WE. ARE. BACK! 🔙
#MotoGP arrives at the home of unpredictability with a slightly different look to Sunday's schedule! ⏰
#BritishGP 🇬🇧
https://t.co/GRqXms6SuC
Kumpulan & Jadual Srikandi Merdeka Cup 2026
⚽️ Jadual Perlawanan
🆚 🇭🇰 Hong Kong | 14 Ogos
🆚 🇮🇩 Garuda Pertiwi | 16 Ogos
🆚 🇸🇦 Arab Saudi | 18 Ogos
🏟️ Super Soccer Arena Kudus, Indonesia
Selain #F1 GP Bahrain yang akan berlangsung di @sepangcircuit 02-04 Oct ni, #MotoGP pun ada 30 Oct - 01 Nov - harga K2 HillStand hanya RM 49.90!
2026 is shaping up to be an incredible year for motorsport fans in 🇲🇾!
Memperkenalkan produk keempat Khairulaming
Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan
Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni. Terima kasih guys for your support selama ni, pejam celik dah 6 tahun kita berniaga bersama 🥹
Doa jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk menamatkan penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel dengan pingat emas akhirnya dimakbulkan apabila muncul juara acara keirin lelaki pada edisi Glasgow 2026, Sabtu.
Kejayaan bersejarah di Velodrom Sir Chris Hoy itu menamatkan penantian panjang The Pocket Rocketman untuk bergelar juara Sukan Komanwel selepas sebelum ini sekadar meraih dua pingat gangsa, selain pernah dinafikan pingat emas pada edisi New Delhi 2010 apabila kemenangannya dibatalkan.
📹 Ihsan RTM
Jadual Perlawanan #TaipeiOpen2026
Hari Keenam | Final
🕛 Bermula 12.00 Tengah Hari
📺 Astro Badminton CH 815
0️⃣2️⃣ wakil #BadmintonMalaysia di pentas final Terbuka Taipei Super 300!
🇲🇾 Pearly Tan & M. Thinaah berdepan gandingan baharu Jepun 🇯🇵 yang telah menjuarai 3/4 kejohanan yang disertai.
🇲🇾 Aaron Chia & Aaron Tai pula berdepan Juara Terbuka Thailand dan Pilihan Ke-8️⃣ dari Indonesia 🇮🇩
Semoga berjaya 🏸🇲🇾💪🔥
#YONEXTaipeiOpen
#UNBRKBL
#ShuttleHard
Jadual Perlawanan #TaipeiOpen2026
Hari Kelima | Separuh Akhir
🕓 Bermula 12.00 Tengah Hari
📺 Astro Badminton CH 815
0️⃣2️⃣ wakil teruskan cabaran #BadmintonMalaysia untuk memburu tiket final di Taipei Arena 💪
🇲🇾 Pearly & Thinaah 🆚 gandingan meningkat naik dari Amerika Syarikat 🇺🇸 dengan rekod pertemuan 2️⃣-0️⃣
🇲🇾 Duo Aaron 🆚 wakil tuan rumah yang ke-0️⃣4️⃣ dalam kejohanan ini
📸: China Open
#YONEXTaipeiOpen
#UNBRKBL
#ShuttleHard
Juruterbang Malaysia cuba seludup dadah lebih RM45 juta ke Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta
Ujian makmal mendapati air kencing suspek positif MDMA, metamfetamin dan kokain.
Siasatan awal menunjukkan dia mungkin pernah menyeludup dadah ke Indonesia.
SENARAI 23 PEMAIN HOKI MALAYSIA KE PIALA DUNIA HOKI FIH BELGIUM- BELANDA 2026
KETUA JURULATIH
Brendan Carolan
PENJAGA GOL
Hafizuddin Othman, Zaimi Mat Deris
PERTAHANAN
Marhan Jalil, Syed Syafiq Syed Cholan, Aminuddin Mohd Zain, Faris Harizan, Shafiq Hassan, Amirul Hamizan Azahar
TENGAH
Fitri Saari, Nik Aiman Nik Rozemi, Faiz Helmi Jali, Nur Syafiq Sumatri, Muhajir Abdu Rauf, Andy Walfian Jeffrynus
PENYERANG
Azrai Aizad Abu Kamal, Akhimullah Anuar Essok, Shello Silverius, Azimuddin Syakir, Ashran Hamsani, Faizal Saari
Rasanya En Siva memang jadi mangsa dalam kejadian ini.
Moga bila dah viral ni...polis akan siasat betul-betul dan bukannya setakat cakap ini salah faham aje
🏎️ Kepulangan Formula One (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang selepas sembilan tahun membuktikan keyakinan dunia terhadap keupayaan Malaysia menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa serta memperkukuh kedudukan negara di persada global.
@jpmgov_
Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong oleh hubungan erat dan diplomasi diraja Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim dengan Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain.
Menurut titah akaun rasmi officialsultanibrahim, semenjak tahun 2017, YDPA dan Raja Hamad telah menjalin persahabatan peribadi yang baik.
Kata titah itu, ia terus berkembang kepada pengukuhan hubungan diplomasi antara Bahrain dan Malaysia, dengan Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Bahrain pada tahun 2025.
"Susulan cabaran terhadap kalendar perlumbaan F1 akibat konflik bersenjata di Asia Barat, penganjuran F1 Grand Prix Bahrain berdepan ketidaktentuan dan memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan perlumbaan berprestij itu dapat diteruskan.
"Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, Raja Bahrain telah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon kepada Yang di-Pertuan Agong," jelas kandungan titah itu yang disiarkan hari ini.
Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Petronas Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Formula 1 dan FIA turut mengesahkan secara rasmi bahawa Sepang akan dimasukkan dalam kalendar perlumbaan musim 2026 sebagai lokasi penganjuran Grand Prix Bahrain.
Tambah titah itu, perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra serta semangat persahabatan itu menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Bahrain, Formula 1 dan Federation Internationale de l’Automobile (FIA).
Jelasnya, hasil persefahaman itu, persetujuan berjaya dicapai untuk menganjurkan Formula 1 Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, sekali gus mengembalikan perlumbaan Formula 1 ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2017.
Perkembangan itu membuktikan bahawa peranan Sultan Ibrahim tidak terhad kepada hubungan istiadat semata-mata, sebaliknya diplomasi diraja Baginda berjaya menghasilkan manfaat nyata kepada negara.
Hubungan peribadi dan kepercayaan tinggi antara Sultan Ibrahim dengan Raja Hamad dipercayai telah membuka ruang rundingan, sebelum tindakan susulan serta urusan teknikal dilaksanakan oleh kerajaan kedua-dua negara bersama Formula 1 dan FIA.
Pujian dan penghargaan sewajarnya perlu diberikan kepada YDPA kerana usaha dan hubungan erat Baginda dengan Raja Bahrain menjadi antara pemangkin penting kepada keputusan Bahrain memilih Malaysia sebagai rakan serta lokasi penganjuran perlumbaan Formula 1 berkenaan. -MYNEWSHUB