Penerokaan baharu melangkaui sempadan ilmu pengetahuan bermula dari sekarang.
Hanya melibatkan perbincangan mengenai bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Cina.
Azam 2024:
(1) Analisis Praat untuk suara diri saya ke atas sebutan formal dan sebutan santai (realiti sebutan) untuk beberapa teks bahasa Melayu, dan bandingkan dengan padanan fonetik sebutan baku (sebutan teoretikal).
Berkenaan Batu Bersurat Terengganu Muka D baris ke-4, menurut:
Syed Naquib al-Attas: تمرا اين سݢال ايسي تمرا اين بارڠ سياڤا
Ahmad Adam: تمرا اين سݢالا اسي بنوا اين بارڠ سياڤا
Boleh lihat yang kelima itu beza terus transliterasi iaitu "tamra" dan "benua". Mana satu yang betul?
@bknshittpsyid Urun nambahin keterangan. Terjemahan Aqidah an-Nasafiah bertahun 998 Hijriah (1590 Masehi), manuskrip Melayu tertua, pun memakai kata Tuhan untuk makna ilahi.
https://t.co/cdMY5EesyX
ini debunked alias terbantahkan ya gaes, perkara Tuhan itu sudh ada jauh sblm Alkitab masuk ke kebudayaan Nusantara, salah satuny tercatat pd prasasti Meunyè Tujôh (Minye Tujoh) pd tahun 1380~1839 M
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Akademi DBP akan melancarkan Buku Manual Penggunaan Kerangka Standard Bahasa Melayu pada 5 Jun 2026 (Jumaat) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Marilah bersama-sama kami memeriahkan program ini.
‘Falsafah’ baju Melayu hanya wujud lepas novel Faisal Tehrani, Manikam Kalbu keluar.
Sebelum dari itu, tak ada sumber dari mana ia berasal.
Macam mana ia boleh terjadi?
@sjfi_twider Sultan Johor mangkat dijulang led to creation of Selangor, negeri sembilan Dan pahang. Ni era menteri. Perdana menteri/bendahara family jadi sultan Pahang. Menteri pertahanan/temenggung family jadi sultan Johor. Bugis mercenary jadi sultan Selangor.
Kependekan:
* BTBDP = bahasa Tai Barat Daya Purba
* BBTT = bahasa-bahasa Tai Tengah
* BBTBD = bahasa-bahasa Tai Barat Daya
* BCP = bahasa Cina Pertengahan
Menurut Michel Ferlus, etnonim Thai-Tai (atau Thay-Tay) berubah daripada etimon *k(ə)ri: 'manusia' melalui: *kəri: > *kəli: > *kədi:/*kədaj > *di:/*daj > *dajA (BTBDP) > tʰajA2 (dalam bhs2 Siam dan Lao) atau > tajA2 (dalam BBTT dan BBTBD lain yang dikelaskan oleh Li Fangkuei).
Kalau rekonstruksi palatao ni boleh buat camtu, saya pun boleh. Kan ada "hipotesis Austro-Tai", bolehlah kata nama-nama etnik Hlai, Tai, Li, Kra, dan Thai ini ada hubungan dengan nama-nama etnik Dayak dan Kedayan, sehingga asalnya daripada bahasa pra-Austronesia *daya *kədaya
@fkkrdn@NajwaDanialYong@WanAbdRahman Gelaran rasmi yang diberi kepada Sang Nila Utama, raja pertama Kerajaan Singapura adalah Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana.
@NajwaDanialYong@WanAbdRahman The first Parameswara left Palembang to Bentan/Temasik in 1299. His great grandson, also with title Parameswara left Temasik to open Melaka in 1398. A total of 4 rulers reigned in Temasik in that one hundred year difference. This new information is already at least 2 decades old.
@senangsemak Salah lagi, kalau betul asas fonemik, mengapa "kapada" jadi kepada? Mengapa "sa-orang" jadi seorang? Senang cerita, memang disebabkan ejaan bahasa Indonesia sudah menggunakan kepada dan seorang lebih awal berbanding ejaan bahasa Melayu Baku.