I mengadu to my friend that I hadn't cried in a long time when praying or istighfar. Bila hidup ni senang je, I don't feel burdened or tested, jarang nak nangis depan Allah.
She said:
"You should cry because you can’t cry. There must be something wrong with your heart."
Hanya 4 Tahun Penjara Untuk Nyawa Seorang Ayah yang Dicampak Hidup-hidup!😢😔
Kisah sedih yang menimpa arwah ayah saya, Sabari Baharom, 62 tahun, seorang pesara pegawai kewangan Felcra, akhirnya terjawab di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 28 Oktober 2026.
Tapi keputusan mahkamah betul-betul buat kami sekeluarga terkilan dan terkedu.
Dua manusia yang tergamak ambik nyawa ayah (suspek dalam gambar) , Mazuan bin Hanafi dan Muhd Asyraf bin Idris, cuma dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun saja di bawah pertuduhan pilihan akta 304b, bermula dari tarikh mereka kena tangkap pada September 2024.
Sakitnya hati ni bila fikir balik apa yang mereka dah buat pada ayah.
Sanggup mereka samun ayah, curi duit simpanan Tabung Haji ayah sampai RM16,000 semata-mata nak pergi berjudi, lepas tu bakar pula kereta Wira ayah dekat tempat buang sampah untuk hilangkan bukti.
Paling kejam dan tak masuk akal, mereka ikat tangan dengan mulut ayah, kemudian campak ayah hidup-hidup dalam Sungai Padang Terap semata-mata sebab ayah kenal mereka.
Sampai ke hari ni, jasad ayah masih belum jumpa.
Bayangkan, kes culik, samun, dengan bakar kereta pun boleh kena penjara lebih empat tahun, tapi kenapa bila melibatkan nyawa yang dibuang macam tu jer, hukumannya cuma empat tahun penjara?
Lagi hancur luluh hati kami bila tengok bapa si Asyraf boleh tersenyum lebar dan gembira sangat masa hukuman tu dibacakan.
Malah bila ditegur oleh saudara kami tentang balasan di akhirat nanti, dia cuma jawab dengan acuh tak acuh, "tu pandai-pandai depa la nanti".
Memang mereka boleh tersenyum sebab terlepas hukuman dunia memandangkan kes ni tak ada saksi mata atau jasad ayah sebagai bukti fizikal.
Tapi kami yakin, sepandai-pandai mereka jadi penjenayah profesional di dunia, dekat akhirat besok tak ada peguam yang boleh tolong bela.
Jawablah sendiri di hadapan Allah nanti.
Kami yang tinggal ni tetap akan merindui arwah ayah sampai bila-bila.
Walau sedih macam mana sekalipun, kami reda dengan takdir ni dan anggap semua ujian ni sebagai asbab untuk kami jadi lebih dekat dengan pencipta.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang tak putus-putus bagi sokongan moral dan doakan kami sepanjang perbicaraan yang panjang ni.
Buat ayah yang tersayang, terima kasih sebab dah besarkan kami dengan penuh kasih sayang dan sentiasa sabar dengan kerenah kami.
Ayah sentiasa ada bila kami perlukan, superhero dan cinta hati pertama kami.
Pemergian ayah memang tinggalkan parut yang sangat dalam, tapi kami tahu perancangan Allah itu jauh lebih baik.
Tiada apa lagi yang mampu kami beri selain doa yang berpanjangan.
Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa ayah, angkat darjat ayah, dan satukan kita semua dekat syurga nanti.
Al-Fatihah buat ayah.
Yang merinduimu setiap waktu,
Anak ayah 1.💔
Suraiya Izzaty
Kredit Asal : FB Suraiya Izzaty
Aku rasa kita perlu berhati-hati apabila mengaitkan amalan agama dengan pulangan kebendaan.
Solat dhuha itu ibadah. Membaca Surah al-Waqiah itu ibadah. Kita melakukannya kerana Allah, sebagai tanda kehambaan & pengharapan, bukan semata-mata kerana mahu mendapatkan kekayaan.
Dah Pandai 'Bercucuk Tanam', Pandailah Urus Sendiri, Cukup-Cukuplah Susahkan Duit Cukai Rakyat!
Langkah tegas yang dibuat oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ni memang patut dipuji dan sepatutnya semua hospital kerajaan lain ikut buat benda yang sama.
Pernah tak kita rasa macam tak tahu nak bergantung harap dekat siapa.
Kita rasa kita lemah, serba kurang, tapi blank nak pergi ke mana.
Boleh amalkan zikir ini:
Bank Rakyat disyaki kena hack malam ni. Website dia keluar mesej “MARLANWG IS HERE”.
Pihak yang letak mesej tu mendakwa dah masuk sistem dalaman dan ambil sampel data.
Dakwaan data tu belum dapat disahkan.
aku pernah termenung masa anak aku tolak gaji RM3500 lepas dia habis degree dia . Dia bgth aku KL xlepas kalau bawah 5k
ok la aku setuju
mujo le x smp 6 bulan nganggur .
Kepada yang mungkin tak kenal Puan Munira Mustaffa ni
Dia bukan sebarang orang. Dia antara orang Malaysia yang well respected dalam bidang lawan keganasan ni di peringkat tempatan dan antarabangsa
Beliau terlibat secara langsung bantu E8 PDRM lawan pengganas. Merupakan antara Felo Pusat Lawan Keganasan Antarabangsa di The Hague.
Jadi Ibu Bapa ambillah serius. Bila beliau bersuara ni tak boleh dah dipandang enteng
Boleh follow beliau di sini @MuniraMustaffa
TCC MUNGKIN PUNCA KANAK KANAK MALAYSIA MAKIN GANAS TERUTAMA DI SEKOLAH
Pakar Lawan Keganasan Malaysia, Munira Mustaffa memberitahu Malay Mail bahawa penyebaran Agenda True Crime Community TCC menjadi antara punca kanak kanak Malaysia makin mengganas di sekolah
Ini berdasarkan analisis terbaru serangan ke atas sebuah sekolah di Sarawak di mana pelajar berusia 16 tahun itu menggunakan kapak dan menetak gurunya sambil bersiaran langsung di Facebook
Berdasarkan analisis beliau dan trend ditunjukkan dalam beberapa serangan di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara yang dipelopori oleh pelajar pelajar ini. Kebanyakan pelajar pelajar ini terdedah kepada kandungan TCC ini di media sosial sebelum mereka melakukan serangan berkenaan
TCC ini merupakan cabang utama daripada ideologi Misanthropic/Nihilistic Violent Extremism (M/NVE) di mana keganasan itu digalakkan bukan melalui agama dan politik tetapi melalui kebencian sedia ada mereka kepada orang dan masyarakat. Dan benih itu sudah mula ada kepada pelajar pelajar yang melakukan serangan berkenaan kerana kebanyakan mereka sudah ada latar belakang dibuli atau penyakit mental sebelum mengakses kandungan TCC dan M/NVE ini
Cabaran utama Malaysia hadapi ancaman ini ialah mereka memilih sasaran, tempat dan masa secara spesifik mengikut kemahuan dan ideologi yang mereka sokong sendiri sendiri tanpa melibatkan mana mana kumpulan ideologi radikal yang lain. Menyebabkan ia lebih sukar dikesan
Kemudian mereka menunjukkan sokongan mereka dengan bersiaran langsung di media sosial, meletakkan logo atau simbol pada senjata, manifesto dan apa apa yang boleh sebarkan apa yang mereka percaya
Buat masa ini pendebatan masih berjalan sama ada untuk mengklasifikasikan mereka yang terpengaruh dengan TCC dan M/NVE ini sebagai terlibat dalam jenayah biasa atau keganasan
Di Perancis. Mereka sudah mengambil tindakan bahawa pelaku TCC dan M/NVE ini terlibat dengan keganasan kerana mengancam umum. Sekolah sudah digantung di Poland sebelum ini kerana serangan sama
Puan Munira menyeru kerajaan agar segera berbincang dan menetapkan sama ada adakah ideologi ini di dalam kerangka aktiviti pengganas atau tidak supaya langkah lebih proaktif dapat diambil
Jika kita tak kejar apa yg kita nak, kita tak akan dapat apa kita nak
Jika kita tak meminta apa kita nak, kita tidak akan dapat apa yg kita nak
Jika kita tak mengambil langkah utk ke depan, kita akan sentiasa berada di tempat yg sama
Rezeki Allah tentukan
Tapi usaha kena ada