Dua insan ini... di sekolah rendah dan di sekolah menengah, masih saya ingat hingga kini... Namanya masih saya mampu sebut sampai bila-bila kerana mereka berdua saja yg pernah mengetuk hati saya. Selepas dari ini saya tidak pernah mencintai mana-mana perempuan lain lagi...
Kegagalan perkahwinan itu membuat saya masih terasa sakit sampai hari ini. Tapi jika dikenang, saya tahu apa perkara yg mendorong kegagalan itu terjadi.
Tapi rupanya.... Perpisahan dengan dia menjadi titik tolak perubahan perasaan saya terhadap wanita. Bertahun-tahun selepas cinta agung itu, saya hilang perasaan terhadap mana-mana perempuan.
Ya. Saya kecewa atas kegagalan perkahwinan ini. Saya jadi benci pada sesuatu yg tak pasti. Terasa sia-sia menjadi jujur. Terasa bodoh bersikap baik. Saya seperti ingin harungi hidup melalui jalan yang salah. Entahlah...
Hari ini adalah hari ulang tahun penceraian saya yg pertama. Setelah hampir setahun setengah hidup berumah tangga, akhirnya saya akur bahawa saya belum bersedia. Terlalu banyak masalah, terlalu banyak pahit terlalu banyak dugaan dan terlalu tertekan hidup saya ketika itu.
Selepas seminggu, beberapa panggilan telefon saya terima, semua mendapat berita sebelah pihak dari isteri. Saya dituduh dipihak yang salah, dan Isteri konon teraniaya. Padahal sebutir ayat pun saya tidak khabarkan penceraian ini pada sesiapa. Cepat betul mulut perempuan berkerja.