Assalamualaikum, morning semua.
Salam hari Jumaat. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami, tenangkan hati kami, permudahkan segala urusan dan berkati setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Jangan lupa perbanyakkan zikir, selawat, doa dan membaca Surah Al-Kahfi. Semoga hari ini menjadi Jumaat yang penuh kebaikan buat kita semua. Aamiin.
Assalamualaikum, morning korang.
Salam hari Khamis. Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki kami, permudahkan segala urusan dan jadikan setiap usaha kami hari ini penuh dengan keberkatan.
A Qurʾān reminder for those feeling alone:
“Do not grieve, for Allāh is with us.”
[Surah at-Tawbah, Verse 40]
🕊️ Even when people leave, His presence never does.
Assalamualaikum, morning.
Salam hari Rabu. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk membuka mata, menikmati pagi dan meneruskan perjalanan hidup. Semoga hari ini dipenuhi perkara yang baik-baik.
Walau rasa teruk macam mana pun, dan walau rasa diri banyak dosa sekalipun, jangan sesekali tinggal solat! Solat itu adalah benda wajib yang setiap umat Islam wajib lakukan.
Jangan tinggal doa ini :
“Ya الله, jadikan lah aku seorang hamba yang sentiasa menjaga solat.”
Tiada siapa mahu melihat anak kecil pulang dengan kecederaan akibat diserang anjing. Semoga tiada lagi kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan akibat ancaman anjing yang tidak dikawal.
Kepada semua pemilik haiwan, jagalah amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi keselamatan masyarakat. Jangan biarkan haiwan peliharaan menjadi punca ketakutan atau kemudaratan kepada orang lain.
Islam mengajar kita berlaku ihsan kepada haiwan tanpa mengabaikan hak dan keselamatan manusia. Itulah keseimbangan yang menjadikan Islam agama rahmat untuk seluruh alam.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Ingatlah wahai manusia, Allah akan tolong kita apabila kita menjaga solat, Allah akan sentiasa berada dengan kita setiap masa apabila kita dalam kesusahan dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Masalah menimpa? Solat.
Hati tak tenang? Solat.
Tengah serabut? Solat.
Allah lebih tahu apa yang kita perlukan daripada diri kita sendiri. Oleh kerana itu, serahkan saja segala urusan kita kepada-Nya. Semua akan indah pada waktunya. Asal jangan jauh-jauh dari-Nya. Allah Maha Mengetahui semuanya.
Bila sebut rezeki, kita terbayang :
1. Kerja stabil
2. Bisnes masyuk
3. Pangkat besar
Tapi kita selalu lupa :
1. Ibubapa masih hidup, boleh doakan kita
2. Pasangan yang memahami
3. Family mentua layan macam family sendiri
4. Tubuh badan sihat daripada penyakit
Berdusta Untuk Menjadikan Orang Tertawa
عَنْ معاوية بن حيدة القشيري قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
Daripada Mu‘awiyah bin Haydah al-Qusyairi RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya. Kecelakaan untuknya.” ( No: 4990) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Elakkan gurauan yang di dalamnya ada unsur berdusta, mengumpat, menghina juga meremehkan orang lain hanya kerana ingin menghiburkan orang atau menyebabkan orang tertawa.
2. Gurauan bukan kawasan yang bebas daripada hukum halal dan haram. Lidah seorang Muslim tetap terikat dengan amanah kebenaran dalam keadaan serius ataupun santai.
3. Celakalah orang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain yang didalamnya mengandungi pembohongan, penghinaan juga meremehkan orang lain sehingga menyebabkan orang tertawa, sama ada melalui pertuturan, lakonan, lukisan, gambar juga tulisan.
4. Dalam syarah Tuhfat al-Ahwadhi, ungkapan “وَيْلٌ - Celaka @ Binasa” diulang bertujuan menegaskan beratnya kesalahan tersebut. Dusta ialah antara punca pelbagai keburukan dan boleh menjadi pintu kepada dosa-dosa yang lain.
5. Dusta dalam bentuk hiburan hingga membuat orang ketawa diberi ancaman keras kerana ia merosakkan sifat jujur. Dalam era digital, satu cerita palsu boleh dikongsi ribuan kali dan terus beredar walaupun penciptanya sudah menarik balik kenyataannya.
6. Antara bentuk dusta untuk hiburan pada masa kini yang perlu dijauhi seperti menyebarkan berita palsu untuk mendapat perhatian, “prank” berasaskan penipuan, mereka cerita palsu, petikan palsu, suntingan mengelirukan kepada video atau audio, akaun palsu dan penyamaran.
7. Orang yang beriman tidak akan berbicara serta melakukan sesuatu melainkan yang benar dan baik. Jadilah kita Mukmin yang benar lagi baik dalam perbuatan dan pertuturan.
Suatu hari nanti, kita akan dibawa ke masjid.
Bukan untuk berdiri dalam saf, tetapi untuk disolatkan.
Ketika itu, tiada lagi peluang untuk menggantikan solat yang pernah kita tinggalkan.
Selagi hari ini masih diberi nafas, sambutlah panggilan azan. Bangunlah, berwuduklah dan bersujudlah.
Jangan tunggu orang lain menyolatkan kita, sedangkan kita sendiri masih lalai menjaga solat.
Kredit inspirasi: Ustaz Firdaus Ismail