Jika minyak cecah USD200, rantaian inflasi bakal melonjak, harga barangan asas boleh meningkat sehingga 40 peratus sekali gus melumpuhkan keupayaan membeli rakyat.
Kalau suami tu dah buat yang terbaik dan tidak culas dengan nafkah wajib.
Maka si isteri bantulah apa yang patut, itu salah satu cara mudah kalian untuk ke syurga.
Sedihnya. Ya allah korang kalau hidup berkira jangan kahwin lah. This is mental torture. Sampai nya hati buat macamni. I pernah saja beli barang dapur guna duit I pastu husb minta izin memang auto merajuk sebab I ni masih orang luar ke? Jangan berkira kalau nak rezeki masuk.
Perkahwinan sepatutnya tentang saling melengkapi. Ada masanya suami kekurangan, kita mencukupinya. Ada masanya kita yang perlu diperbaiki, dan dia hadir melengkapinya.
Kadang-kadang nisbahnya 70:30, kadang 60:40. Tidak selalu sempurna, tetapi itulah indahnya perjalanan bersama.
1. Kes suami meninggal sebab tidur di dalam kereta selepas isteri enggan buka pintu rumah.
2. Kes suami terjun dari jambatan Pulau Pinang & meninggal dunia.
Kesian para lelaki harus hidup dengan toksik maskuliniti yang menganggap lelaki tak boleh bersedih & harus kua sentiasa.
Dia macam ni lah, kalau seorang suami tu, dia ada usaha nak berikan kau yang terbaik mengikut kemampuan dia, bersyukurlah. Bila dia ada usaha nak cari duit, nak make sure kau cukup makan, pakai, keperluan wajib, ada tempat berteduh, be grateful.
Belajar bersyukur wahai isteri. Nak dapat suami yang ada tanggungjawab, yang betul betul sayang dan sentiasa nak bagi kau yang terbaik is rare. Pandang muka suami kau, tengok betapa penatnya dia tapi dia tetap berusaha, jangan pulak kau bebankan dia lagi dengan segala macam permintaan yang diluar batas kemampuan dia.
Perkahwinan tak 100% indah. Tapi usaha kau la yang akan buat semua tu jadi indah walau dalam kesederhanaan. Ujian kita takkan pernah sama. Kalau kau sentiasa mencari salah, mencari ketidaksempurnaan, maka kau akan jumpa. Sebab apa? Sebab dia manusia biasa.
Tahniah sedara, anda contoh lelaki yang ada tanggungjawab. Semoga dipermudahkan segala urusan sedara sekeluarga.