Diabetes doesn’t start overnight.
It builds silently for 10+ years before diagnosis.
The worst part? Millions already have it and have no clue.
It drains your energy, wrecks metabolism, and stores fat.
Here’s what's happening (and how to spot it early): 🧵
TIPS BELI BEG LUGGAGE
Kongsi sikit hasil survey aku selama seminggu nak beli luggage. Manalah tahu korang cari info ni masa nak travel dan bercuti nanti.
---MATERIAL---
3 jenis material Luggage yang popular.
1. Polypropylene (PP) : Paling ringan. Plastik flexible. Durable. Robust. Harga mahal.
2. Polycarbonate (PC) : Kedua ringan. Paling Durable. High regidity. Scratch resistant. Brand terkenal banyak guna material ni. Harga paling mahal.
3. ABS : Diguna kat banyak jenama entry level-medium range, unbrand china brand luggage. Less Durable. Keras. Boleh crack. Sekarang banyak company mix material ABS supaya lebih tahan tapi murah. Harga murah berbanding 100% PP dan PC.
Jenis lain macam fabric dan aluminium luggage dah jarang orang pakai.
---SAIZ---
1. Hand Carry (boleh bawa naik flight) : 20"
2. Check-in Baggage : 24", 28", 32"
Setiap airlines berbeza saiz dan berat beg hand carry tu. Tapi international standard 56cm x 36cm x 23cm. Ada yang strict saiz lebih tak boleh bawa naik. Siap kena ukur sebelum masuk.
Silap beli (saiz besar/lebar/tinggi), beg korang kena check-in luggage tak boleh naik atas.
---TIPS PILIH LUGGAGE---
1. Hand-carry luggage.
Cari jenis PP. Sebab ringan. Biasa max berat dibenarkan naik flight 7kg. Kalau beg tu design lawa dan cantik, tapi berat 4kg, 3kg je barang boleh isi. Rugi.
Hand-cary luggage PP, ada yang beratnya cuma 2.1kg je. Fokus berat.
2. Check-in luggage.
Better cari dari jenis PC dan ABS. Sebab ia lebih keras, tak calar dan tahan lasak. Sebab beg kita memang kena campak-campak ketika turun naik flight nanti. PP okay je. Tapi dia tak scratch resistance dan kemek. Fokus ketahanan.
---JENAMA LUGGAGE---
1. Top rating brand, Samsonite. Mana-mana review aku baca, banyak bagi ‘Best Overall Luggage’ kepada Samsonite bertahun-tahun. Range harga RM1k ke atas. Kalau diskaun bolehlah dapat RM700-900. Harga RM2-4k tu biasa. Tapi rupa paras dia tak hensem sangat. Mungkin target orang business. Ini subjektif.
2. Segmen luxury brand luggage. Contohnya macam RIMOWA, TUMI (milik Samsonite). Harga ada cecah berbelas ribu RM. Memang mengundang kena rompak juga sebab semua tahu pemilik tu orang kaya.
3. Premium Brand lain yang berkualiti dan rating tinggi (dari review). Brand seperti Delsey, Travel Pro, Lojel, American Traveller, American Tourister (milik Samsonite), Ecolac, Briggs & Riley, Away dll. Ada yang tak jual pun kat Malaysia.
4. Tapi banyak beratus brand lain. Terutama dari China dijual online. Malah ada design mereka lebih cantik dengan tech terkini. Ada yang siap boleh charge phone, boleh naik macam skuter dsb. Ketahanan tak tahu. Sebab reviewer luggage jarang review brand tu. Mungkin takde access kat brand mereka.
---KRITERIA LAIN PILIH LUGGAGE---
1. Roda.
Ini penting. Memang ada beza bila tolak luggage mahal vs murah. Serius. Jenama mahal selalu roda dia ada bearing dan suspension.
Masa tolak tu senyap je. Luggage tak bergegar sangat bila lalu jalan tak rata.
Nak meneuver 360° mudah dan sharp. Brand roda luggage paling terkenal dan high end HINOMOTO dari Jepun. Brand terkenal biasa buat sistem tayar sendiri.
Double wheel lebih baik dari single.
2. Zip.
Zip ni pun penting. Paling frust bila zip kat luggage tu tersekat dan jammed. Jenama Zip paling terkenal dan bagus YKK. Majoriti brand terkenal guna zip brand ni.
Cari yang anti-thieve supaya orang tak boleh tebuk luggage kita guna pen je.
Ada lugggage yang tak guna zip sekarang. Mereka guna clip. Kemas tapi kelemahannya, beg tak boleh expand 1-2 inci kalau barang dalam beg full.
3. Warranty.
Bila korang survey luggage, benda pertama mereka cakap adalah tentang warranty. Luggage hancur ni common. Cari yang boleh bagi paling lama untuk body dan sparepart. Lifetime warranty lebih baik.
Sebab bagi frequent traveller, beg paling mahal pun boleh patah roda, crack, zip rosak dsb. Benda ni nasib juga. Yang murah, lagi cepat rosak kalau kena abuse.
3. Beg Opening.
Ada konvensional luggage. Maksudnya luggage tu bila buka terbahagi 2. Ini common,
Tapi ada design jenama jepun macam Lojel dan Ecolac, dia punya luggage buka dari atas sahaja. Macam gambar bawah ni.
Jimat ruang. Kalau kena buka luggage kat airport, takdelah semua orang nampak dalam beg kita yang terbuka luas. Sebab kat Jepun, rumah dan hotel mereka kecil. Bukaan begini memang jimat ruang.
Pada aku design ni lebih bijak. Sebab tu banyak brand lain dah mula tiru style ni.
KESIMPULAN.
Luggage ni barang yang nak pakai lama. Mungkin lebih 5 tahun kita takkan tukar selagi tak hancur dan rosak. Ia protect barang kita. Jadi berbaloi invest kat beg lebih berkualiti.
Pengalaman travel, banyak kali jumpa orang terpaksa seret luggage sebab roda luggage patah, beg terburai sebab zip rosak (banyak sangat barang), luggage crack nampak barang dalam, handle besi tak boleh turun naik dll.
Semua info ni lebih kepada yang travel guna flight. Kalau naik kereta sendiri, belasah je brand dan jenis apa-apa.
Itu antara info yang aku dapat seminggu survey. Boleh Bookmark untuk panduan korang akan datang. Aku beli luggage apa? Haa, itu cerita lain masa.
Begitulah.
Kembali lagi dengan selaku ex staff GARDENIA, aku nak kongsikan rujukan setiap kandungan roti gardenia yang sesuai dengan diet korang..
Aku dah siapkan lampiran beserta gambar mengikut fiber, kalori, protein dan karbohidrat mana yang tinggi dan mana yang rendah.. Here we go..
Untuk jobseekers out there, korang tahu tak sekarang ni musim hiring. Yelah, awal tahun kan! Kalau korang tengah fikir nak tukar kerja or nak cari kerja, better start prepare sekarang.
Nak senang, I dah sediakan template cover letter ni. Copy-paste, tweak sikit then siap! Harap membantu!
Belly fat is a high risk for cancer, diabetes, heart disease, and early death.
But 95% fail to get rid of their belly permanently.
If you want to drop your belly fat permanently, read this: