Prof Madya UKM Balas Kenyataan Ronnie Liu Mengenai Asal-Usul Bangsa
Oleh Mynewhub
KUALA LUMPUR – Prof Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shahrul Mizan Ismail membalas kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew yang mendakwa hanya Orang Asli berasal dari tanah ini, manakala kaum lain berasal dari luar.
Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai penyederhanaan melampau terhadap sejarah manusia, pembentukan bangsa dan perkembangan tamadun di Alam Melayu yang tidak berasaskan penelitian sejarah yang cermat.
Menurutnya, persoalan asal-usul sesuatu masyarakat perlu dilihat dalam konteks wilayah, tempoh masa dan maksud sebenar “asal” kerana perpindahan serta percampuran masyarakat merupakan proses biasa dalam sejarah manusia.
Dr Shahrul Mizan berkata, sejarah Melayu, institusi pemerintahan, bahasa, adat dan tamadun Melayu telah berakar di rantau ini sejak berabad-abad lalu dan tidak boleh dinafikan hanya melalui naratif asal-usul yang sempit.
Berikut kenyataan penuh beliau seperti yang di muat naik di akaun media sosial Shahrul Mizan Ismail:
Dakwaan Ronnie Liu bahawa “hanya Orang Asli berasal dari tanah ini”, manakala semua kaum lain, termasuk Melayu, berasal dari luar bukan rumusan sejarah yang cermat dan berilmu. Sebaliknya ia adalah satu bentuk penyederhanaan melampau terhadap sejarah manusia, pembentukan bangsa dan perkembangan tamadun di Alam Melayu.
Pertama, apakah maksud “berasal dari luar”? Luar Semenanjung? Luar Malaysia yang hanya dibentuk pada tahun 1963? Luar Alam Melayu? Atau luar Asia Tenggara?
Sesuatu kenyataan mengenai asal-usul tidak mempunyai nilai ilmiah jika wilayah rujukan, tempoh masa dan maksud “asal” tidak ditetapkan. Jika sejarah manusia diundur cukup jauh, hampir semua masyarakat pernah berpindah, bercampur dan menyerap unsur masyarakat lain. Perpindahan purba tidak dengan sendirinya menjadikan sesuatu bangsa “pendatang” dalam pengertian politik semasa.
Penyelidikan genom terhadap masyarakat Melayu sendiri menemukan percampuran beberapa unsur keturunan, antaranya Austronesia dan Melayu Proto. Namun, dapatan itu tidak merumuskan bahawa orang Melayu ialah orang asing di Semenanjung. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pembentukan sesuatu bangsa merupakan proses sejarah yang panjang, bukannya ujian “ketulenan darah”.
Kedua, Ronnie mencipta pemisahan yang mengelirukan antara “Orang Asli” dengan “Melayu”. Orang Asli bukan satu kelompok yang seragam. JAKOA membahagikan masyarakat Orang Asli kepada Negrito, Senoi dan Melayu Proto yang merangkumi 18 suku. JAKOA sendiri menerangkan bahawa sebahagian masyarakat Melayu Proto mempunyai persamaan tertentu dengan orang Melayu.
Hal ini tidak bererti bahawa semua orang Melayu ialah Orang Asli menurut undang-undang. Maksudnya, sejarah penduduk Semenanjung jauh lebih rumit daripada gambaran Ronnie bahawa pada suatu ketika terdapat “Orang Asli”, kemudian semua orang Melayu datang sebagai orang luar.
Ketiga, sejarah Melayu tidak bermula pada tahun 1957. Kesultanan Melayu, bahasa Melayu, undang-undang adat, institusi pemerintahan dan rangkaian perdagangan Melayu telah berakar di rantau ini berabad-abad sebelum terbentuknya sempadan Malaysia dan Indonesia. UNESCO sendiri mengiktiraf sejarah Melaka yang berpunca daripada Kesultanan Melayu abad ke-15.
Perpindahan orang Minangkabau, Bugis, Jawa, Aceh atau kelompok serumpun lain dalam lingkungan Alam Melayu tidak boleh disamakan secara mudah dengan penghijrahan antara negara moden. Sempadan negara yang ada sekarang muncul jauh kemudian.
Keempat, kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan tidak bergantung pada teori darah atau siapa yang tiba dahulu. Perkara 160(2) mentakrifkan “Melayu” berdasarkan agama Islam, penggunaan bahasa Melayu, adat Melayu serta syarat kelahiran, domisil dan keturunan. Perlembagaan tidak mengenakan ujian DNA.
Perkara 153 pula memerintahkan supaya kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak dipelihara,
@Mxllan Poster boleh edit, KTMB sendiri dah sahkan nama kekal, tak ada keputusan rasmi tukar ke KMB. Semak sblm kongsi. Kerja kau sebagai Cytro menabur fitnah je hari2. kau makan dgn hasil fitnah. Elok la tu, lahirkan generasi yg bangang.
Kepada budak2 setan 4 ekor ni semoga dapat balasan setimpal dan dikenakan hukuman berat atas perbuatan korang pada anak kakak aku.
Sumpah memang jahat budak2 ni.
Anak sedara aku dibuli diorang pukul sampai retak tengkorak, pendarahan telinga & hidung dan berisiko sawan seumur hidup.
Semoga keadilan berpihak kepada kami 😭
Video: zu.izzatie
Baru tahu yg calon PH di Ampangan ialah adik ipar Azam Baki.
Belum pun reda isu MOT award projek kepada adik Azam Baki.
Azam Baki punya family ni mmg banyak dapat manfaat dari PH yaaa?
Sebab apa? Nak lah tahu
Ramai penganalisa politik menjangkakan PH akan kalah lagi teruk di PRN N9
Tolak
DAP
PKR
PAN
Wahai Bangsa N9 pilihlah BN/PAS
Politik paling licik dan tidak terduga adalah politik yang tidak takut kalah untuk kemenangan lebih besar.
Hanya PAS mampu berpolitik seperti ini.
Nilai RM200 juta itu boleh menampung pencen seramai 400 pesara selama 20 tahun, dengan kadar RM2,000 sebulan bagi setiap seorang.
Jika PMX tidak mahu mengadakan audit, kita serahkan kepada kerajaan yang akan datang untuk melaksanakannya. Ketika beliau berkuasa, individu yang telah meninggal dunia pun masih dibawa ke mahkamah. Setiap pemimpin akhirnya akan tiba masanya untuk dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka.
Kalau lidah Pakatan Harapan yg kata 'berjaya noktahkan miskin tegar' ni,
Ambil lah dgn secubit garam.
Di Selangor, Pakatan Harapan dah kantoi menipu ya amat dgn DYMM Sultan Selangor sendiri.
Di Negeri Sembilan, jangan la percaya Pakatan Harapan ni.
Undilah BARISAN NASIONAL.
Reasons to back Spain 🇪🇸 for the World Cup ⚽️ final:
🇪🇸 wants a Free Palestine 🇵🇸
🇪🇸 will never bend the knee to Trump 🇺🇸
🇪🇸 calls out genocide & refuses to turn away
Viva España 🇪🇸
🇪🇸 💚 🇵🇸
apa punya sial la amk macam ni. dengan bendera nismilan pun entah apa2. tu kome, kome ayah kau kome. sejak bila nismilan sebut kome?
obses sangat nak guna AI, jadi la bangang macam ni. tapi tak boleh kata apa, big boss buat video lego AI pun jalur gemilang tak cukup jalur.🗿