๐ ๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐๐, ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ก๐๐
KUALA LUMPUR, 25 September 2026 โ Hari pertama sentiasa membawa makna tersendiri. Hari ini, YBrs. Ir. Dr. Mahzan Teh, Ketua Pengarah MARA, memulakan tugas secara rasmi, membuka satu lagi lembaran dalam perjalanan enam dekad Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Bermula dengan langkah pertama ini, amanah yang dipikul bukan sekadar menerajui sebuah organisasi, tetapi memastikan peranan MARA terus diterjemahkan melalui usaha yang memberi manfaat kepada rakyat. Pertemuan dan interaksi bersama warga kerja menjadi antara langkah awal untuk memahami denyut nadi organisasi, mengenal pasti keutamaan serta melihat ruang yang boleh terus dipertingkatkan.
Enam puluh tahun perjalanan telah membentuk MARA dengan pengalaman, kepakaran dan jaringan yang luas. Dalam suasana yang sentiasa berubah, pengalaman tersebut menjadi asas untuk organisasi terus menyesuaikan pendekatan, memperkemas penyampaian dan mencipta nilai yang relevan kepada generasi hari ini dan masa hadapan.
Dengan amanah baharu ini, tumpuan diberikan kepada kesinambungan peranan MARA dalam pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosioekonomi Bumiputera, di samping memastikan seluruh warga kerja terus bergerak dengan fokus, tanggungjawab dan kesungguhan yang sama.
Hari ini ialah hari pertama. Namun, satu langkah telah dimulakan dan sebuah perjalanan panjang sedang menanti, membawa amanah enam dekad MARA ke arah masa depan yang terus memberi makna.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa
#MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Hari ini 84 tahun yang lalu, Leftenan Adnan terkorban dalam Pertempuran Pasir Panjang, Singapura.
Adnan bin Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang pada 1915. Pada 1933 apabila Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan, beliau yang ketika itu berusia 18 tahun antara orang pertama yang menyertainya.
Adnan menjadi pegawai tentera Melayu pertama apabila dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada 1936 seterusnya menjadi Kompeni Sarjan Mejar pada 1937. Beliau menjadi Leftenan selepas mengikuti kursus di Singapura & dilantik mengetuai Platun 7 Kompeni C RAMD.
Pada Disember 1941, Jepun mendarat di pantai timur Tanah Melayu, pantas mara ke selatan & berjaya menakluk seluruh semenanjung dalam masa hampir 2 bulan, memaksa tentera British berundur ke Singapura sebelum Jepun sampai ke situ pada 7 Februari.
Meletus Pertempuran Pasir Panjang pada 13 Februari, menyaksikan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan pertama. Pada lewat malam itu, Kompeni C berkekuatan 42 anggota pimpinan Lt. Adnan diarahkan untuk bertahan Bukit Candu.
Pertempuran diteruskan keesokan paginya & awal petang itu, Lt. Adnan berjaya mematahkan serangan berhelah Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh. 2 jam selepas berundur, Jepun hadir semula dengan gelombang serangan penghabisan.
Kompeni C kehabisan peluru & semakin ditekan, namun tidak dapat berundur kerana tali air yang dicemari minyak terbakar memisahkan mereka dengan barisan belakang. Maka Lt. Adnan mengarahkan pasukannya untuk lawan hingga ke hujung nyawa.
Akhirnya Lt. Adnan yang cedera parah ditangkap Jepun, diseksa & digantung/diikat pada sebatang pokok ceri lalu ditikam dengan bayonet sehingga menemui ajalnya di usia 27 tahun. Jepun berjaya menakluk Singapura esok harinya, pada 15 Februari 1942.
Keberanian Lt Adnan diakui General Yamashita yang mengatakan โJika ada 10 orang lagi seperti Lt. Adnan, Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menakluk Tanah Melayu.โ
Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, The Patriots
#PeristiwaHariIni
SEBAB BERLAKUNYA ISRAK MIKRAJ
1. Tasliyah (ุงูุชุณููุฉ): Pengukuhan jiwa dan pemberian ketabahan kepada Nabi SAW selepas Tahun Kesedihan Nabi atas kewafatan Abu Talib, Siti Khadijah RA dan peristiwa di Taif.
2. Tasyriโ al-Solawat (ุชุดุฑูุน ุงูุตููุงุช): Menerima perintah solat fardu lima waktu secara langsung daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha.
3. Iraโatul Ayat (ุฅุฑุงุกุฉ ุงูุขูุงุช): Memperlihatkan tanda-tanda keagungan kerajaan Allah (Surah al-Israโ: 1) sebagai persediaan mental untuk fasa dakwah yang lebih besar.
4. Imtihan al-Iman (ุงู ุชุญุงู ุงูุฅูู ุงู): Ujian keimanan bagi penduduk Mekah untuk membezakan antara mukmin yang benar dengan golongan yang ragu-ragu.
5. Tashrif al-Rasul (ุชุดุฑูู ุงูุฑุณูู): Pengiktirafan dan kemuliaan kedudukan Nabi ๏ทบ di sisi penduduk langit (para Malaikat & Nabi) berbanding penolakan kaum kafir di bumi.
Memahami sebab-sebab berlakunya Israk dan Mikraj ini membantu kita sedar bahawa setiap kesulitan yang kita hadapi pasti ada hikmah di penghujungnya. Sebagaimana Rasulullah ๏ทบ dikuatkan semangatnya melalui perjalanan ini, semoga kita juga terus cekal dalam berdakwah dan berpegang teguh kepada iman, walau apa pun ujian yang mendatang.
Orang yang istiqamah (berterusan) membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai menunaikan solat fardu dijanjikan Allah untuk memasuki syurga, dan tiada apa-apa halangan baginya selain daripada menunggu kematian tiba.
Ini menunjukkan bahawa amalan membaca ayat al-Kursi selepas solat fardu adalah amalan yang amat besar kelebihannya dan merupakan sebab untuk mendapat ganjaran syurga.
#ustazwadiannuar #syurga
๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฌ๐ข๐จ๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ก๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐ข๐ฃ๐ ๐๐ก๐ง ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ (๐ฌ๐ง๐ฃ) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar boleh menyemak keputusan permohonan Young Talent Development Programme (YTP) 2025 bermula pukul 12 tengah hari, 7 Julai (Isnin) hingga 10 Julai 2025 (Khamis).
Layari semakan: https://t.co/tzjhMDhSpl
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMADANI
KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA INDUSTRI. TVETMARA terokai kerjasama strategik dalam bidang automotif pertahanan (kenderaan berperisai) bersama MILDEF International Technologies SDN BHD dalam bidang automotif pertahanan (kenderaan berperisai) #tvetmara#BuildingTalentGeneratingFuture
I siap buat list utk lubuk murah Shopee from China ni!! Hahahaha segala branded items including Cartier, Pandora pun ada
SAVE THESE SHOPS TO SAVE YOUR MONEY๐ซต๐ป๐ท๏ธ