“Nenek tua, banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti.”
Jika diamati, lagu itu boleh difahami seolah-olah ada suatu lembaga (nenek) yang mencari calon yang sesuai (cucu) untuk diperturunkan saka atau ilmu sihir. Boleh jadi nenek itu jin atau syaitan, boleh jadi juga pengamal ilmu hitam.
Ada plot twist. Dikatakan juga dalam legenda masyarakat, nenek yang bongkok ini sebenarnya bukanlah watak yang jahat. Cuma, ia dimomokkan dengan unsur seram dan menakutkan dek kerana perincian sejarah sahih yang hilang.
Boleh jadi, nenek yang dimaksudkan dalam lagu ini benar-benar baik. Boleh jadi juga, ia memang jin atau syaitan yang ingin menyesatkan manusia.
Malah ada yang mengatakan nenek yang bongkok ini manusia biasa yang penuh ilmu dan hikmah, yang mendampingi para penguasa dan wira untuk membimbing mereka.
Tiada sesiapa yang benar-benar terbukti tahu akan kebenarannya. Hanya manusia yang terpilih sahaja akan ‘dicari’ oleh nenek yang bongkok ini. Tidak semua orang boleh ketemu dengannya.
Dikatakan juga, sebenarnya lirik yang masyhur dalam kalangan rakyat kebanyakan itu sebenarnya tidak lengkap. Jika dihayati lirik yang hilang itu secara menyeluruh, maka semakin jelaslah hakikat sebenar tujuan watak nenek yang bongkok tersebut.
Jadi, siapa sebenarnya nenek si bongkok tiga ini?
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Haritu saya ada upload video proses melukis singgahsana Sundagema ini kan?
Harini, seperti yang dijanjikan, saya terangkan perincian maksud pada ukirannya pula!
Saya tak boleh explain detail sangat. Bimbang spoiler. Tapi insyaAllah, saya rasa mungkin mereka yang dah baca akan faham sepenuhnya dan boleh kaitkan maksud ukiran-ukiran ni.
Penjelasan tentang takhta ni saya gugurkan daripada manuskrip Empayar 4 untuk mengelakkan ia jadi tebal sangat (yang sekarang pun dah lagi tebal daripada kamus 💀).
Sekarang, saya upload di social media untuk para pembaca yang interested nak tahu maklumat extra.
Saya kagum sebab ada yang dapat point out maksud-maksud ukiran ni sebelum saya sendiri yang terangkan. Malah, sebelum saya upload lukisan full yang jelas nampak takhta ni pun! Tajam mata dan usaha pemahaman kalian! Power! 👏🏻✨
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Sebelum 'ayahnya' bongkarkan segala, adalah lebih baik tuan hamba sekalian beli dan bacalah tulisan Empayar 4. Tidak sekadar pengembaraan luar biasa namun disulami ilmu dan teladan buat mereka yg membaca dengan hati.