A: Anak kau kerja apa?
B: Customer Service Shopee. Basic RM2000.
C: Anak aku TikTok, RM2500.
A: Increment tahunan?
B & C: 5 tahun tak ada. Kalau shift dapatlah elaun RM300.
B: Kalau pandai Mandarin boleh cecah RM3500.
A: Jadi kenapa tak suruh anak belajar Mandarin?
B & C: Diam.
Di situ seluruh tragedi ekonomi anak muda terdedah.
Bukan mereka tak mahu kerja.
Mereka kerja.
Bukan mereka tak mahu kahwin.
Mereka mahu.
Bukan mereka tak mahu bina hidup.
Mereka cuma tak diberi lantai untuk berpijak.
Negara ini pelik. Kerja perlu ada. KPI perlu jaga. Customer marah kena telan. Shift malam kena jalan. Mental kena tahan. Tapi gaji dibiarkan pada paras cukup untuk hidup sempit, bukan hidup maju.
Lepas itu kita tanya lagi, โkenapa lambat kahwin?โ
Soalan itu sendiri zalim.
Nak kumpul duit macam mana kalau 5 tahun gaji beku?
Nak simpan macam mana kalau sewa, makan, tol, minyak, bil, dan komitmen asas pun sudah menggigit?
Nak bina keluarga macam mana kalau pasaran kerja sendiri menghantar mesej: kerja kau perlu, tapi hidup kau tidak penting.
Bahagian paling kejam ialah bila nilai bahasa tambahan diiktiraf, tapi nilai manusia yang kerja bertahun-tahun tetap tidak naik.
Maknanya sistem ini memang tahu siapa patut dibayar lebih... cuma majoriti sengaja dibiarkan murah.
Akhirnya anak muda bukan gagal merancang masa depan.
Mereka sedang dipaksa menangguhkan masa depan oleh struktur gaji yang menghina maruah kerja.
Ingatlah, ultimately kita je rasa anak kita cute. Orang lain belum tentu atau tak rasa gitu. Certain things just do it in your own space, not public space. Jangan syok sendiri.