PTD DIARAH LETAK JAWATAN SERTA MERTA!!!
Hilang Identiti Atau Hilang Pekerjaan
Kali ini aku nak jelaskan awal²: Tulisan ni BUKAN untuk berjuang atau menyokong mana² golongan berorientasi songsang. Tujuan aku cuma nak berbincang secara ilmiah dan logik, tanpa emosi, tanpa marah², tanpa kutuk². Kalau tak setuju dengan aku, bantahlah dengan fakta, bukan dengan kemarahan.
Aku nak cakap tentang kes pemecatan pegawai kerajaan.
Persoalannya:
Adakah mereka dipecat atau diarah untuk letak jawatan serta merta sebab identiti mereka, atau sebab aktiviti yang tidak bermoral?
Kalau mereka dibuang kerja semata² kerana orientasi seksual, maka persoalan timbul:
Adakah golongan itu secara default tak layak bekerja di negara ini?
Tapi kalau pemecatan itu kerana aktiviti tidak bermoral, maka persoalan kedua muncul:
Adakah tindakan yang sama juga dikenakan kepada pegawai kerajaan lain yang berorientasi normal, tetapi melakukan aktiviti tak bermoral seperti:
-pergi kelab malam,
-guna dadah,
-mengunjungi rumah urut yang tawarkan servis “tambahan”,
-masuk sarang pelacuran,
dan lain² aktiviti yang kita pun tahu wujud.
Kerajaan memang buat serbuan ke tempat² macam ni, ya... kita tahu. Tapi persoalannya:
Adakah pegawai yang terlibat sama dibuang kerja?
Atau hanya diberikan amaran?
Atau ditutup kes dengan alasan “tak cukup bukti”?
Di sini aku bukan nak tuduh, aku cuma bertanya.
Kemudian akan ada orang yang cakap:
“Golongan gay tak boleh kerja dalam kelompok masyarakat, nanti mereka groom, pengaruh, liwat orang lain.....”
Kalau kita guna hujah tu, aku balas dengan satu lagi persoalan:
Jadi apa beza dengan individu berorientasi normal tetapi pedophile?
Seorang guru lelaki straight tetapi merogol murid perempuan bawah umur.
Atau kes guru tuisyen yang cabul pelajar ketika kelas tuisyen.
Atau bapa saudara yang straight melakukan gangguan seksual pada anak saudara sendiri.
Masalah di sini bukan identiti.
Masalahnya ialah perlakuan jenayah dan salah laku.
Kalau ada pegawai 'gay' yang melakukan jenayah seksual, ya...hukumlah. Tapi kalau ada pegawai straight yang melakukan jenayah yang sama, hukum dengan standard yang sama juga. Jangan ada double standard.
Kita kena jujur:
Tak semua gay melakukan jenayah.
Tak semua straight bebas moral.
Yang salah bukan orientasi,
Yang salah ialah perbuatan.
Kita patut fokus pada etika kerja, integriti, profesionalisma, bukan pada siapa seseorang itu tertarik secara seksual.
Kalau hukum, hukum atas kesalahan yang boleh dibuktikan. Bukan atas andaian atau stereotaip.
Aku tahu ini topik sensitif. Aku tahu ada yang akan tak setuju. Dan aku okay dengan itu semua. Sebab tujuan aku bukan untuk menang hujah, tapi untuk mengajak kita berfikir dengan rasional.
Kalau kita nak negara yang adil, maka keadilan mesti konsisten.
Tak kira siapa orang itu,
Apa latar belakangnya,
atau Apa orientasinya.
Yang penting:
hukuman untuk perbuatan, bukan identiti.
Sambungan di next tweet, terima kasih.
Tak ada bukti nak dakwa. Jadi sekarang semua mangsa ada bukti nak dakwa pihak berkuasa bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mendedahkan video tanpa tapisan dan juga mendedahkan maklumat peribadi di media perdana & sosial. Inilah namanya senjata makan tuan.