๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ
Belanjawan Bayangan 2027 menunjukkan bagaimana BERSAMA mahu dasar fiskal dirangka dan negara diurus dengan lebih bertanggungjawab.
Ia memberi tumpuan kepada masalah struktur yang terlalu lama ditangguhkan, sambil mempersiapkan Malaysia menghadapi cabaran ekonomi dalam dekad akan datang.
Setiap reformasi disertakan dengan cara pembiayaannya, bagaimana wang pembayar cukai akan digunakan, dan bagaimana kedudukan fiskal negara boleh diperkukuh tanpa mewariskan beban yang lebih besar kepada generasi akan datang.
๐๐ง๐จ๐ฅ๐๐๐ฅ๐
- Ucapan Pembukaan oleh Sdr. Rafizi Ramli
- Pelancaran Belanjawan Bayangan 2027
- Pembentangan Khas oleh Sdr. Sum Dek Joe
- Forum dan Sesi Soal Jawab Terbuka
๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐จ๐
1. Rafizi Ramli, Pemimpin BERSAMA
2. Wong Chen, Pemimpin BERSAMA
3. Sum Dek Joe, Jurucakap Ekonomi BERSAMA
4. Aira Azhari, CEO, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
5. Dr. Carmelo Ferlito, CEO, Centre for Market Education (CME)
Forum ini akan membincangkan kedudukan fiskal negara, struktur cukai dan hasil, perbelanjaan kerajaan, serta dasar ekonomi yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
๐ Ibu Pejabat BERSAMA, Taman Putra Perdana, Puchong
๐๏ธ Rabu, 7 Oktober 2026
โฐ 7.00 malam hingga 11.00 malam (orang ramai boleh hadir mulai 7 malam. Acara akan bermula selepas solat Maghrib)
Semua orang ramai dijemput hadir ke pelancaran ini.
Daftar kehadiran anda di https://t.co/cTdD8xz3Kd
Kepada yang tidak dapat hadir boleh saksikan siaran langsung di media sosial rasmi saya dan BERSAMA.
๐ฎ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ | #๐ช๐ฒ๐๐๐ป๐ฑ ๐ฎ.๐ฌ ๏ฟฝ๏ฟฝ๐จ๐ก๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ก๐๐ฅ
Tinggal 2 hari lagi sebelum #WeFund 2.0 Fundraising Dinner berlangsung di IDCC Shah Alam.
โKalau undi BERSAMA, bukankah kita membantu BN dan PN?โ
Saya faham kebimbangan ini. Tetapi kita kena tanya dulu: kalau tidak ada BERSAMA, adakah orang yang sudah kecewa dengan PH akan kembali mengundi PH?
Belum tentu.
Ada yang mungkin tidak keluar untuk mengundi. Ada yang mungkin mengundi BN atau PN kerana mahu menghukum PH. Semasa di Johor, saya sendiri berjumpa pengundi yang memberitahu, nasib baik ada BERSAMA. Kalau tidak, mereka sudah berkira-kira untuk mengundi MCA.
Jadi, jangan anggap semua undi itu milik PH dan hanya akan beralih jika ada BERSAMA.
Soalan yang lebih penting ialah: kenapa mereka sudah tidak mahu mengundi PH?
PH susah payah dibina dahulu kerana rakyat mahukan perubahan yang jelas.
Kita mahu rasuah dibanteras tanpa memilih bulu. Kalau orang sendiri ambil duit rakyat, dia tetap kena jawab. Prinsip itu tidak boleh berubah mengikut siapa yang menjadi kawan politik kita.
Kita mahu pemimpin yang berkebolehan, yang tahu mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat. Gaji, harga barang dan pendidikan, semua ini memerlukan kerja dan penyelesaian.
Kita juga mahu rakyat dilayan dengan adil. Bukan setiap kali ada masalah, orang Melayu, Cina dan India dilaga-lagakan untuk menutup kelemahan pemimpin.
Itulah harapan yang menyebabkan ramai menyokong PH dahulu. Apabila pendirian mula berbolak-balik, jangan hairan jika ada yang menarik balik sokongan.
Saya sendiri antara yang membantu membina PH. Sebab itu saya ingat tujuan asalnya. Kita mengajak rakyat menyokong kerana prinsip dan harapan itu, bukannya supaya mereka terus mengundi kita walau apa pun yang kita lakukan.
Kalau PH mahu mendapatkan semula sokongan, PH kena menjawab kekecewaan itu. Tidak cukup dengan memberitahu pengundi bahawa memilih orang lain akan membantu BN dan PN.
Pengundi tidak berhutang undi kepada mana-mana parti. Parti yang perlu mendapatkan kepercayaan pengundi.
Sebab itu, tidak perlu merasa serba salah mempertimbangkan BERSAMA. Nilailah pendirian, mutu kepimpinan, dan kerja yang dilakukan. Tuntut perkara yang sama daripada kami.
Kalau prinsip yang kita pegang dahulu masih sama, kita berhak mencari pilihan yang tetap mempertahankannya.
Teh Tarik Session siri 1 (TTS 1) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ akan diadakan pada malam ini.
Tujuan utama TTS 1 ini antara lain adalah untuk mendengar aduan penduduk setempat dan disamping itu juga dapat berkenalan dengan ahli-ahli ๐๐๐๐๐๐๐ di kawasan sekitar.
Butiran TTS 1 ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ adalah seperti berikut:
๐ Tarikh: 1.10.2026
๐ฐ๏ธ Masa : 9.00 PM
๐ lokasi : Kedai Nasi Lemak Kuning.
https://t.co/Ez05Pw4T8K
Untuk ahli-ahli ๐๐๐๐๐๐๐, boleh terus mendaftar dipautan:
https://t.co/tue7gaUBik
Semua di jemput hadir๐ซฐ๐ซฐ
Jumpa malam ini, kita sembang-sembang santai.
Negara sudah mencapai 69 Tahun Kemerdekaan, tetapi lihatlah apa yang telah dihidangkan kepada rakyat???
Ada hati PAS nak tadbir Malaysia???
Ada hati CELAKA kan orang lain???
Sebab itu rakyat jangan taksub sehingga buta mata & buta hati untuk melihat betapa PAS itu tidak lain hanyalah PENUNGGANG AGAMA.
CELAKA lah pemimpin yang menipu rakyat.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ, ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐ฒ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan membentangkan ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ pada 6 Oktober 2027, iaitu tiga hari sebelum YAB Menteri Kewangan, Datoโ Seri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat.
Pembentangan ini adalah sebahagian dari proses pembangunan dasar yang diusahakan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk membantu membawa kembali politik Malaysia supaya lebih berfokus kepada pertembungan idea dan dasar untuk menyelesaikan masalah negara dan masyarakat.
Pembentangan ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ akan membolehkan orang ramai meneliti cadangan-cadangan BERSAMA untuk menjajarkan dasar fiskal dan percukaian negara ke arah yang lebih mampan, seterusnya menilai kemampuan pembiayaan dasar dan program-program negara yang terkandung di dalam ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐-๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น yang akan dilancarkan.
๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น adalah kertas dasar yang memperincikan masalah-masalah struktur berhubung ekonomi, politik dan sosial yang memerlukan penyelesaian segera. Melalui setiap ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan membentangkan cadangan-cadangan penyelesaian yang membezakan pendekatan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dari parti-parti lain.
๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐-๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น akan dibentangkan secara berkala. Siri pertama akan dilancarkan pada 27 September 2026, diikuti dengan pembentangan ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป pada 6 Oktober 2026.
Siri kedua ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น akan dibentangkan pada 24 Oktober 2026, manakala siri ketiga ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น akan dibentangkan pada 28 November 2026.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berharap fokus kepada dasar dan cadangan penyelesaian yang diambil ini, akan memberi tekanan kepada parti-parti politik lain untuk bersaing di atas platform dasar, bukannya berlegar dengan isu sentimen semata-mata.
Pada kesempatan ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ juga berbesar hati untuk mengumumkan kumpulan pertama enam (6) orang ahli Panel Dasar BERSAMA.
Panel Dasar BERSAMA dianggotai oleh tokoh-tokoh dari bidang dan pengalaman yang berbeza, yang bertanggungjawab memberi maklum balas dan cadangan balas secara bebas bersabit platform dasar ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐.
Panel Dasar BERSAMA bekerja rapat dan memantau secara bebas pembangunan pendirian-pendirian dasar ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ yang diusahakan oleh kumpulan dasar ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐.
Setiap siri ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น akan melalui proses maklum balas dengan Panel Dasar BERSAMA, sebelum siri rundingan dengan pemegang taruh diadakan. Draf akhir ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐น akan dibuka kepada maklum balas orang ramai sebelum dilancarkan.
Kami mengalu-alukan enam (6) orang tokoh-tokoh berikut:
๐ฃ๐ฅ๐ข๐ ๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ฅ ๐๐๐ก๐ข๐ฅ ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐
Prof. Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim ialah seorang penyelidik undang-undang Islam, ahli akademik serta pakar dalam bidang Astrofiqh, Kosmofiqh dan Fiqh Syafiโi.
Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam.
Sebelum ini, beliau adalah Profesor Madya, pensyarah kanan dan penyelidik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bidang Kepakaran: Astrofiqh (ilmu berkaitan hukum Islam dan astronomi), teori perundangan Islam (Usul Fiqh), serta Muamalat kontemporari yang merangkumi kontrak kewangan dan urus niaga Islam.
Lulusan Universiti Islam Madinah dalam bidang syariah, UKM dan UIA.
๐๐ฅ ๐๐๐๐ญ๐๐ ๐๐๐๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐๐๐๐ก
Berkelulusan ijazah sarjana perubatan dari University of Glasgow dan Royal College of Physicians and Surgeons (Glasgow), beliau ada pakar perunding perubatan yang berkhidmat selama 25 tahun di United Kingdom dan Abu Dhabi.
Bidang kepakaran beliau adalah perubatan dalaman (internal medicine) dan penjagaan warga tua (elderly care), yang bertepatan dengan fokus BERSAMA mempersiapkan perkhidmatan kesihatan untuk menangani masyarakat Malaysia yang semakin menua.
Dr Feizal pernah berkhidmat sebagai doktor pakar di University Hospital Crosshouse, Kilmarnock dan Amana Healthcare, Abu Dhabi.
Beliau juga mempunyai MBA dari Instituto de Empressa, Madrid.
๐๐๐ง๐จ๐ ๐ช๐๐ฅ๐ ๐๐ฅ. ๐ฅ๐๐๐ฆ ๐๐จ๐ฆ๐ฆ๐๐ก ๐ ๐ข๐๐๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐
Beliau berkelulusan dalam bidang ekonomi dan pentadbiran, mempunyai pelbagai pengalaman kepimpinan korporat dalam sektor telekomunikasi dan teknologi.
Dr. Rais juga adalah mantan Pengerusi MDEC dan mantan CEO MRANTI.
Selain itu, beliau adalah pengasas EMIR Research dan dikenali sebagai penulis dan penyelidik dasar.
Beliau turut bertanggungjawab bersama-sama pasukan yang membangunkan kertas-kertas dasar Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (2018).
๐๐๐ข๐ข ๐๐๐ฌ ๐ฃ๐๐ก๐
Berkelulusan ekonomi dari Universiti Malaya dan Masters (International Relations) dari Warwick University, beliau adalah mantan Pengarah Eksekutif, Socio-Economic Development and Research Institute sekitar tahun 2001 hingga 2008.
Semasa di SEDAR, Khoo Kay Peng terlibat dalam kerja-kerja rundingan dasar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan ketika itu.
Beliau meneruskan kerjaya di sektor swasta dalam bidang teknologi dan kini menguruskan syarikat analitik data.
๐๐ฅ ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก ๐๐๐๐จ๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก
Mempunyai ijazah dari University of Essex, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di UTM dan PhD di UIA.
Dr Hamidon bertugas sebagai guru selama lapan tahun, sebelum menjadi pensyarah kepimpinan pendidikan di Institut Aminuddin Baki selama 26 tahun.
๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ ๐ฉ๐ข๐ก ๐๐๐ข๐ก
Berkelulusan ekonomi dari University of Michigan, Ann Arbor โ John bertugas di Bank Negara Malaysia dalam bidang kawal selia perbankan dan kewangan.
Beliau seterusnya menyertai firma perunding Deloitte di Dubai, sebelum membuka firma perunding sendiri.
Bidang pengkhususan beliau adalah tata kelola kewangan, perbankan dan ESG.
๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐
๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ญ๐๐
NOTA:
Kenyataan media penuh boleh diakses di sini https://t.co/qF31MJsg7c
๐คฏ Lewis Hamilton has won the drivers' championship every year that there has been a total solar eclipse in August during the 21st century
Aug 2008 - Won WDC with McLaren
Aug 2017 - Won WDC with Mercedes
Aug 2026 -
Time to do it with Ferrari.
For those bored of backdated Porsche 911s, Pininfarina and JAS Motorsport are working on reimagining the iconic Honda NSX of the '90s. Here's our best look yet.
Di mana pimpinan2 PKR yang menyokong @n_izzah secara terbuka dulu ye? Kononnya yakin beliau bakal mendapat sokongan padu selaku figura utama yang akan memberi nafas baharu dalam menguatkan jentera parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
โGelaran Puteri Reformasi dinobatkan kepada beliau yang sekian lama berdiri di atas kaki sendiri menempa nama sebagai pemimpin parti, sebati dengan liku-liku perjuangan memberikan Nurul Izzah pengalaman luas mengemudi bahtera partiโ, 13 pimpinan PKR Wilayah Persekutuan termasuk @fahmi_fadzil.
Selepas setahun mengemudi PKR, 3 PRN ranap! ๐คฃ
Aku tak tahu la ada ke tak MP pembangkang lain selain Syed Saddiq yang berusaha cari dana sendiri untuk kawasan depa.
Ini first time dalam sejarah Malaysia, MP kerajaan sendiri disekat peruntukan. Gila betul MADANI.
Tapi tak apa la. Amanah tetap perlu dilaksanakan walaupun dizalimi oleh pemimpin sendiri.
Terima kasih warga Ampang atas support korang yang menjayakan Program Amal Rakyat. โค๏ธ
Anda ingin menyumbang?
Maybank
562106848161
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang
#TSR