Yang menafikan hak budak budak cina ni ialah UEC sendiri. UEC dicipta sebab nak menafikan sistem pendidikan negara. Tak mahu terlibat dari kecil sampai besar. Tak nak ambil SPM. Tetiba nak masuk sistem universiti awam. Nama exam pun - 华文独立中学统一考试. Masuk la uni di China.
Sekarang ni Alhamdulillah sebenarnya
Hasil daripada kita dah jaga alam sekitar tak guna Gas CFC melalui Protokol Montreal 1987
Lapisan Ozon Bumi dh mula pulih
Lubang ni dijangka ditutup sepenuhnya di hampir seluruh dunia pada 2040, Artik pada 2045 dan Antartika pada 2066
Aku suka membandingkan Perak dan Johor sebenarnya.
Perak adalah negeri Melayu protektorat pertama.
Sedangkan Johor adalah negeri Melayu yang anglofilia.
One Westernised by rule, and one Westernised by choice.
Sebab tu ada beza ketara dari segi lokasi bandar dan city primacy.
Semua yg Wilson cakap ni betul.
Tambah sikit lagi:
1. Relax & sandar
2. For car owner keep your EV car empty and clean at all time, so you’ll never need car air freshner. Perfume kereta ni antara penyumbang passenger pening kepala 😅
I pernah jumpa org gini. Nak tahu tak how to fix orang macamni? Yg selalu tanya benda2 kecik. Senang je, u kena stop micromanage /complain/ pertikai apa dia buat.
Mungkin punca dia jadi macam ni sbb u pernah complain kat dia “kenapa ambik bawang besar?” “Kenapa ambik yg tak elok” “U ni tak pandai pilih bawang la, tak elok” etc.
So dia akan rasa apa yg dia buat semua salah dimata u, and in the future ended up jadi apa? Jadi mcm dlm gambar kat bawah ni la. Dia akan suruh you yg buat keputusan sebab nanti you confirm takkan complain dah.
Samala macam memasak, or tolong arrangekan perabot, or bila orang tolong belikan u makanan. Kalau u banyak complain itu ini salah, ended up orang tu akan tak berminat untuk tolong u dah. Kalau tolong pun, dia akan bagi u yg buat decision, sebab dia malas nk kena judge
Kalau org tu buat silap sikit, or benda yg dia buat tu tk kena tekak you. U tutup mata and redakan je. Just nasihat softly and move on. Tak perlu ungkit, tak perlu pertikai lebih2 or pergi malukan dia dekat socmed or kawan2.
Lama2 orang tu akan adjust and learn sendiri.
U nak dorang fikir sendiri, tapi bila dorang fikir sendiri, u tak suka. Nk ikut telunjuk u jugak, lepastu penat sebab asyik jadi “decision maker”. Faham tak maksud i😅
Kalau produk herba Cina cari yang ada logo halal Jakim bagi muslim. Kebanyakan bahan mentah herba cina origin dari China. Dan cara proses serta penyimpanan herba bercampur aduk dengan bahan mentah non halal yang lain. Walaupun herba tak semua sesuai untuk muslim..
Ramai rupanya yang tak faham macam mana cara penentuan bulan baru dalam Islam.
Secara asasnya, bulan baru akan disemak pada setiap 29 haribulan mengikut kalendar Hijrah. Kalau anak bulan nampak, maka bulan tu 29 hari je. Kalau tak nampak, kita cukupkan jadi 30 hari.
Taalim - kongsi ilmu
Taaruf - berkenalan
Tadarus - baca bersama
Tadabbur - merenung, hayati, fahami
Tasmik - perdengar bacaan kpd org lain
Talaqqi - berguru secara terus dgn guru
Sebenarnya Bagus kalau meniaga konsep Begini !
Peniaga siap2 letak Harga dekat Setiap Bekas.
Praktikal, pantas, kemas, teratur dan nampak bersih.
Sekali pandang pelanggan dah tahu portion banyak mana, dan harga berapa. Sesuai untuk pelanggan introvert dan waktu gerai sibuk dengan ramai orang.
Siapa main city skylines?
Citizens i ramai mati sebab keracunan air tercemar padahal pump i kat upstream, treatment plant kat bawah. Nape dorang masih sakit :((
Selalunya ibubapa yang kurang ajar dengan guru adalah orang yang sama yang…
- Tak bayar yuran PIBG
- Memekak dalam whatsapp group
- Anak dia saja yang betul
Kelakar baca komen sebab orang Indonesia ingat lukisan ini aku yang buat. Sebab depa faham gua = aku 🤣
Pastu marah-marah dan troll ingat aku buat dakwaan berlebihan (overclaim). Bukan salah aku korang tak faham dan salah faham. Boleh didik diri sendiri untuk belajar.
@meinmokhtar Salam takziah
Bayar
1. Hutang arwah
2. Fidyah puasa, kot ada hari arwah tak puasa klu sakit. G pusat zakat
3. Badal haji klu arwah tak pernah pergi haji (tanya tabung haji nnti dia bagi borang, rate rm6500)
4. Sedekah jariah, pembinaan masjid. Slu pusat zakat ada
Boleh tak rakyat Singapura beli minyak subsidi ron95 malaysia?
Jawapan ringkasnya adalah tidak boleh.
Berdasarkan peraturan terkini kerajaan Malaysia (sehingga Januari 2026), semua kenderaan bernombor pendaftaran asing, termasuk dari Singapura, dilarang sama sekali daripada membeli petrol RON95, sama ada pada harga subsidi mahupun harga pasaran.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai peraturan tersebut:
1. Larangan Berdasarkan Nombor Pendaftaran
Kenderaan Pendaftaran Asing: Semua kenderaan dengan nombor plat luar negara (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia) diharamkan mengisi RON95.
Hanya RON97: Pemandu kenderaan Singapura hanya dibenarkan mengisi petrol RON97 (biasanya muncung pam berwarna hijau) yang harganya diapungkan mengikut harga pasaran semasa.
2. Program BUDI MADANI (BUDI95)
Di bawah sistem penyasaran subsidi terbaru yang bermula pada hujung 2025:
Hanya warganegara Malaysia dengan lesen memandu yang sah layak membeli RON95 pada harga subsidi (contohnya RM1.99 seliter).
Warga asing yang menetap di Malaysia dan memandu kenderaan berdaftar di Malaysia boleh membeli RON95, tetapi mereka perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi (bukan harga subsidi RM1.99).
3. Hukuman dan Tindakan
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius perkara ini:
Pengusaha Stesen Minyak: Boleh didenda sehingga RM1,000,000 atau penjara jika membenarkan kenderaan asing mengisi RON95.
Pemandu: Anda mungkin berhadapan dengan tindakan undang-undang atau dihalang daripada keluar dari Malaysia jika ditangkap melanggar peraturan ini.
Malah, baru-baru ini terdapat kes viral pemandu yang cuba menyorokkan nombor plat mereka menggunakan pita pelekat hitam untuk mengisi RON95, dan mereka sedang dikesan oleh pihak berkuasa.
lah takat SPM je patut la pun. duit dah berkepuk tu apa yang halang kau utk go for diploma/degree? naikkan la taraf diri kau, jangan asyik nak claim “hanya ada SPM”. kata taknak galakkan bebudak ada mindset “takat SPM je pun dah ok” so pergi sambung belajo lagi