Berita baik buat warga Pasir Gudang! Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 2B dijadual siap sepenuhnya 24 November ini!
Syukur Alhamdulillah, saya telah membuat tinjauan bagi perkembangan Projek Menaik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa 2B yang kini telah mencapai 98 peratus kemajuan fizikal dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 24 November 2026. Projek bernilai RM79.61 juta ini melibatkan pelebaran jalan daripada empat kepada enam lorong, bermula dari Persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang.
Berdasarkan taklimat Jabatan Kerja Raya (JKR), tumpuan kini diberikan kepada penyempurnaan baki kerja termasuk turapan jalan, pemasangan lampu LED, papan tanda, penghadang keselamatan dan sistem perparitan, serta proses pengujian dan pentauliahan sebelum keseluruhan projek disiapkan mengikut jadual.
Saya sedar dan insaf bahawa projek ini sememangnya telah lama dinantikan oleh warga Pasir Gudang, khususnya mereka yang menggunakan laluan ini setiap hari untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah dan menjalankan urusan harian. Kesesakan lalu lintas yang berlarutan bukan sahaja memanjangkan masa perjalanan, malah turut menjejaskan masa berharga bersama keluarga. Justeru, saya amat berharap agar penyiapan projek ini dapat memberikan kelegaan yang telah lama dinantikan oleh penduduk setempat.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta semua agensi dan pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan projek ini. Semoga segala baki kerja dapat disiapkan mengikut jadual, sekali gus memberikan perjalanan yang lebih lancar, selamat dan selesa buat seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Jika ada kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan sepatutnya mendapat penjelasan daripada YAB Perdana Menteri.
Dalam sesi Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024, PMX sendiri menyatakan, “Saya yang bawa kes pengampunan itu untuk dimasukkan dalam agenda.” Pemimpin utama mereka sendiri yang bawa ke Lembaga Pengampunan.
Inilah perangai sebenar mereka dan ini bukan kali pertama Tony Pua dan konco-konco DAP-nya mencetuskan hasutan dan kontroversi melibatkan institusi diraja. Sebelum ini pun beliau pernah disiasat polis susulan kenyataannya berhubung titah DYMM Sultan Selangor. Kini, sekali lagi Istana mahu diheret ke dalam pertikaian politik. Kebiadaban dan penderhakaan kepada Raja tidak boleh dinormalisasikan.
Semua sedia maklum, setiap banduan mempunyai hak untuk memohon pengampunan dan kuasa pengampunan merupakan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Keputusan tersebut dibuat melalui proses Lembaga Pengampunan yang turut melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan dan Peguam Negara.
Malah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menitahkan bahawa perintah pengampunan bersyarat tersebut adalah jelas dan hendaklah dihormati. Baginda turut menegaskan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah berkenaan adalah sama seperti mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.
Jadi, mengapa Tony Pua masih mahu rakyat mengajukan persoalan kepada Istana? Kalau ada persoalan mengenai pelaksanaannya, tanyalah pihak yang bertanggungjawab. Jangan pula Istana dijadikan sasaran pertikaian politik.
Jangan terlalu ghairah berpolitik sehingga lupa prinsip kedua Rukun Negara, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (Water Treatment Plant – WTP) Fasa 2 DayOne di Kempas Tech Park, Johor Bahru.
Saya menyambut baik usaha DayOne membangunkan sumber air alternatif melalui teknologi rawatan air Sungai Tebrau untuk kegunaan sistem penyejukan pusat data. Inisiatif ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat awam, sekali gus membantu memelihara keterjaminan bekalan air untuk kegunaan rakyat. Kemudahan ini turut dilengkapi tangki simpanan berkapasiti dua juta liter, selain penambahbaikan sistem saliran dan amaran awal banjir bagi manfaat komuniti setempat.
Dalam aspek pembangunan modal insan, saya melihat potensi besar kerjasama bersama DayOne menerusi MYTalentOne bagi memperluas latihan kemahiran, pemindahan ilmu dan pensijilan dalam bidang kecerdasan buatan (AI). Ketika ini, DayOne mempunyai 750 pekerja dengan gaji minimum RM4,000 sebulan, termasuk 432 anak Johor, dengan sasaran meningkatkan jumlah pekerja kepada 1,200 orang pada 2027 dan 1,600 orang menjelang 2028. Saya mahu lebih ramai anak Johor, khususnya pelajar dan graduan tempatan, menguasai kepakaran teknologi baharu serta merebut peluang kerjaya berkemahiran tinggi dalam ekonomi digital.
Saya turut menghargai komitmen DayOne terhadap pendidikan anak Johor melalui sumbangan RM3 juta kepada Tabung Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) khususnya dalam menyokong pembangunan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ). Sumbangan ini amat bermakna dalam usaha kita menyediakan pendidikan berkualiti dan melahirkan generasi Bangsa Johor yang berilmu, berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat global.
Semoga setiap pelaburan yang dibawa masuk terus memberi manfaat kepada Bangsa Johor, membuka lebih banyak peluang kepada anak tempatan serta menyokong pembangunan Johor sebagai hab teknologi bertaraf dunia, di samping memastikan kebajikan rakyat dan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara, insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Kejadian banjir kilat sejak kebelakangan ini yang menjejaskan 12 kawasan utama di Johor Bahru, termasuk Kampung Mohd Amin, Kampung Pasir, Jalan Yahya Awal dan Hospital Sultanah Aminah (HSA), amat membimbangkan. Dengan jumlah hujan mencecah 120 mm dalam tempoh hanya dua jam, tindakan segera dan langkah penyelesaian menyeluruh perlu diberi keutamaan bagi mengurangkan risiko banjir berulang, khususnya menjelang Monsun Timur Laut (MTL).
Susulan itu, saya telah turun meninjau Rumah Pam Sungai Chat dan tapak projek Kolam Takungan Banjir Kampung Mohd Amin bagi meneliti kemajuan pelaksanaan bersama MBJB, JPS dan JKR Johor. Sebanyak 20 projek mitigasi banjir bernilai RM35.36 juta telah dirangka melibatkan enam lembangan sungai serta jalan berkaitan, merangkumi naik taraf sistem saliran, pembinaan kolam takungan, penambahan pam dan pemasangan pintu air.
Antara langkah utama yang telah dan sedang dilaksanakan termasuklah:
1. Pendalaman kolam takungan dan pembinaan dua kolam baharu di Lembangan Sungai Chat.
2. Naik taraf sistem saliran dan pengoperasian pam banjir di Kampung Pasir dan Sungai Skudai.
3. Penambahan kapasiti pam dan peninggian aras Jalan Mahmoodiah di kawasan HSA.
4. Pembinaan takungan air dan naik taraf saliran utama di Jalan Ayer Molek dan Jalan Yahya Awal.
5. Naik taraf sistem saliran, pembentung dan pintu air di Sungai Sengkuang dan Jalan Ismail Sultan.
Saya telah meminta semua agensi mempercepat pelaksanaan dan memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual. Kerja mitigasi di Taman Merdeka, Kampung Pasir, Jalan Ismail Sultan dan Kampung Mohd Amin disasarkan selesai menjelang akhir tahun ini, manakala projek lain diteruskan secara berfasa dengan penyelarasan rapi antara semua pihak.
Saya sedar dan insaf, setiap kali hujan lebat, ada Bangsa Johor yang bimbang akan keselamatan keluarga, kediaman dan harta benda mereka. Sebab itu, saya berharap agar segala usaha ini benar-benar dapat mengurangkan risiko banjir berulang dan memberi kelegaan kepada penduduk yang sekian lama berdepan masalah ini.
Semoga segala ikhtiar ini dipermudahkan Allah SWT dan memberikan kelegaan kepada mereka yang sekian lama berdepan masalah banjir. Sama-samalah kita berdoa agar seluruh negeri dan Bangsa Johor sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah dan bencana. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama Bank of America bagi membincangkan peluang kerjasama dalam memperkukuh pelaburan antara Amerika Syarikat dan Johor, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada potensi Johor sebagai destinasi pelaburan strategik bagi syarikat antarabangsa yang ingin mengembangkan operasi di Asia Tenggara. Turut dibincangkan ialah pandangan pelabur tentang kesediaan infrastruktur, ketersediaan tenaga kerja mahir serta kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia, khususnya di Johor.
Saya turut menekankan komitmen Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan berkualiti yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, malah mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan serta membuka ruang kepada pemindahan teknologi dan kepakaran.
Sebagai institusi kewangan antarabangsa yang mempunyai rangkaian yang luas, Bank of America berpotensi memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelabur dengan peluang yang tersedia di Johor. Johor turut terbuka untuk meneroka peluang kerjasama melalui sesi taklimat pelaburan dan padanan perniagaan yang lebih bersasar.
Kerajaan Negeri komited memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa bagi memastikan pembangunan JS-SEZ memberikan manfaat yang menyeluruh kepada ekonomi negeri dan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Pemergian Allahyarhamah Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal dalam kejadian di Yong Peng beberapa hari lalu amat menyayat hati dan meninggalkan kesan yang mendalam, khususnya buat keluarga yang kehilangan insan tersayang pada usia yang masih begitu muda.
Hari ini saya berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah, termasuk ayah, datuk dan neneknya. Sayu melihat sebuah keluarga yang sedang berdepan kehilangan sebesar ini. Tiada kata yang benar-benar mampu menggambarkan beratnya kesedihan yang sedang mereka lalui.
Sebagai seorang bapa, saya turut tersentuh dengan apa yang berlaku. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita menuntut ilmu, membesar dan mengejar cita-cita. Kejadian seperti ini sudah tentu memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah tetapi juga kepada warga sekolah dan masyarakat keseluruhannya.
Kerajaan Negeri tidak mahu mendahului siasatan yang sedang dijalankan dan memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk melihat apa lagi yang boleh diperbaiki dan diperkukuhkan, khususnya dalam aspek keselamatan serta kesejahteraan anak-anak kita di sekolah.
Saya juga menyeru semua pihak supaya menjaga sensitiviti keluarga dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan. Di sebalik setiap berita yang kita baca dan kongsi, ada sebuah keluarga yang sedang melalui saat yang amat sukar.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor
Syukur Alhamdulillah, saya bersama barisan kepimpinan Johor berkesempatan menaiki perkhidmatan ETS ke Segamat bagi meneruskan lawatan kerja ke daerah ini. Semasa di Segamat, saya telah dibentangkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) Daerah Segamat yang menggariskan pelbagai inisiatif strategik untuk memperkukuh pembangunan ekonomi daerah serta memastikan Segamat terus bergerak maju seiring dengan daerah-daerah lain di Johor.
Menerusi JETP, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh potensi ekonomi daerah Segamat secara menyeluruh, dengan memanfaatkan kekuatan sedia ada serta membuka lebih banyak ruang untuk pertumbuhan baharu. Pembangunan yang dirancang bukan sahaja perlu merancakkan ekonomi daerah, tetapi turut membuka peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat setempat.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan berjumlah RM900,000 bagi 18 projek yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, meliputi kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih kemudahan awam serta infrastruktur di enam DUN. Turut dibincangkan, pembangunan Taman Komuniti Bangsa Johor, Medan Niaga Bangsa Johor dan Taman Mini Air Bangsa Johor di Labis dan Segamat sebagai usaha memperkukuh kemudahan awam, merancakkan aktiviti ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Saya turut berpeluang beramah mesra bersama masyarakat Segamat menerusi Majlis Jalinan Rakyat. Saya amat menghargai sambutan dan kebersamaan yang ditunjukkan, malah berbangga melihat masyarakat majmuk duduk bersama dalam satu dewan sebagai sebuah keluarga besar Bangsa Johor. Sesungguhnya, inilah semangat kebersamaan Bangsa Johor yang menjadi kekuatan dan perlu terus disuburkan.
Kerajaan Negeri komited memastikan pembangunan Segamat terus diperkasa, dengan manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Kita mahu setiap usaha yang dilaksanakan membawa perubahan yang lebih baik kepada masyarakat Segamat. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #Segamat #JETP
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 22 September 2026.
Hadir sama adalah YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor dan YDH CP Dato' Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor.
Antara topik yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkaitan hal ehwal pentadbiran dan keselamatan negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Chief Minister of Johor YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi and Johor State Secretary YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir today, 22 September 2026.
Also present were Johor State Youth and Sports, Entrepreneur Development and Cooperatives EXCO Member YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah and Johor Police Chief YDH CP Dato' Ab Rahaman Arsad.
Among the topics discussed during the meeting were matters concerning the administration and security of the state of Johor. Allah Peliharakan Sultan.
Syukur Alhamdulillah, Program Semarak Maghrib dan Isyak Negeri Johor diteruskan di Masjid Taman Dato Onn, Johor Bahru. Program ini menghimpunkan umat Islam untuk bersama-sama menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, diikuti bacaan Surah Al-Mulk serta pengisian yang menghidupkan rumah Allah SWT.
Selepas solat, jemaah turut mengikuti tazkirah Hadis 40 bertajuk “Tuntutan Pengimarahan Masjid” yang disampaikan oleh Ustaz Haji Halid bin Sono, Kadi Besar Negeri Johor. Perkongsian ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab menjalani kehidupan berlandaskan agama serta kelebihan yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka yang menjaga ibadah.
Solat berjemaah mempunyai kelebihan yang besar berbanding solat bersendirian, manakala wuduk yang disempurnakan menjadi antara sebab mendapat keampunan Allah SWT. Islam juga mengangkat kedudukan orang yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu, sebagai panduan dalam melaksanakan tuntutan agama dengan sebaik-baiknya.
Mengimarahkan rumah Allah SWT merupakan amalan yang besar nilainya. Sebagaimana hadis yang disampaikan, barangsiapa membina rumah Allah, nescaya Allah SWT akan membina baginya sebuah rumah di syurga. Oleh itu, masjid perlu terus dihidupkan sebagai tempat ibadah, menimba ilmu dan membina ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Semoga Program Semarak Maghrib dan Isyak terus menyemarakkan syiar Islam serta mengajak lebih ramai umat Islam mendekati masjid. Mudah-mudahan setiap langkah menuju ke rumah Allah SWT, setiap saf yang dipenuhi dan setiap ilmu yang dipelajari menjadi amal yang diberkati serta mendapat keampunan dan rahmat-Nya. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakMaghribDanIsyakJohor #RapatkanSaf
YB @TeoNieChing kenapa hanya bagi peruntukan kepada selected schools and temples in Kulai? Why not you distribute to ALL?
Mana pergi peruntukan MP bagi Kulai?
Masa Covid tak keluar. Baru sekarang mula bagi. Tapi itu pun bagi sedikit sahaja?
Gimmick Pilihanraya ke?
SPR mesti haramkan membawa masuk telefon bimbit dan merakamkan kertas undi yang ditanda bagi menghalang dan mengekang sebarang bentuk RASUAH POLITIK dalam proses Pengundian menjelang PRU15 19 November ini.
#KestabilanDanKemakmuran#UndiBN#BNTetapDiHati