Dari semalam, teringin sangat nak ayam gepuk (tempat spesifik) dengan green tea Family Mart. Sungguh sungguh minta dengan Allah. Sampai rasa nak menangis. Tiba2 harini bos belanja ayam gepuk dgn green tea FM. Baiknya Allah😭
Pening jugak bila orang expect kita faham apa yang ada dalam kepala dia tanpa diberitahu. Kitonyo bukan ada superpower nak masuk dalam kepala orang cari punca
Semalam sajelah nak bagi hadiah dekat kawan aku. Bila dah pilih2, dia tanya sebab aku bagi. Aku kata, 'it's a good bye gift'. Berubah terus mukanya. 'Kalau good bye gift aku tak nak terima!' Terus kena marah dekat situ🤣
Ajak member makan burger.
Tekak teringin nasi lauk telur dengan tomyam.
Tapi order nasi goreng dgn ayam goreng.
Se complicated inikah menjadi seketul Boolat?
Orang tanya umur. Lepastu bagi tahu lah umur yang sebenarnya. Lepastu orang tak percaya. Laaah pulak! Kenapa muka macam budak budak sangat katanya🤣
#hatersgonnahatehatehate
Alhamdulillah. Finally, saya dah convo @itsteme ! 🎓���� Terima kasih kerana memberi inspirasi dan semangat kepada kami melalui penulisan dan karya. Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan perjuangan 'garis dua' yang panjang ini. Doakan perjalanan saya yang seterusnya ya.
Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan dan diberikan kesembuhan yang berkekalan. Semoga terus dikurniakan idea yang mencurah curah untuk terus berkarya. Tiada apa yang mampu saya beri selain meletakkan nama Teme Abdullah di dalam salah satu ruangan khas thesis☺️
Sesungguhnya dapat berdiri dan duduk tanpa rasa mual adalah salah satu nikmat yang sering kita lupa. Nak salahkan caffeine? Salahkah diri sendiri. Siapa suruh minum banyak banyak
Tak tahu lah kenapa sel sel otak tak berhubung tadi. Pertama, pandang je tali kasut yang terburai. Lepastu, boleh pulak nak naik eskalator yang arah turun. Nyaris tak tersungkur 🤣
Cam biasa sebelum masuk kerja mesti singgah dekat kedai kakak teh ais. Sampai-sampai je, kakak tu pandang atas bawah. ''Adik pakai baju terbalik ke?'' soalnya.
Ya Allahhhh. Malu gilaaa. Macam mana boleh tak perasan🥴🙂↕️