𝗧𝗛𝗘 𝗨𝗦 𝗕𝗟𝗢𝗖𝗞𝗔𝗗𝗘
1. Trump has ordered the US Navy to stop all ships which had paid toll to Iran from passing through the Strait of Hormuz.
2. I wonder what would happen if a Chinese supertanker had tried to pass through the Strait of Hormuz after paying toll to Iran.
3. Will all hell break loose? There would be a world war. Even Trump is not in favour of a world war.
4. So therefore Trump accepted a ceasefire of two weeks for the U.S. to talk with Iran.
5. Unfortunately the talks did not result in a permanent ceasefire.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 April 2026
𝗜𝗦𝗥𝗔𝗘𝗟𝗜 𝗠𝗢𝗡𝗦𝗧𝗘𝗥𝗦
1.70, 000 Palestinians in Gaza have been killed by the Israelis. But they are still killing even during a ceasefire. What kind of monsters are these Israelis. They are worse than animals.
2.And now they are blocking supplies of medicine and food to Gaza. Even the doctors are being blocked from entering Gaza to attend to the sick and wounded in hospitals which had been destroyed by Israeli savages.
3.The world is watching all these. But the world can do nothing as the United States of America actively protects the Israeli savages.
4.Humanity cannot claim to be civilised. We have descended to the level of savages. We see gross injustice, massacres, murders unlimited and we do nothing.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
2 January 2026
𝗔𝗖𝗘𝗛-𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
1. Aceh – Sumatera sedang mengalami malapetaka yang merebut nyawa lebih 1000 orang.
2. Malaysia – Tanah Melayu selamat. Tidak ada seorang pun yang mati.
3. Sedarkah bahawa Aceh – Sumatera melindungi semenanjung kita dari ribut taufan, dan malapetaka.
4. Tidak patutkah kita tunjuk penghargaan kita dengan membantu pemulihan Aceh/Sumatera.
5. Komite Peralihan Atjeh perlu dibantu dalam usaha ini.
6. Sila hubungi:
𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐉𝐄𝐇 (𝐊𝐏𝐀) 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓,
𝐉𝐥𝐧. 𝐃𝐫. 𝐌𝐫. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐆𝐩. 𝐁𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐮𝐭,
𝐊𝐞𝐜𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐞𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐭𝐚.
𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐜𝐞𝐡
[𝐮.𝐩.: 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐫𝐢𝐚 𝐍 𝐘𝐚𝐜𝐨𝐛, 𝐉𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚]
(𝐍𝐨. 𝐓𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧: +𝟔𝟐𝟖𝟏𝟐𝟏𝟗𝟒𝟗𝟎𝟒𝟎𝟗)
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
25 Disember 2025
"Cakap saja, nak buat tak berani" — Dr Mahathir bin Mohamad
Ikuti PODCAST DR M Episod 24 : Sorotan 2025 & Harapan 2026 akan datang di YouTube & Spotify
𝗕𝗢𝗡𝗗𝗜
1.70,000 + Palestinians in Gaza have been murdered.
2.More Palestinians are being killed since the ceasefire.
3.Golan Heights, Lebanon and Syria have seen Palestinians being killed.
4.Of course all these have nothing to do with what happened in Bondi beach, Australia.
https://t.co/A1W7eR4ES3 is because of evil anti-Semitism, ISIS and visit to the Philippines.
6.I congratulate the Prime Minister of Australia for his insight. Yes. I agree with him that it was all because of evil anti-Semitism.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 December 2025
𝗣𝗘𝗡𝗖𝗨𝗥𝗜
Saya teringat satu cerita dongeng yang terdapat dalam masyarakat kita. Ceritanya begini:
Seorang pencuri yang sedang berlari dengan ayam yang dicuri menjerit “Pencuri-pencuri”. Dan orang pun pandang ke arah yang ditunjuk oleh pencuri berkenaan. Sementara itu pencuri pun hilang dengan ayamnya.
Jangan agung pemberi rasuah, kata si polan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 Disember 2025
𝗞𝗘𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
1. Wah!!
2. Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara.
3. Mari kita adakan perbahasan terbuka antara mantan-mantan supaya ditentukan Malaysia sudah digadai atau tidak.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Disember 2025
𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜
1.Apakah reformasi yang dituntut oleh DAP?
2.Anwar tak perlu layan DAP.
3.Mereka tidak boleh keluar dari Kerajaan.
4.Mereka keluar Kerajaan jatuh.
5.DAP juga jatuh.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Disember 2025
𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗔𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔?
1. Mula-mula Tengku Zafrul cabar saya untuk bukti bahawa syarikat Amerika ambil alih status Bumiputera akibat dari perjanjian timbal balik Anwar dengan Trump (ART – Agreement on Reciprocal Trade).
2.Maka saya kongsi dengan dia Klausa 6.2 (1) ART yang kandungannya jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak boleh beri bantuan bukan komersial atau subsidi kepada GLC, tidak boleh diskriminasi produk Amerika.
3.Dalam bahasa mudah, tidak ada keistimewaan kepada mana-mana GLC atau syarikat tempatan bila berurusan dengan Amerika. Ini maknanya dasar-dasar yang memberi kuota atau kepentingan kepada syarikat Bumiputera tidak boleh lagi dilaksanakan.
4.Setelah saya beri secara terperinci mengenai Klausa 6.2 (1) bagaimana perjanjian itu akan ketepikan kepentingan Bumiputera, Zafrul keluar satu lagi video dan kata saya salah dan tidak baca habis.
5.Dia kemuka bahawa di bahagian akhir Klausa 6.2 (1) ada menyatakan bahawa “Malaysia shall refrain from providing non-commercial assistance or otherwise subsidising its good-producing SOEs (kita baca sebagai GLCs) except for the achievement of their public service obligations. Malaysia shall ensure a level playing field for US companies in Malaysia’s market with respect to SOEs of third countries.
6.Zafrul menggunakan “except for the achievement of their public service obligations (kecuali untuk memenuhi kewajipan kepentingan awam mereka)” sebagai peruntukan yang akan membenar kita meneruskan dasar-dasar kepentingan Bumiputera.
7.Pertamanya, apabila Zafrul perlu merujuk kepada pengecualian ini, ia bermakna bahawa kenyataan saya bahawa Klausa 6.2 (1) kepentingan Bumiputera tidak dibenar oleh perjanjian ini jelas betul.
8.Keduanya, apakah yang dimaksud dengan public service obligations? Adakah ini termasuk kepentingan Bumiputera dan kebenaran kepada syarikat tempatan mendapat kelebihan ke atas syarikat-syarikat Amerika dan diskriminasi yang disebut terdahulu tidak terpakai?
9.Dan Zafrul tidak pula nyatakan siapakah yang akan tentukan apakah yang didefinisi sebagai public service obligations? Sudah tentu bukannya Malaysia sahaja tetapi Amerika juga.
10.Jika kita lihat keseluruhan ART, ia jelas segala peruntukan dan tuntutan adalah untuk kepentingan Amerika. Zafrul turut mengakui bahawa kita terpaksa menandatangani ART.
11.Tiba-tiba Zafrul nak yakinkan kita bahawa kita tak akan tunduk kepada apa yang Amerika tetapkan dan dia juga mendakwa bahawa dia sudah tetapkan red lines (syarat yang tidak boleh dilanggar) dengan Amerika bila berkaitan dengan kepentingan Bumiputera.
12.Setahu saya di dalam membuat perjanjian ART tersebut yang ada melukis red lines ialah Trump seperti yang dinyatakan oleh Kagan, Duta Amerika ke Malaysia yang sehingga kini tidak dinafi atau dibangkang oleh Zafrul atau Anwar.
13.Saya rasa cukuplah Zafrul pertahankan kepentingan Amerika dan mulakan usaha untuk membatal perjanjian yang menggadai kedaulatan Negara.
14.Jangan terlampau bongkak sehingga tak mahu mengaku telah silap bersetuju dengan perjanjian ART. Ini bukan saya seorang yang kata. Ramai yang lebih bijak dan pakar kata semacam.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
5 Disember 2025
𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
1. Ramai yang mengeluh kerana skandal yang berleluasa dalam PRN Sabah.
2. Disebut juga yang mengamal rasuah ialah pegawai dan Kerajaan.
3. Sebaliknya Kerajaan konon sedang berjuang menghapus rasuah.
4. Ternampak seperti biasa Kerajaan kata lain, buat lain.
5. Kali ini ada tokoh yang sudah selidik dan bersedia dengan bukti bahawa pembantu kerajaan terlibat secara langsung dengan rasuah.
6. Saya hanya dapat nasihat supaya ia hubungi pihak media.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
25 November 2025
𝗣𝗔𝗬𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥
1. Sejak konsep PAYUNG BESAR dicadang ramai orang Melayu menerimanya sebagai cara menyatupadu mereka.
2. Pemimpin-pemimpin pun sokong. Dan mereka pun mengadakan Payung Besar.
3. Sekarang sudah ada empat lima payung besar yang bertujuan menyatukan orang Melayu. Dan kempen pun diadakan untuk menarik sokongan orang kepada payung besar-payung besar ini.
4. Rakyat boleh pilih. Maka terbahagilah rakyat di antara payung besar - payung besar ini. Semua payung-payung ini tidak dapat dipenuhi. Banyak kekosongan berlaku.
5. Hasilnya ialah perpecahan orang Melayu. Sama seperti orang Melayu berpecah kerana parti politik yang banyak. Dengan adanya beberapa payung besar maka bukan perpaduan yang berlaku. Tetapi perpecahan.
6. Ada sesuatu yang tidak betul dengan penerimaan cadangan payung besar.
7. Sama-samalah kita bangsa Melayu berfikir.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 November 2025
𝗪𝗔𝗛𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗨𝗠𝗡𝗢
1. Kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan tanah Melayu.
2. Hari ini kamu sokong tindakan menghapuskan kemerdekaan yang mereka perjuang dahulu apabila mempersetujui perjanjian meletak negara tercinta ini dibawah kuasa Amerika Syarikat.
3. Kamu utamakan kepentingan diri kamu dan gadai tanah air. Anak cucu kamu akan kutuk perbuatan kamu.
4. Tak perlu kamu pertahan perjanjian ini. Selain dari bersetuju membeli hampir 1 trillion Ringgit barangan Amerika, kamu bersetuju menyokong dasar dan tindakan Amerika, kamu juga setuju merujuk kepada A.S. segala tindakan dan dasar hubungan Malaysia dengan negara lain supaya tidak bertentangan dasar dan tindakan A.S. Keberanian Malaysia sudah tidak ada lagi. Segala galanya ditentu oleh A.S.
5. UMNO sudah jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu. UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
6. Bagi ahli dan wakil rakyat UMNO, perjuangan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri.
7. Pengkhianatan kamu akan tercatat dalam sejarah negara.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 November 2025
Amerika memang terdesak nak dapat rare earth (nadir bumi) jadi dia 'paksa' negara untuk beri kepadanya. Tonton video penuh di sini : https://t.co/lFVyacXOzX