Komen: Polis harus siasat mengapa kedua-dua nekad lompat. Apakah mereka mangsa penderaan....:
Polis Tahan Ibu Bagi Bantu Siasatan Kes Dua Beradik Jatuh Dari 5ingkat 12 Di Johor Bahru
JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung insiden dua beradik yang dipercayai terjun atau terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di kawasan Tampoi, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis menerima laporan kejadian daripada seorang wanita tempatan pada kira-kira jam 8.27 pagi.
Menurut beliau, mangsa yang terlibat merupakan dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun.
“Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan sedang dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan siasatan, polis menahan seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa pada jam 12 tengah hari hari sama bagi membantu siasatan lanjut.
Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan turut didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.
Polis kemudian membawa wanita berkenaan ke Mahkamah Johor Bahru untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Menurut Ab Rahaman, beberapa saksi yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian turut dipanggil bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan penganiayaan, pengabaian, pendedahan atau pembuangan kanak-kanak.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Setakat ini, polis memaklumkan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Polis turut mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan melalui balai polis berhampiran atau saluran rasmi pihak berkuasa.
Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah bangunan pangsapuri 24 tingkat dengan kedua-dua mangsa ditemukan di aras berhampiran kawasan kolam renang.
Sumber: Polis Johor
RTM will end the broadcast of its channels on Astro's satellite and OTT platforms from July 1, marking the end of a nearly 30-year collaboration.
The move follows the failure of both parties to reach a pricing agreement that met their financial requirements, despite prolonged negotiations over rental rates and service fees, RTM said.
🧵1
JBPM has welcomed a new addition to its K9 unit after its Labrador, Lottie, gave birth to Malaysia’s first locally bred K9 unit detection dog.
"I named him 'Brave' with the hope that he will become a courageous four-legged hero in rescue operations," said KPKT Minister Nga Kor Ming.
🧵1
Sebenarnya Datuk Azizulhasni Awang dalam Dilema
Kalau based on interview radio dan TV hari tu
Nampak macam Datuk nak join sebenarnya. Yelah Olimpik 2024 tu boleh kata sapa je tak ralat
Tapi dia perlu memikirkan jugak keluarga dia
Yelah latihan ke Olimpik ni bukan senang. Dia perlu 100 peratus komited untuk 2 tahun lagi. Tambah lak dia nak menang Emas. Harapan Emas Pertama Malaysia
Byk kali dia kata kena tanya Isteri dan bincang dulu. Terutama dalam nak jaga anak anak yang semakin membesar. Anak anak yang sangat perlukan kasih sayang seorang ayah sekarang ini.
Apa apa pun kita tunggu lepas Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Sbb Beliau kata nak bersara selepas itu. Tu pun PKBM cuba nak tarik Datuk selepas itu sampai ke Piala Dunia di China
Walau apa pun keputusan Datuk. Kita hormati. Sbb dia pun dah berikan segalanya untuk Malaysia dan rakyat jadi saksinya. Kalau dia bersara seperti dirancang. Kita faham tapi kalau dia teruskan sampai LA28. Kita akan support dan doakan yang terbaik semoga dendam terbalas.
Pelakon veteran ternama tanah air, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari tadi.
Berita duka pemergian seniman berusia 69 tahun itu disahkan anak Allahyarham, Afiqah Jalil di akaun Instagram.
Menurut Afiqah, bapanya meninggal dunia selepas tertidur usai menunaikan solat Subuh.
Kata Afiqah, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya ketika masuk ke bilik tidur sebelum disahkan meninggal dunia di rumah.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://t.co/FDPt1goruG
Pelakon veteran tanah air, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.
Berita sedih itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil ketika dihubungi media sebentar tadi.
Menurut Afiqah, ayahnya berada di rumah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Artikel:
https://t.co/eRw7bfdXm6
#SinarHarian #SinarTerkini #Takziah #ALfatihah #JalilHamid
Seniman serba boleh, Jalil Hamid meninggal dunia ketika dalam tidur di kediamannya di Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam, pada jam 12.30 tengah hari tadi, pada usia 69 tahun.
A woman got murdered in cold blood by a man she barely knew. This is femicide, and it has been going on for a while in Malaysia and yet, these are the majority of comments.
Femicide will continued to be normalised with the killers given a pass for getting his little heart hurt,
Kejadian dekat bukit bintang semalam ada seorang perempuan tiba2 keluarkan p1sau nak t1kam seorang uncle tanpa sebab.. yes this not first time dkt bb time new year pun penah jd sekali , how ever malaysia mmg terbaik bersatu utk kejadian mcm ni 👍🏻