"Kemalasan biasanya datang sekali dengan alasan. Kalau kita layan, impian terus jadi angan-angan. Tapi kalau kita lawan, ianya bertukar jadi kemenangan. Jadi, untuk hilangkan kemalasan ini - nak tak nak kita kena paksa diri, tanpa tapi, tanpa nanti."
๐ฅSETUJU?
"Ada orang cakap, nak kembangkan bisnes - gunakan OPM (other people money), atau bahasa lainnya loan bank. Tapi, saya jumpa ramai SME yang guna OPM ni bukannya makin berjaya, tapi makin terseksa. Apa silapnya? Sebabnya - Tiada perancangan & no risk calculation"
๐๐ปKORANG RASA?
"Mungkin kita rasa nak berputus asa, sebab ujian dalam bisnes datang bertimpa-timpa. Tapi kita tak tahu - Mungkin Allah beri ujian seketika, sebelum dia berikan rezeki berlipat kali ganda. Jadi, sabar dengan ujian-Nya, InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya." ๐คฒ๐ปAmin.
"Impian yang besar datang dengan harga yang juga cukup besar. Harganya bukan duit โ tapi MINDA, MASA dan USAHA yang besar. Tanpa tiga ini, usah mimpi kejayaan yang besar โ malah, semangat kita sendiri boleh jadi pudar.โ๐ฅ
"Kadang orang tanya, โkenapa masih tak berjaya?โ Jawapannya mudah โ sebab masanya belum tiba. Tapi yang teruskan, itulah yang selalunya Tuhan jadikan yang paling berjaya bila semua orang dah hilang tanpa berita."๐
"Kadang-kadang, segala impian kita nampak macam mustahilโฆ sebab ianya belum jadi hasil. Tapi, kejayaan selalunya datang selagi kita mampu bertahan, bukan waktu bila kita dah lepaskan. Jadi, jangan pernah mengalah, sebab orang yang tak mengalah, dia takkan pernah DIKALAHKAN.โ
"Ada orang bila dia berjaya, ujiannya ialah NAMA, HARTA, dan CINTA. Bila ada nama, dia rasa semua orang sukakannya. Bila banyak harta, dia sangka segalanya dia punya. Bila hilang cinta, yang dulu setia semua dia lupa. Tapi dia lupa, yang beri semua tuโฆ juga boleh tarik semula."
""Ada orang bisnes, ujian dilaluinya berat tak terkata. Ujian datang bertimpa-timpa, sampaikan kesusahannya tak tahu berakhirnya bila. Tapi, selagi kita bertaqwa, bukan saja Allah berikannya rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, tapi juga Allah cukupkan keperluan kita." ๐คฒ๐ป
"Suka bertangguh? Kalau kita bertangguh, kita pencuri masa. Kalau kita malas, kita curi usaha. Kalau kita tak mula, kita bunuh cita-cita. Jangan tangguh, mula segera. Biarpun kita perlahan, janji kita dah mula untuk kejar cita-cita." ๐๐ปSETUJU?
"Semua kejayaan ada giliran. Jangan kecewa bila orang lain lebih dulu diberi kejayaan, tapi kita masih diuji dengan kegagalan. Teruskan berjuang dengan yakin, tanpa kenal putus asa. InsyaAllah, bila tiba masanya, giliran kita pula yang merasa.โ๐คฒ๐ป AMIN!
"Kita boleh penat, tapi jangan berhenti. Kita boleh rehat, tapi jangan lari. Bila usaha rasa berat, rasa macam dah nak hilang semangat, hati makin sesak - itu tanda kita makin dekat. Dekat dengan nikmat. Kadang Tuhan uji paling kuat, sebelum Dia beri paling nikmat."
"Ramai tunggu mood untuk mula, padahal yang patut dikejar ialah masa. Bila disiplin tak ada, alasan akan sentiasa ada. Tapi bila disiplin hidup dalam diri kita, kita akan mula tanpa tunggu rasa." ๐๐ปSETUJU?
"Usah sakit hati bila lihat orang lebih berjaya, tapi kita masih kuat berusaha sampai tiada masa. Usah rasa dengki bila lihat orang lebih bahagia, tapi kita asyik kecewa & menderita. Jangan putus asa! Tukar cara, terus usaha, doa & tawakal padaNya, tanpa ragu dengan rahmatNYA"
"Bila dah rehat terlalu lama, kita rasa susah gila nak mula. Tapi tu cuma minda kita yang reka cerita, konon nak terus selesa. Macam enjin lama yang lama tak jalan, takkan hidup kalau tak panaskan. Jadi mulakan je walau perlahan, supaya kita tak lari dari kejayaan." ๐ฅ๐ช๐ป
"InsyaAllah, malam ini kita bakal perolehi malam Lailatul Qadar. Seluruh umat Islam menanti, 27 Ramadhan, malam Jumaat. Dalil & pendapat terkuat mengatakan inilah malamnya. Jadi, ambil peluang ini untuk tingkatkan doa, taubat & ibadah, seperti tiada esok lagi bagi kita."
๐คฒ๐ปAMIN
"Biar je la. Orang boleh berkata apa saja. Diorang boleh gelak, boleh mengata. Tapi diorang lupa, kejayaan bukan milik yang hanya berkata, tapi milik yang bekerja. Kita diam, kita usaha, akhirnya diorang akan ternganga."๐ฅ๐๐ปDAPAT?
"Jangan takut buat silap! Silap dalam buat keputusan bukan pengakhiran, tapi langkah pertama ke hadapan. Kesilapan adalah guru terbaik, kerana darinya lahir kebijaksanaan. Bangkit semula, kerana kejayaan milik yang berani melawan.โ ๐ฅSETUJU?
"Jangan terlalu hanyut dalam kejayaan, jangan terlalu tenggelam dalam kegagalan. Dunia ini ibarat bayang-bayang - dikejar ia lari, ditinggal ia menghampiri." ~ Saidina Ali. Berbisnes itu, besederhanalah.
๐๐ปSETUJU?
"Bergantung harap kepada manusia, memang sakit hati. Ramai yang datang bila kita boleh memberi. Tapi bila kita meminta, ramai yang akan lari. Bersihkan hati. Kita memberi bukan balasan manusia hari ini, tapi hanya harapkan balasan Allah di akhir nanti." AMIN๐คฒ๐ป
"Bisnes besar belum tentu berjaya, bisnes kecil belum tentu gagal. Ramai bangga dengan bisnes besar, tapi diam-diam menangis sebab hutang tak terbayar. Lebih baik rendah diri, bisnes kecil tapi untung, dari ego tinggi, bisnes besar tapi tiada apa-apa.โ ๐๐ปADA SETUJU?