"Rawak"
Kenapa harus bersedih?
Sedangkan ini semua hanya sebuah plot di pentas ini
Bukan seorang penulis cuma manusia yang ingin berkata-kata
Puas dengan topeng yang intinya bergolak
Berharap ini semua sementara sahaja
Yang pada akhirnya jelas tiada apa
mata silap pandang
hati kian rosak
mulut terlajak bicara
tali itu kan putus
maaf hanya sebuah kata
riak muka masih bersuara
paranoia paranoia paranoia
malapetaka perosak suasana
Salam buat pembaca,
atma ini tidak berpaling,
berjalan sunyi hari saling bertukar,
lagu yang diputar menimbulkan nostalgia,
ku cuma berharap akan satu,
terbang la lebih tinggi,
doaku sentiasa untukmu.
sekian dari sang pujangga.
"krisis"
dan akhirnya diri sendiri yang hancur akibat pergolakan
tanpa sedar semua tersusun rapi tanpa penulisan
jalan demi jalan ditempuh penamat telah ditetapkan.
eps 2:petikan
yang hancur kedengaran membangun
rajah contoh menyampaikan kekosongan
risalah petikan ini
berdetik laju semakin panik
berdetik perlahan semakin buntu
berdetik mendatar ia tahu
sebuah siri 2
eps 1: sekuel
habisnya pesta
berlaku metamorfosis di atma ini
dan lahirlah ia yang dipanggil ketenangan selepas badai kebenaran
pena pun setuju
lukisan itu harus diteruskan
demi sekuel gagasan itu perlu ditemukan
air yang membara
ibarat ombak pawaka yang niskala
terlerai satu perkara
aksa melihat jawapan
damai dengan atma yang celaru
pawana tenang bakal menyusul
hiduplah dengan paksi akan ada bianglala yang bahari
"beradu dalam kebinasaan"
epilog
pandangan demi pandangan
watak yang hidup kini mati
perjalanan demi perjalanan
sifat diri semakin diberi erti
majlis luluh jiwa
menghampiri acara penutupnya
selamat datang buat rasa keliru
menanti gagasan
hasil tidak pasti
eps 4:tulus
ikhlas sudah menjalankan tugas
tidak menjadi warna namun masih peduli
ringkas jalani yang satu ini
untuk menikmati masa yang diberi
"jika sudah tulus mengapa tidak dierti"
tamat bagi sang penulis selesai bagi sang pembaca
eps 0:Kisah yang tiada permulaan
aku sentiasa disini
meski aku hanya menghias untuk kebahagian yang lain.
jikalau satu hari nanti aku pergi
ketahuilah yang kisah itu cuma ada titik noktah
eps 3:waktu
seiring berjalan
persoalan juga timbul
menatap perihal rasa
terus menjadi teka-teki
ianya tidak tetap
namun tidak lari
masa akan menjawab
hidup menanti
timbunan kronologi berpaksi