Kenyataan Media BERSIH
23 Jun 2026
Salah Guna Aset Kerajaan Berleluasa Menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) memandang serius beberapa insiden yang melibatkan penggunaan aset dan sumber kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang akan diadakan pada 11 Julai 2026.
BERSIH merujuk kepada beberapa kejadian berikut:
1. Penyiaran di RTM Ceramah Umum Pakatan Harapan “Keadilan untuk Bangsa Johor” pada 15 Jun 2026. https://t.co/Z5INc5aiie
2. Pengumuman Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke berkenaan Perkhidmatan Shuttle Selatan pada 16 June 2026, dimana 3,000 Kad Komuter MADANI Shuttle Selatan bernilai RM50 diagihkan percuma kepada rakyat Johor
3. Pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor oleh Menteri Besar Sementara, YB Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada Khamis,18 Jun 2026.
4. BERSIH turut menerima laporan berkenaan pemberian Bakul Kasih Johor di seluruh negeri
Walaupun inisiatif-inisiatif ini boleh memberi manfaat kepada rakyat, pelaksanaannya dalam tempoh menjelang pilihan raya menimbulkan persoalan serius mengenai keadilan dan kesaksamaan medan persaingan politik. Kerajaan mempunyai akses kepada jentera, dana, media dan institusi awam yang tidak dimiliki oleh parti-parti lain. Apabila sumber-sumber ini digunakan ketika rakyat sedang membuat pertimbangan untuk mengundi, ia mewujudkan kelebihan yang tidak adil kepada pihak yang sedang memegang kuasa.
Amalan terbaik demokrasi menuntut supaya pengumuman dasar baharu, pelancaran program berskala besar, pengagihan bantuan serta penggunaan aset kerajaan yang boleh memberi manfaat politik kepada mana-mana pihak dihentikan sebaik sahaja Dewan Negeri dibubarkan. Kerajaan Sementara di peringkat negeri, dan juga Kerajaan Persekutuan seharusnya menahan diri daripada membuat pengumuman bantuan, projek dan agihan bantuan dalam sela masa pilihan raya.
BERSIH ingin mengingatkan keputusan petisyen mahkamah pilihan raya dalam kes petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2023 di mana mahkamah pilihan raya telah memutuskan membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Terengganu ketika itu kerana kesalahan penyogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya. Kelakuan yang menjadi kesalahan di dalam petisyen tersebut adalah agihan wang bantuan melalui program kerajaan negeri seperti i-Belia, i-Pencen dan i-Siswa.
Program-program pemberian baucar, wang bantuan, agihan bakul makanan dan seumpamanya walaupun berselindung di balik jenama kerajaan, boleh menjadi satu kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 8 Penjamuan dan Seksyen 10 Penyogokan.
BERSIH ingin mengingatkan semua parti politik bahawa pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil menuntut persaingan berdasarkan dasar, rekod pentadbiran, integriti dan visi untuk masa depan negara, bukannya berdasarkan keupayaan mengerahkan sumber kerajaan untuk meraih sokongan politik. Rakyat berhak membuat pilihan dalam suasana yang adil, tanpa dipengaruhi oleh penggunaan jentera dan dana awam untuk tujuan politik kepartian.
Sehubungan itu, BERSIH sekali lagi menegaskan keperluan mendesak untuk meminda dan mengemaskini Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR). Selain kesalahan-kesalahan sedia ada seperti penjamuan dan pemberian barang bernilai di bawah Seksyen 8 serta penyogokan di bawah Seksyen 10, AKPR perlu dipinda bagi memasukkan peruntukan khusus yang melarang penggunaan aset, dana, institusi dan sumber kerajaan untuk tujuan memperoleh kelebihan politik dalam tempoh pilihan raya.
Selagi kelemahan ini tidak diperbetulkan, selagi itulah penyalahgunaan aset kerajaan akan terus berulang tanpa mengira siapa yang memegang kuasa, dan cita-cita untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil akan terus menjadi janji yang tidak tertunai.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
LUBANG JALAN DI SUSUR DUKE KE MRR2 GOMBAK
Berikut rakaman seorang mangsa yang terlanggar lubang di susur DUKE nak menuju ke MRR2 Gombak semalam, terus bocor tayar kereta dia.
Lepas tuh ramai respons dekat platform sebelah yang mereka pun antara mangsa di lokasi yang sama.
(Parliament) A government proposal on the table currently to appoint the public prosecutor falls short of ensuring meaningful parliamentary oversight, said a group of backbenchers.
https://t.co/NCzyqqqfKg
"“For me, I will definitely not support unless they make the changes necessary.
“Because informing Parliament of the names and then asking for comments is not what we do. It is not the job of MPs. I think that is a bad thing, seriously,”"
"How else can one explain its back-to-back flawed regulatory decisions, putting restrictive conditions on the construction of non-Muslim places of worship and the unenforceable proposal to separate halal and non-halal waste for disposal?"
Salurkan pertanyaan, kemusykilan dan kritik saran anda berkaitan PRU Dewan Negeri Johor Ke-16 & PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 kepada CALL CENTRE kami di talian 03-8892 7218 DARI 9:00 pagi HINGGA 8:00 malam, BERMULA 12 JUN 2026 SEHINGGA SELESAI HARI MENGUNDI!
(Highlight) Parti Bersama Malaysia has announced that it will contest 15 seats in the Johor state election on July 11. - Bernama
https://t.co/FN9AyT8zAy
Malangnya, kali ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku bawah kerajaan Madani. Sebelum ini, @partisosialis@Bawani_ks juga berdepan masalah seperti ini di Kg. Baru Coldstream semasa kempen PRK Ayer Kuning.
Antara 2 darjat. Satu pihak dibolehkan manakala satu pihak yang lain, tidak dibenarkan.
Jadi, apa beza zaman zaman Dacing dan zaman Parti Mata Lebam? Takde beza. Dua2 kencing!
Boleh. Tak boleh.
@wan_zue I stand corrected. I just saw on fb that the location has been changed to IDCC Selayang. Perhaps @wan_zue got to know about it faster than me.
How exactly are “halal organic waste” and “non-halal organic waste” defined? Is the distinction based on the origin of ingredients, food preparation processes, or the nature of the discarded waste itself?
Salurkan pertanyaan, kemusykilan dan kritik saran anda berkaitan PRU Dewan Negeri Johor Ke-16 & PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 kepada CALL CENTRE kami di talian 03-8892 7218 DARI 9:00 pagi HINGGA 8:00 malam, BERMULA 12 JUN 2026 SEHINGGA SELESAI HARI MENGUNDI!
Dialog Harmoni merupakan platform yang menghimpunkan masyarakat pelbagai latar belakang bagi memperkukuh persefahaman, membina kepercayaan serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berteraskan empat konsep asas integrasi nasional iaitu Faham, Hormat, Terima dan Raikan, inisiatif ini menggalakkan penerimaan terhadap kepelbagaian serta memperkukuh keharmonian dan kestabilan negara.
Siri Dialog Harmoni akan berlangsung di Kedah, Sabah, Johor, Terengganu, Selangor dan Sarawak dengan pelbagai pengisian yang memfokuskan kepada usaha membina masyarakat yang lebih bersatu, harmoni dan sejahtera.
Salurkan pertanyaan, kemusykilan dan kritik saran anda berkaitan PRU Dewan Negeri Johor Ke-16 & PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 kepada CALL CENTRE kami di talian 03-8892 7218 DARI 9:00 pagi HINGGA 8:00 malam, BERMULA 12 JUN 2026 SEHINGGA SELESAI HARI MENGUNDI!
"In light of the seriousness of the matter, Hisyamuddin should take responsibility and resign from his position. Should he choose not to do so, the government ought to seriously consider his removal to preserve the credibility and integrity of the institution."
"Don’t let them gaslight you with fear. Don’t listen to the voices telling you that you have no other choices, or those claiming they have the exclusive right to your causes and ideals."