Most of Japanese food is fish base. If you cook without any alcohol. It is automatically Halal. If you are a vegan, eating vegetables without alcohol also halal.
Japan already halal friendly even before the atomic bombs hit Japan. Even if take out the halal term, it is halal.
CELIK
Semalam saya tonton video-video dari perhimpunan “Turun Anwar”.
Ada anak muda. Ditanya siapa patut ganti DS Anwar, dia jawab:
“Menteri Besar Terengganu Shafwan… eh bukan. Afnan!” 🤦🏻♀️
Dan seorang ‘Prof’ wanita pula yakin berkata:
“Anwar ni dah dua kali jadi PM. Tahun 2018 dia jual habis aset negara.” 😢
Lepas tu, ada sorang brader dengan speaker semangat berkata:
“Anwar ni zionis! Anwar ni teruk!
Hidup hidup, hidup Anwar!!!” Eh…. 😂
Mendengar ni… kita pun tak tahu nak gelak ke nak nangis.
Buat kita tertanya — dari planet mana eh mereka ni timbul?
Kalau jenis celik demokrasi,
sampai boleh ber-demonstrasi,
takkan benda asas pun tak boleh semak sendiri?
Ya… dalam kita raikan demokrasi,
kita juga wajib bertanya:
Demokrasi yang bagaimana?
Seperti saya tulis minggu lalu, Aristotle dah ingatkan:
“Demokrasi tanpa ilmu akan jadi mob rule.”
Kuasa gerombolan bukan kuasa kebijaksanaan.
*************
Pada saya, nak marah dan bersuara. Itu hak masing2.
Tapi kalau kita mula menelan apa saja yang disuap,
tanpa semak dan tanpa fikir,
maka kita bukan sedang bangkit.
Kekdahnya, kita sedang diperalat.
Inilah bahayanya bila demokrasi dicemari dengan:
❌ fakta yang dipotong separuh
❌ emosi benci dan taksub
❌ dan propaganda yang tak tahu hujung pangkal.
Kita menonong pajakkan akal.
Itu sebabnya, pemimpin the Prince atau perasan nak jadi the Prince, terus menerus bodohkan umat. Itu cara depa cari makan.
**********
📌 Dalam The Prince, Machiavelli ajar pemimpin dangkal cara untuk kekal berkuasa:
“Jangan harap cinta rakyat. Kuasai ketakutan dan kawal kejahilan mereka.”
Falsafah dia jelas:
• Beri rakyat suatu musuh, bukan maklumat.
• Ulang persepsi, bukan fakta.
• Main emosi, bukan dasar.
Bila rakyat dibiar dalam ketakutan dan kejahilan, mereka mudah dikawal.
Dan makin ramai yang dikawal, makin kuat cengkaman kuasa.
Inilah seni politik licik tanpa akhlak.
Kuasa bukan lagi amanah. Tapi alat.
⸻
Tapi dalam warisan Islam, pemikiran seperti ini ditolak mentah-mentah.
Islam tidak izinkan rakyat diperbodoh.
Ilmu bukan untuk elit. Ilmu itu untuk semua.
Dan bila kuasa diberi,
ia bukan untuk mengawal yang jahil,
tetapi untuk mengangkat yang berakal.
📌Al-Farabi, dalam Al-Madina Al-Fadila, menulis:
“Negara yang membiarkan rakyatnya jahil, akan dipimpin oleh penguasa yang rakus.”
Maksudnya jelas:
Kalau kita biarkan kebodohan berleluasa,
kita sedang membuka pintu untuk pemimpin yang zalim naik dengan mudah.
⸻
📌 Ibn Khaldun, dalam Muqaddimah, lebih berani lagi. Beliau ingatkan kita:
“Bila rakyat terlalu taksub kepada penguasa,
maka hilanglah pertimbangan akal fikiran.
Dan di situlah bermula kejatuhan sebuah tamadun.”
Inilah beza antara politik amanah dan politik eksploitasi.
Antara pemimpin yang membina akal —
dan pemimpin yang suka melihat rakyat kekal bising tapi otak kosong.
**************
Kita boleh bangkit.
Tapi bangkitlah dengan akal, bukan sekadar amarah.
Demo boleh.
Tapi jangan demo ikut skrip
siapa yang paling lantang di media sosial.
Dan mereka yang di haluan tengah —
Centrist dan silent majority…
jangan diam terlalu lama.
Kerana bila medan kuasa dikuasai
oleh yang bising tapi bingung,
Negara akan cepat merudum.
Jika kita benar sayangkan negara,
✅ Soal
✅ Semak
✅ Pilih dengan waras
✅ Tolak mereka yang mahu rakyat kekal bodoh demi kuasa
Kerana negara tidak pernah terbina oleh pemimpin sempurna tetapi yang lebih penting rakyat yang celik akalnya.
Jihad intelek rakyat sudah lama patut bermula. Mula dari diri kita.
Moga-moga Allah kurniakan Malaysia dengan lebih ramai pemimpin yang bijaksana.
Bukan pemimpin recycle yang selalunya gentar dengan rakyat celik
— seperti pembaca saya 🫡
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- Bodek ada makna. Permisi nak cuti.
Kadang penat tulis pasal Mechiavelli.
Kali ni? Team sis kalah rugby. 😢
#sismasukgua
Yes.
Writing is not a second thing that happens after thinking. The act of writing is an act of thinking. Writing *is* thinking.
Students, academics, and anyone else who outsources their writing to LLMs will find their screens full of words and their minds emptied of thought.
Bukan kemiskinan yang Nabi SAW bimbangkan.
“Bergembiralah dan berangan-angan dengan sesuatu yang menyenangkan kamu. Demi Allah aku tidak risau kefakiran yang menimpa kehidupan kamu, tetapi lebih merisaukan aku jika kamu dikurniakan harta dunia seperti pernah dikurniakan kepada umat terdahulu, lalu menjadikan kamu berkelahi disebabkannya, lalu membinasakan kamu, sebagaimana pernah membinasakan mereka.”
Our Weekend @ Cameron Highland
Basic Cameron Visit
- BOH Tea Valley
- KEA Farm
- Strawberry Farm
- Flora (Flower Park)
- Sheep Sanctuary
But the best activity is leisuring around at your hotel/apartment reading books or watching Netflix. Relaxing and enjoying the cold weather.
Probability and statistics is a great thing to self-learn btw. Too often in this app I see people use ANECDOTAL sharing to refute STATISTICAL fact
Cth: 'Most people who do XYZ end up financially worse'
'Tapi my friend buat, ok je?'
I just want to see better discussions pls 😭
Antara "Live Action" terbaik. Plot yang sama (tiada agenda tambahan; woke,lgbt, etc) cuma ada penambahbaikan daripada segi pembinaan karakter dan skripnya.
Kesan visual dia gempak aaa tengok naga lawan naga tu layan.
10/10✨
P/S: Komentar picisan sahaja 😆