Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan bukan isu baharu. Malah ia sudah lama berlaku. Pun begitu, AADK menerusi program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) terus komited dalam membasmi isu tersebut.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada YDh DIG Datuk Seri Haji Mazlan bin Lazim di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ke - 27.
Ikhlas daripada Seluruh Warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Ingin dapatkan maklumat terkini berkaitan dadah, penagihan dan rawatan? Jom ikuti kami di media sosial rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Di platform berkenaan, kami turut sediakan info-info mengenai perkhidmatan kami.
Tahukah anda AADK menyediakan rawatan dan pemulihan DADAH di dalam komuniti? Ya! Kami ada melalui Pusat Khidmat AADK yang menyediakan program rawatan dan pemulihan atau tempat rujukan secara sukarela khusus kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.