Minggu depan satu Akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan dibentangkan di Parlimen. Kita semua boleh memainkan peranan untuk Akta ini diluluskan. Sama-sama kita lahirkan generasi yang lebih sihat. #GEG
Anakku walau kemana kita pergi kita hambanya. Nanti dalam syurga juta-juta kali lagi cantik. Tiada akal yang mempu mencapainya. Syaratnya kita menjadi hambanya dan sentiasa mencari Redhanya. Hanya dengan Rahmatnya Kasih Sayangnya yang akan bawa kita ke sana.
Dialah Allah yang memiliki langit dan bumi. Dialah Allah yang menjadikan segalanya. Pemilik semuanya. Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Dimana sahaja kita belajar lah melihat dengan hati. Dengan cinta. Kita dihantar untuk mengenal cintaNya.
Anak-anak tanya. Ayah kenapa cantik sangat alam ni yer. Kenapa air sungai dari jauh nampak macam biru? Salji cantik langit gunung. Semuanya cantik sangat. Walau ambil gambar tak sama macam sebenarnya.
Siapa jadikan semuanya anakku? Dialah Allah. Yang menjadikan segalanya.
As we transition towards endemicity, we cannot police things anymore i.e. set up roadblocks to see if you have been fully vaccinated or tested. Much will now depend on personal responsibility and behaviour. I believe we can rise to the challenge in #ReopeningSafely.
Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang.
Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Ngo Ngo yang dari awal membantu.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh covid19.
Al-fatehah
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia.
Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.
Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama.
Rindunya ya Allah. Dekat 2 bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu. Menangis seorang diri saat sujud.
Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah. Redha Allah segalanya. Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta.
Tadi sempat ke Pusat Vaksin di Axiata Arena. Belanja 360 set kfc dan beri semangat pada mereka.
Semua melambai-lambai dan ajak bergambar. Terharu terasa macam baru balik kampung je. Terima kasih semua.
Disaat teramat rindukan bapak dan mak sangat dapat surat titah takziah.
Menjunjung kasih Tuanku. Rasa bersyukur Tuanku selalu memberi semangat dan doa selama ini. Bahagia dapat mesej dan doa ini. Daulat Tuanku.
Semoga Allah angkat covid dan pulihkan keadaan negara kita.