Want to be happy guy in the world...Bukan senang nak senang.Bukan susah nak susah. Old boys of MCKK, EX-PASUM 2013/2014 ,UNIMAS,R.O.T.U,Siri 18 #vasilios#LFC
Peserta Malaysia release cepat kau duk pertikai
Peserta Malaysia release lambat nanti kau duk pertikai jugak
Tak habis habis duk cari salah dan fikir teori konspirasi 24 Jam
Cuba Faham dulu camana Negara Malaysia beroperasi . Yang aku malunya yang duk pertikai ni ada datang dari mahasiswa IPT yang sepatutnya lebih cerdik
Cuba just bersyukur dan sokong apa yang terjadi.
Aku menyaksikan pelbagai pembunuhan beramai ramai di Gaza sepanjang 9 Bulan ni
Tapi pengeboman Nusseirat malam ni aku rasa paling overwhelmed paling terkesan
Aku rasa paling tak tahu nak rasa apa
Frust ada, kecewa ada, marah pun ada, sedih pun ada semua rasa ada
Gambar dan video video jenazah dan rakyat Palestin yang Cedera dari Kem Nusseirat Gaza sangat meruntun hati
210 gugur dan 400 cedera
Angka yang akan cukup menjadi saksi kejahatan Zionis
Angka yang seharusnya menjadi motivasi untuk memperkuatkan negara kita supaya suatu hari nanti kita boleh bela mereka lebih dari sekadar bantuan kemanusiaan dan diplomatik
KEMASKINI
Antara gambar kanak kanak Gaza yang gugur dalam serangan berdarah Kem Nusseirat Gaza hari ini
210 rakyat Gaza disahkan gugur dalam kejadian ini
KEMASKINI
Video serangan Briged Al Qassam ke atas Pasukan Khas IDF yang berlindung di dalam sebuah apartmen di Beit Hanoun, Gaza. Apartmen itu runtuh dalam serangan ini
I surrender from the battles I cannot win, the people I cannot have and the pain I cannot forget. So that I can focus on the person I can be and what I can achieve.
Babi la ingatkan terlepas takkan dah tua tua camni nak kena rasa cuak macam zaman dulu takut terpilihh fakkkk please ignore me im revolving my career path la 😭😭😭
Mungkin ramai rakyat Malaysia tak tahu
Hari ini di Thailand gempar ketika ini apabila berlaku kejadian tembakan rambang di Pusat Membeli Belah Siam Paragon dilakukan oleh suspek berusia 14 tahun
Suspek ditahan Polis Thailand dengan 3 disahkan terbunuh dan 7 cedera berdasarkan
Tadi ada dengar dekat tv ustaz tu pesan,
Kalau kita berani doa untuk kekayaan, jangan mengeluh bila ada kerja yang banyak.
Kalau kita berani doa untuk kebahagiaan, jangan mengeluh bila ditimpa ujian.
Allah makbulkan doa kita dengan caraNya. 🤍
1. Tahniah diucapkan kepada Presiden UMNO/Pengerusi Barisan Nasional serta kepimpinan BN atas kejayaan wakil rakyat BN dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di tiga negeri, terutama di Pulau Pinang dan Selangor; di mana Barisan Nasional sebelum ini berada di blok pembangkang sejak 2008.
2. Ujian pertama telah selesai dan sekarang, kita melangkah masuk ujian kedua iaitu bekerjasama dalam pentadbiran negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
3. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya membaca dengan teliti semua pandangan-pandangan serta teguran-teguran yang dilontarkan semua pihak, tak kira dari dalam parti mahupun luar parti, kerana kita tahu, sebagai parti yang ditubuhkan sejak 1946, ini satu manifestasi bahawa ramai yang sayang pada parti ini.
4. Inilah amalan demokrasi dalam parti di mana setiap ahli boleh beri pandangan. Tetapi dalam konsep demokrasi juga, ada calon kalah dan ada yang menang dalam pilihan raya. Sudah tentu kita tahu dan faham akan realiti ini.
5. Memang mudah untuk menuding jari terutama apabila kita kalah. Dalam pilihanraya, kalah satu undi tetap kalah. Menang satu undi, tetap menang. Mungkin kita boleh beri contoh, jika kita kalah ketika bertanding untuk jawatan Yang Dipertua PIBG, usahlah kita bakar dan runtuhkan sekolah.
6. Ada parti politik bermula di tangga mahkamah, dan ada yang masih di tangga mahkamah, malah bertahun bergolak dengan pihak keselamatan, namun ahlinya tetap teguh merapatkan saf serta berterusan meletakkan keyakinan terhadap pemimpin mereka dan hari ini parti-parti berkenaan telah berjaya memerintah negara selepas PRU14. Mereka yakin kepimpinan parti akan bawa kejayaan.
7. Pelik dan ajaib sebenarnya, ketika calon dikemukakan, ianya diterima malah bersorak di dalam dewan, bahkan ketika watikah diberi, Pengerusi BN dipuji. Hakikatnya, kita meletakkan calon di 108 di kerusi yang berpotensi menang dan berpotensi kalah. Realitinya, itulah sistem demokrasi pilihan raya.
8. Sebenarnya bagi kepimpinan Barisan Nasional; parti boleh sahaja ambil jalan mudah, iaitu fokus pada kerusi-kerusi yang mudah menang atau di negeri-negeri yang kita tahu, telah menerima dan faham formula perpaduan di peringkat Kerajaan Pusat. Tetapi ketika kita kemukakan 108 kerusi untuk ditandingi, tiada siapa merungut malah ada juga yang merasakan jumlah itu tak cukup. Tetapi hari ini, ada pula suara-suara sinis apabila ada kerusi yang kalah. Suara-suara ini tidak pula kedengaran ketika watikah diserahkan. Pengerusi BN sendiri beri kebebasan kepada perhubungan negeri dan ketua bahagian dalam pemilihan calon yang difikirkan layak. Sebab itu saya katakan, ia tanggungjawab bersama.
9. Kita lupa, ketika UMNO diserang selepas PRU14, Presiden tidak meninggalkan UMNO. Malah turut didesak untuk membubarkan UMNO namun tetap berdiri teguh mempertahankan parti keramat ini. Selepas enggan akur kepada desakan untuk bubarkan UMNO, terus didakwa di mahkamah sehingga ke hari ini..
10. Di PRN lalu, tak semua kawasan DUN yang ditandingi calon BN, sempat dikunjungi Pengerusi BN untuk membantu kempen dalam tempoh singkat ini. Tetapi realitinya ada kawasan yang tidak dikunjungi Pengerusi, calon Barisan Nasional tetap dipilih pengundi sebagai wakil rakyat mereka, contohnya bagi DUN Juasseh di Negeri Sembilan.
11. Memang mudah untuk mendesak Pengerusi BN mengundur tetapi BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi walhal, bukan Pengerusi yang bertanding pada PRN lalu. Paling penting sebenarnya, dalam mana-mana pilihan raya, formula kemenangan ambil kira faktor calon, pengundi serta cabaran. Apa yang perlu kita ubah bukan Presiden tetapi cara bagaimana kita bekerja dan menggerakkan kempen kita.
12. Antara cabaran utama yang kita masih ketinggalan ialah peperangan saraf di platform digital. Pendekatan konvensional bersemuka tidak lagi menjadi tunjang utama kempen hingga ada ceramah fizikal tidak mendapat sambutan walhal, kempen sebenar adalah di platform digital.
13. Barisan Nasional sendiri perlu faham dan akur bahawa kita menghadapi defisit pengetahuan dan penguasaan platform digital pada ketika pihak lawan berbelanja tanpa had menggunakan platform-platform itu bagi mempengaruhi pengundi.
14. Kita tidak ada peraturan mahupun undang-undang yang boleh menyekat propaganda tanpa had pihak lawan menggunakan dana yang begitu banyak di platform digital kerana penyedia platform berpengkalan di luar negara.Melangkah ke hadapan, Barisan Nasional perlu bersedia untuk berubah menjadi parti yang lebih mahir dan memiliki pengetahuan menguasai teknologi digital dan Kerajaan Perpaduan juga perlu bersedia dengan penguasaan perang saraf di platform digital.
15. Adalah penting untuk saya tegaskan, gabungan ini bukanlah satu kesatuan yang sempurna namun ada ruang untuk pembaikan dan yang pasti, Kerajaan Perpaduan ini dibina dengan mencari titik persamaan, iaitu demi agama, bangsa dan negara.
16. Dan sudah tentu, bagi UMNO sendiri, parti ini akan terus menjadi suara dalam Kerajaan Perpaduan selari dengan perjuangannya, iaitu melindungi agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini termasuk menjadi suara kepada kedaulatan undang-undang dan segala kelemahan, kekurangan dan salahguna dalam pelaksanaan undang-undang dan proses keadilan dibangkitkan melalui saluran yang betul kerana kita perlu menghormati pengasingan kuasa yang terdiri daripada badan eksekutif, kehakiman dan perundangan.
17. Akhir sekali, izinkan saya untuk melontarkan persoalan ini, adakah sudah tiba masanya untuk UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang atau masih lagi di bawah bendera Barisan Nasional; ataupun di bawah Barisan Nasional dengan gabungan baharu?
Azalina Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang
Merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang & Ketua Penerangan UMNO Malaysia