What if we reimagined KL?
What if Telawi, Jalan Raja, Bukit Bintang, Brickfields and Chow Kit werenโt shortcuts for cars but shaded boulevards?
Where people walk, duduk lepak, kids run around and elders feel safe to stroll at night?
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang dirakam oleh satelit pemerhatian bumi PlรฉiadesNeo dari syarikat Airbus Defence and Space.
1. Menara berkembar KLCC
2. Menara Merdeka 118
3. Menara TRX
4. Menara Parlimen
๐ ๐ฅ ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐ โฆ..
Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat.
Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang.
Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R.
Sebelum itu, kita recap.
Ada 2 isu berbeza:
Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG.
Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash.
Satu lagi isu ialah mengenai Mr R.
Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R?
Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini.
Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu:
18 Oktober:
Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini.
18 Oktober:
Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya.
20 Oktober:
Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan โbossโ Mr R, dan supaya โbossโ Mr R campur tangan.
21 Oktober:
Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan.
21 Oktober:
Seorang lagi pemegang saham NexG bernama โTan Sriโ diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit.
Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan.
22 Oktober:
Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash.
29 Oktober:
Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu.
3 Nov:
Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada โbossโnya. Mesejnya berbunyi:
โSo total shares passed to Boss is 421 mil, right?โ
5 Nov:
Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi:
โI have given everything and yet you all still want to kill me.โ
7 Nov:
Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku.
7 Nov:
Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi:
โWe have to deliver the shares minus the encumbrancesโฆ by next week broโ โOr else you and I sure will kenaโ
18 Nov:
Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG.
Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG.
Mr R turut hadir dalam pertemuan itu.
20 Nov:
Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG.
27 Nov:
Mr R memberitahu Victor Chin yang โbossโnya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku.
Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu.
Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini.
Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R?
1 - Mr R ialah operator kepada boss nya
2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan
3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu
Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R.
Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben).
Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham:
1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024
2 - Juga Penasihat Korporat NexG
3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co.
Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini.
Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu.
Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam.
Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada โbossโ nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa.
Jadi siapa boss Ruben?
Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut:
1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham
2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan
3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG
4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu
Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025.
Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya.
Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash.
Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG.
Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon.
Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.
A clash built on the pride, passion, working class roots and decades of pure animosity. This derby isnโt just a match, itโs a battle for the capital.
3 POINTS!
#KLU#DROOGS#CITYBOYS#CITYSOUL#SAMPAIMATIKUALALUMPUR
Selama satu setengah dekad, Kuala Lumpur Ultras bukan sekadar hadir sebagai penonton, mereka hadir demi meniup roh perjuangan buat skuad ibu kota dalam setiap perlawanan tanpa mengira menang atau kalah.
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ & ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ฅ
#๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ๐๐๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ธ๐ถ
Pagi Jumaat lalu, ada beberapa orang aktivis anak muda tanya saya kalau mereka anjurkan demonstrasi untuk zahirkan kemarahan dan tuntutan berkenaan Tan Sri Azam Baki, apakah saya sudi untuk hadir.
Saya kata Insya Allah saya boleh hadir.
Saya juga maklumkan secara terbuka dalam sidang media pagi Jumaat lalu bahawa kami, 8 orang ahli parlimen PKR yang mengambil pendirian keras mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki ini, mencadangkan supaya BERSIH2.0 mengetuai gabungan rakyat menganjurkan demonstrasi.
Pukul 4 petang hari Jumaat, notis dipaparkan oleh BERSIH2.0 memanjangkan penganjuran demonstrasi oleh gabungan NGO (yang kebanyakannya anak-anak muda) menuntut siasatan bebas ke atas Tan Sri Azam Baki.
Alhamdulillah, dengan notis 24 jam sahaja dan ketika orang sudah mula bercuti, kehadiran itu baik.
Saya tak tahu berapa orang yang hadir, boleh suruh AI (artificial intelligence) kira dan anggarkan ha3.
Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan rakyat kerdil yang hadir.
Ia mengingatkan saya kepada siri demonstrasi #KitaLawan yang bermula bulan Februari 2015.
Ketika itu, Datoโ Seri Anwar kembali ke penjara setelah dijatuhkan hukuman kali kedua.
PAS sudah berjauh hati dan Pakatan Rakyat retak menunggu belah.
Tanpa PAS, pada ketika itu, pimpinan BERSIH2.0 pun tidak yakin sebarang demonstrasi akan berjaya menarik kehadiran.
Dalam PKR pula, kepimpinan sudah dikuasai oleh kumpulan Datoโ Seri Azmin Ali yang tidak berminat pun untuk berdemonstrasi atau membawa isu 1MDB, rasuah kerajaan dan sebagainya.
Ketika itu, saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR. Ketua Angkatan Muda adalah Nik Nazmi.
Maka kami buat keputusan, kalau ada 10 orang pun, kita kena mulakan siri demonstrasi yang kami panggil #KitaLawan untuk terus mendedahkan mengenai 1MDB, kepincangan pentadbiran Datoโ Seri Najib dan membakar semangat melawan rakyat.
Memang betul, demonstrasi #KitaLawan yang pertama hanya ada kurang dari 50 orang. Saya tak sempat hadir sebab 2 hari sebelum demonstrasi dah kena tangkap.
Kemudian Nik, Lih Kang (sekarang dah menteri), Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng), Chean Chung (Ahli Parlimen PJ), Wei Kiat (ADUN Rawang), Akmal (sekarang dah menteri) dan yang muda-muda teruskan anjurkan yang seterusnya.
Merasa jugalah Nik, Lih Kang, Chean Chung dan Kar Hing pakai baju lokap menjadi penganjur demonstrasi.
Selepas beberapa siri, demonstrasi #KitaLawan dalam bulan Mac 2015 ada kehadiran yang baik dan menambah keyakinan kami bahawa rakyat akan tetap menyokong kalau isu yang dibawa itu tepat dengan jiwa mereka.
Saya tidak tahu berapa banyak lagi demonstrasi #TangkapAzamBaki ini akan diadakan.
Saya pun makin berumur dan sudah berpuluh tahun menyertai demonstrasi.
Tapi kalau saya jadi Nurul Izzah atau Datoโ Seri Saifuddin Nasution yang boleh bisikkan kepada Datoโ Seri Anwar Ibrahim, saya akan sampaikan cerita siri demonstrasi #KitaLawan ini.
Sebab dia dalam penjara masa itu, mungkin dia tak tahu.
Sebab teladannya ialah jangan sekali-kali memandang rendah semangat sekumpulan kecil rakyat, terutamanya yang anak muda, sekiranya mereka rasa yang mereka perjuangkan itu adalah benar dan tanpa ada kepentingan peribadi kepada mereka.
Lama-lama suara mereka itu akan turut disambut oleh rakyat yang lain.
Isu integriti Tan Sri Azam Baki ini benar-benar menepati semua ciri-ciri itu.
Jumpa lagi di demonstrasi #TangkapAzamBaki, jika dianjurkan lagi.
Tolong bagi notis awal sikit ha3.
Cuba mintak budi bicara pihak PDRM, mintak trade in budak 33 orang tu dengan Piala Malaysia. Mana tau polis lembut hatiโฆ. team bola diorang pun tengah ke laut tu.