Jika nak tahu “Cara Urus Kewangan secara Menyeluruh berasaskan Syariah” termasuk aliran tunai, susun semula hutang, pelaburan, perlindungan & pengurusan harta pusaka, sila klik & isi borang ini https://t.co/Dj7OVQ3ink untuk tetapkan temujanji eksklusif.
Kuat macam mana pun, sampai satu tahap kita akan lalui satu fasa rasa down dan penat nak hadap semuanya. Tapi tetap kena kental kan hati, kuat kan semangat. Jangan mudah berputus asa! Start all over again.
Angkat Tangan 🙋 Fighting 💪♥️
Makin kita meningkat dewasa, kita akan mula risau akan banyak benda termasuk masa depan dan ibubapa. Mereka semakin tua, takut-takut tak sempat nak berbakti. Mulai sekarang gunakan peluang untuk menghargai ibu bapa kita kerana tahu yang mereka tidak akan hidup selama-lamanya.
Ingatlah, ujian yang hadir tanpa henti bukan tanda Tuhan tidak sayang tapi sebab Dia lebih menyayangi kita. Jika perasan, selepas kita hadapi fasa ujian yang begitu berat, datang hikmahNya yang kita tidak sangka-sangka. Tanda hati kita begitu taat setia dan sabar padaNya. ❤️
Teringat kata-kata yang baik ini :
“Aku memaafkan supaya hati aku tenang. Aku melupakan supaya aku kembali tersenyum. Aku diam kerana aku tidak lagi ingin berdebat. Aku sabar kerana keyakinanku pada Allah, tanpa batas.”
Allah uji sebab sayang. Allah uji sebab nak kita ingat dekat dia. Allah uji sebab Dia tahu kita mampu. Hadapi ujian Allah dengan tenang. Hanya Dia saja yang tahu. Mengadulah kepadaNya.
Semoga Allah beri ganjaran pahala untuk awak.