Tema ini membawa makna melakukan atau mengerjakan dengan bersungguh- sungguh semula sistem negara agar kembali berfungsi dengan baik dan berkesan. "Memugar" bukan bermaksud merombak secara tergesa-gesa, tetapi memperbaharui dengan teliti, berperingkat dan berlandaskan nilai.
KONGRES NASIONAL KEADILAN 2026: MEMUGAR REFORMASI MEMBINA MADANI 15-16 OGOS 2026 DI MELAKA, BANDARAYA BERSEJARAH
Tema “Memugar Reformasi, Membina MADANI” adalah tema yang dipilih pada tahun ini membawa makna yang besar dan mendalam
https://t.co/t8WG6AdY1N
Makluman perkara penting untuk perhatian semua perwakilan dan pemerhati yang akan hadir pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-19.
#MalaysiaMADANI#KEADILAN
Selamat menyambut HARI KEADILAN RAKYAT diucapkan kepada seluruh anggota yang teguh setia bersama perjuangan parti sejak hari pertama hinggalah hari ini.
#MalaysiaMADANI#KEADILAN
Alhamdulillah selesai la kot video di tapak LRA Bukit Selambau, kita masuk bab lain pula.
Komen2 pertanyaan tentang LRA sebelum ini nanti saya jawab. Sekarang berbalik kepada JB, ini khusus untuk warga PPR Iskandar! dan sewaktu dengannya... 😎
Selepas taman permainan di PPR Sri Stulang selesai, ramai yang komen minta pihak kami tengok-tengokkan juga keadaan di PPR Iskandar.
Alhamdulillah, hasil usaha bersama, taman permainan di Blok E PPR Iskandar kini dah siap dinaik taraf sepenuhnya! Tiada lagi mainan rosak yang membahayakan anak-anak kita 🥳
Bila persekitaran harmoni, ibu bapa pun dah tak perlu risau sangat nak bagi anak-anak beriadah di waktu petang.
Seterusnya, kawasan mana pula yang kita patut bantu ? Komen di bawah ! 😊
Tahniah Amir Daniel kerana menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara judo di Sukan Komanwel!
Saudara membuktikan bahawa usaha, disiplin dan semangat juang mampu mencipta sejarah. Kita semua bangga! 🇲🇾🥇
Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan. Mengucapkan penghargaan setingginya kepada seluruh pengundi yang telah bersungguh-sungguh ikut serta dalam praktik demokrasi yang baru selesai.
Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, Pakatan Harapan telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat. Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan.
Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua jentera Pakatan Harapan dan para pengundi di Negeri Sembilan.
Keputusan ini kita terima dan akan diteliti lanjut. Pakatan Harapan akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
KEADILAN mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi di Negeri Sembilan.
Undilah calon HARAPAN demi nogoghi yang kekal stabil dan maju ! 🗳️🚩
#KEKALHARAPAN#KEADILAN
Laporan RCI bukan sekadar melihat apa yang berlaku. Ia turut menjelaskan punca krisis, kesannya kepada pendeposit, langkah penyelamatan yang dilaksanakan serta cadangan bagi memastikan pengurusan Tabung Haji lebih telus dan profesional.
#MalaysiaMADANI#KEADILAN
Mari bersama kita bekerja mengangkat martabat dan harakat negeri dan negara ini ke tahap yang terbaik. Memastikan kesinambungan dan kestabilan adalah tugas kita pada Pilihan Raya Negeri Sembilan pada kali ini.
Kekal HARAPAN! 🚩🚩🚩
#KekalHARAPAN#UndiHARAPAN
Dengarkan pandangan rakyat mengenai kepimpinan PMX dan dasar yang dibawa oleh beliau demi kemajuan, kestabilan ekonomi dan pendekatan mesra rakyat tanpa mengira latar belakang.
#KEKALHARAPAN#KEADILAN
Inilah keprihatinan menyeluruh tanpa pengecualian. Penghargaan ikhlas barisan penggali kubur di Negeri Sembilan atas insentif dan sokongan kerajaan di bawah pimpinan Tok Min. Bukti kepimpinan yang sentiasa prihatin kepada semua lapisan masyarakat!
#KEKALHARAPAN#KEADILAN
Di Sikamat, saya tegaskan komitmen HARAPAN untuk terus membela kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli mahupun kaum-kaum lain.
Kita kekal teguh mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera serta menegakkan syiar Islam, sebagaimana yang telah dibuktikan di Negeri Sembilan di bawah pentadbiran saudara Aminuddin Harun. Namun, ini tidak dilakukan dengan menafikan hak kaum lain.
Membela orang Melayu bukan hanya dengan melaungkan “Hidup Melayu”, kemudian menghina dan mempertikai kesetiaan orang Cina dan India terhadap tanah air ini. Keadilan mesti ditegakkan untuk semua. Setiap rakyat yang setia dan berbakti mempunyai tempat dalam negara ini.
Saya merayu agar rakyat terus memberikan mandat kepada HARAPAN di Negeri Sembilan. Kita telah membuktikan keupayaan membangunkan negeri ini, mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah, mengurus pentadbiran dengan bersih dan amanah, serta memelihara keharmonian dan perpaduan seluruh rakyat.
Insya-Allah dengan mandat yang kukuh, kita akan meneruskan kecemerlangan ini dan mengangkat Negeri Sembilan ke tahap yang lebih tinggi demi kesejahteraan seluruh rakyat.
🔺🚩
#KekalHARAPAN
#UndiHARAPAN
Malam tadi saya sempat ke Desa Cempaka di Nilai untuk memberi dukungan kepada calon-calon HARAPAN, sebelum pulang ke Putrajaya.
Ketika HARAPAN mempertaruhkan rekod pentadbiran yang bersih serta keupayaan mengangkat ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pihak lawan pula memilih untuk meniup sentimen perkauman bagi meraih undi.
Mereka memainkan sentimen anti-Cina serta menuduh HARAPAN menjadi alat DAP. Namun kita dapat melihat sendiri kebobrokan yang sebelum ini berlaku dalam kerajaan dan agensi yang diuruskan sepenuhnya pemimpin Melayu, namun mengalami kerugian serta menanggung hutang berbilion ringgit akibat salah urus dan penyalahgunaan kedudukan untuk memperkaya diri dan keluarga.
Soalnya bukan kaum atau warna kulit, tetapi integriti, amanah, keupayaan dan keikhlasan seseorang dalam memikul tanggungjawab kepada rakyat. Kerana itu, saya merayu rakyat Negeri Sembilan supaya menilai prestasi dalam membuat pilihan pada Sabtu ini.
Saya percaya rakyat Negeri Sembilan cukup bijaksana untuk membuat pertimbangan yang tepat dengan mengekalkan HARAPAN di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun, yang telah membangunkan negeri ini secara adil, menyelesaikan pelbagai masalah berusia puluhan tahun serta melaksanakan dasar yang melimpahkan manfaat dan kemakmuran kepada rakyat.
Semoga Allah SWT memimpin hati dan pertimbangan rakyat Negeri Sembilan untuk memilih pentadbiran yang bersih, amanah dan benar-benar bekerja demi masa depan negeri ini.
#KekalHARAPAN
#UndiHARAPAN
Menerima kunjungan Aliff Rakib di pejabat hari ini lantas mengucapkan tahniah di atas kejayaan bersejarah muncul sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship baru-baru ini.
Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan bahawa anak muda negara memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian dengan tekad, iltizam dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa. Syabas Aliff Rakib, Malaysia berbangga dengan kejayaan ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI